Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Wanita tidak suka lelaki pendek

Posted:

Wanita tidak suka lelaki pendek

Wanita tidak suka lelaki pendek

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar RIDUAN RIZAL


VIOLET Lim menunjukkan laman web sosial terbaru untuk mencari pasangan eSynchrony.


MEMANG terbukti lelaki Malaysia semakin bersikap terbuka tentang kriteria wanita yang mahu dijadikan teman. Tidak kisah sama ada wanita itu berstatus lebih tinggi, bergaji besar malah tidak menjadi masalah sekiranya dari segi fizikal pasangan lebih tinggi daripada mereka.

Tetapi tidak bagi wanita Malaysia yang tetap mahukan lelaki pasangan mereka lebih tinggi, lebih bijak, lebih berupaya terutama dari aspek kewangan.

Ini bukan satu pendapat suka-suka atau omongan kosong, sebaliknya fakta berasas ini diperoleh menerusi satu kaji selidik yang dijalankan ke atas 1,895 orang dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Daripada sampel tersebut seramai 654 responden adalah dari Malaysia.

Kaji selidik yang dijalankan menerusi Internet itu telah dijalankan dari 25 Ogos hingga 14 September tahun ini.

Sejumlah 76 peratus daripada jumlah responden tersebut adalah mereka yang berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun, manakala lebih 75 peratus responden memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

Fakta mengejut itu dibongkar oleh Lunch Actually, sebuah agensi khidmat sosial yang terkemuka di Asia.

Pengasasnya, Violet Lim berkata, lelaki Malaysia memang sudah tidak kisah untuk berpacaran dengan wanita yang lebih hebat daripada mereka.

"Namun wanita Malaysia tidak mempunyai penerimaan yang sama. Mereka masih lagi mahukan lelaki yang lebih hebat daripada segi kerjaya dan mempunyai penampilan fizikal yang lebih tinggi daripada mereka," jelasnya yang ditemui Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, 70 peratus wanita Malaysia tidak akan keluar dengan lelaki yang lebih pendek daripada mereka.

Namun 55 peratus lelaki Malaysia pula sanggup keluar dengan wanita yang lebih tinggi daripada mereka.

Violet yang juga penulis buku Lesson from 15,000 First Dates berkata, hasil kaji selidik tersebut juga mendapati wanita Malaysia kini menjadi lebih fokus terhadap kewangan sendiri dan kewangan pasangan mereka.

Lebih 60 peratus wanita Malaysia mengakui tidak akan keluar dengan lelaki yang mempunyai pendapatan lebih rendah daripada mereka.

Angka ini merupakan yang tertinggi berbanding wanita di Singapura (47 peratus) dan Hong Kong 27 peratus sahaja.

"Bagi lelaki Malaysia seramai 72 peratus sanggup keluar dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih dari mereka berbanding lelaki di Hong Kong sebanyak 69 peratus dan Singapura pula 76 peratus," jelas Violet lagi.

Menurut Violet, daripada segi tahap pendidikan juga wanita Malaysia mencatatkan peratusan tinggi berbanding wanita Asia lain bahawa mereka tidak akan 'dating' dengan lelaki yang mempunyai tahap pendidikan lebih rendah dari mereka.

"Cuma daripada segi berpacaran dengan lelaki yang lebih muda, wanita Malaysia bersikap terbuka dengan tujuan tersebut. Beza umur pula tidak dicatatkan dalam kajian tersebut.

"Dari segi bayaran pertama pada pertemuan pertama pula wanita Malaysia begitu berharap lelaki akan membayarnya.

"Namun 32 peratus responden Malaysia berkata mereka sanggup membayar separuh daripada jumlah perbelanjaan makanan mereka berdua," jelasnya.

Untuk subjek kaum pasangan pula, wanita dan lelaki Malaysia menganggapnya sebagai satu perkara yang terbuka untuk keluar dengan pasangan berlainan bangsa.

"Sebanyak 72 peratus lelaki Malaysia mendakwa perkahwinan amat penting bagi mereka, namun masih ramai juga yang takutkan komitmen.

"Antara sebabnya ialah mereka masih perlukan kebebasan sendiri dan tidak mahu dikongkong isteri," ujar Violet lagi.

Dari segi daya tarikan bagi seorang lelaki terhadap wanita yang tidak pernah berubah ialah kecantikan rupa wajah, namun bagi wanita pula ciri lelaki idaman mereka ialah yang mempunyai keyakinan diri dan karakter yang gagah.

eSynchrony untuk mencari pasangan

Serentak dengan pendedahan fakta kaji selidik tersebut, Violet turut melancarkan satu laman web pencarian pasangan terbaru yang diberi nama eSynchrony.

Perkhidmatan ini menggabungkan pertemuan di dalam talian serta di luar.

"eSynchrony telah terbukti berkesan di negara yang telah mencubanya. Di Malaysia kami baru saja melancarkannya, jadi calon boleh memilih pasangan mereka secara dalam talian menerusi kaedah pencarian tepat yang menepati personaliti, kegemaran sebelum calon itu bertemu secara bersemuka antara satu sama lain," jelasnya yang turut mendemonstrasikan penggunaan laman web ini kepada media.

Sehingga kini terdapat 3,800 keahlian untuk eSynchrony dan seramai 75 peratus mengatakan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved