Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anggota polis maut dipukul dalam Op Cantas di Melaka

Posted: 22 Sep 2013 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seorang anggota polis maut akibat dipukul oleh penjenayah ketika bertugas dalam Op Cantas Khas di Melaka pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, anggota terbabit dipukul dengan batu di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE

Tiga sekeluarga maut nahas di Kuantan

Posted: 22 Sep 2013 10:31 PM PDT

KUANTAN 23 Sept. - Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, Wan Hassan Basri, 53, dan isteri Zainab Yatim, 57, maut di tempat kejadian manakala cucu mereka, Nur Ameera Amran meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, kira-kira tiga jam kemudian.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Wan Hassan cuba memotong sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

"Mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan bagaimanapun gagal memotong lori itu dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemandu lori dan kereta Proton Waja itu hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya parah selepas mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan, dipercayai akibat menunggang dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku 4.50 petang di Jalan Ladang Dara Lam Soon di Pekan, dan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Izat a/l Rshid, 26, manakala rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an dirawat di Hospital pekan.

Dalam kemalangan di Km 68 Jalan Kuatan-Segamat, seorang lelaki terkorban dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan pada pukul 3.40 petang semalam.

Mohd. Zulkafli Musa, 46, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Kancil dan Proton Saga sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.

Zainalabidin berkata, pemandu tiga kenderaan lagi hanya mengalami cedera ringan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved