Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tunggu masa tutup kedai

Posted:

Tunggu masa tutup kedai

Tunggu masa tutup kedai

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


KAWASAN yang menempatkan gerai makan di Pudu Sentral lengang daripada pengunjung menyebabkan peniaga mengalami kerugian sehingga tidak mampu membayar sewa. - UTUSAN/ Wan Naqiuddin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Peniaga di Pudu Sentral mendakwa semakin tertekan berikutan suasana perniagaan yang hambar dan pelbagai masalah yang wujud di terminal itu terutama soal sewa gerai yang tinggi dan kos-kos sampingan yang lain.

Kata mereka, semenjak berpindah semula ke terminal itu pada pertengahan tahun, perniagaan di situ didapati sudah tidak serancak dahulu dipercayai akibat lokasi tempat berniaga yang kurang strategik.

Seorang peniaga, Hussain Hassan, 53, berkata, dia sudah tidak mampu lagi bertahan untuk terus berniaga di terminal bas itu kerana tidak ramai pelanggan sedangkan kos sewa gerai terlalu tinggi.

Menurutnya, gerainya yang berada di bahagian hujung terminal itu telah menyebabkan tidak ramai pelanggan datang ke gerainya sekali gus menyaksikan pendapatan hariannya tidak sampai RM100.

"Saya mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk tidak berniaga lagi di sini bermula bulan ini iaitu selepas tamat tempoh enam bulan sewa percuma kepada peniaga yang tidak berpindah ke Bukit Jalil dahulu.

"Ini kerana saya tidak mampu untuk membayar sewa kedai sebanyak RM1,500 sebulan tidak termasuk bil elektrik dan air. Saya sudah 36 tahun berniaga di sini dan sangat berharap sewa dapat dikurangkan supaya dapat terus berniaga di sini," katanya ketika ditemui bersama beberapa peniaga lain yang turut mengadu perkara yang sama baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga gerai makan, Norazian Mohd. Isa, 33, berkata, situasi perniagaan di terminal itu amat teruk kerana tidak ramai pelanggan yang datang makan di gerai mereka.

Katanya, medan selera yang berada di tingkat atas menyebabkan orang ramai tidak mengetahui kewujudannya di samping pihak pengurusan yang tidak mempunyai usaha untuk mempromosikan tempat itu.

"Bukan itu sahaja, kami turut dibebani dengan sewa dan caj perkhidmatan yang amat tinggi. Sewa kami hanya RM265 tetapi caj perkhidmatan dikenakan sampai RM1,980.

"Ini memang tidak patut. Bagaimana caj perkhidmatan boleh lebih daripada sewa sedangkan perkhidmatan yang diberikan mereka tidak memuaskan," ujarnya.

Tambahnya, peniaga juga merasa terbeban dengan tindakan pihak pengurusan yang mengenakan bil elektrik, gas dan air untuk bulan April hingga Oktober secara sekali gus.

"Mana kami ada wang untuk membayar sebanyak itu. Sepatutnya mereka memberi bil setiap bulan supaya peniaga tidak terbeban dengan jumlah bil yang besar. Bil itu juga tidak menunjukkan jumlah yang digunakan oleh peniaga," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga

Posted:

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga

Piket kalau tiada perubahan - Peniaga


Peniaga-peniaga gerai makan di Pudu Sentral menunjukkan surat-surat yang pernah mereka hantar kepada pihak-pihak berkenaan untuk menyatakan masalah mereka.


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Peniaga di Pudu Sentral tidak menolak kemungkinan mengadakan piket jika rayuan mereka berhubung isu sewa tidak diendahkan oleh pihak pengurusan terminal itu.

Kata mereka, jika piket adalah jalan terakhir, mereka bersedia untuk melakukannya demi memastikan peniaga di situ tidak gulung tikar kerana tidak tertanggung dengan kos yang tinggi tetapi ketiadaan pelanggan.

Setiausaha Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga dan Penyewa-Penyewa Bangunan Hentian Puduraya, Fahmi Baharin berkata, peniaga kecil di terminal itu menderita rentetan daripada pelbagai masalah yang timbul selepas pembukaan semula terminal itu.

Katanya, kadar sewa baru yang tinggi iaitu RM15 per kaki persegi memberi impak yang besar kepada peniaga khususnya kepada peniaga kecil bumiputera.

"Peniaga-peniaga kecil di sini semakin tertekan. Mereka sudah lama berniaga di tempat ini tetapi jika nasib mereka tidak dibela, lambat-laun tiada peniaga kecil Melayu di sini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia juga berharap agar pihak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap perkara itu dan membantu mereka supaya dapat meneruskan perniagaan seperti dulu.

Sementara itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai David berkata, mereka telah berusaha untuk berbincang dengan pihak pengurusan namun tidak dilayan.

Menurutnya, bukan sahaja pihak berkenaan enggan berbincang, malah peniaga diminta keluar dari premis mereka jika tidak mampu untuk berniaga di situ.

"Kami juga telah cuba pelbagai cara lain termasuk berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib serta menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Peniaga berharap agar pihak berkuasa dapat turun padang untuk melihat keadaan peniaga di sini dan membantu kami," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

DBKL siap sedia hadapi banjir

Posted:

DBKL siap sedia hadapi banjir

DBKL siap sedia hadapi banjir

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir di ibu negara, malah bersedia memberi bantuan kepada negeri-negeri lain yang menghadapi bencana itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bantuan kepada negeri lain akan diberikan jika ia tidak mengganggu operasi di Kuala Lumpur.

Menurutnya, DBKL melalui Sekretariat Jawatankuasa Bencana Alam DBKL akan bertanggungjawab memantau dan memberi bantuan jika berlaku banjir dan juga saluran air yang tersumbat.

"Berdasarkan kepada pengalaman yang lepas, saya yakin kita sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pasukan ini juga pernah dihantar ke negeri-negeri seperti Johor dan Kedah yang berlaku banjir yang agak teruk pada tahun lepas," katanya pada majlis penyampaian sumbangan wang dan lembu korban di Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq di Bangsar baru-baru ini.

Raja Nong Chik berkata, menurut Jabatan Meteorologi, hujan yang turun pada penghujung tahun ini dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus berbanding sebelum ini.

Katanya, Alam Flora turut diminta bekerjasama bagi mengurangkan risiko banjir di ibu negara dengan memastikan saliran air tidak tersumbat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved