Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kamera dasar laut

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

PELAJARI dahulu sifat kamera tilik dan rakam di dalam kolam sebelum dibawa ke dasar laut.

RAMAI yang tidak tahu bahawa menggunakan kamera tilik dan rakam (point and shoot) juga boleh menghasilkan imej dasar laut yang menarik. Ini berikutan teknologi yang ada sekarang memberi pilihan kepada jurufoto untuk mendapatkan imej-imej menarik di dalam lautan biru.

Namun sebelum kita ke laut, kita perlu tahu apa itu fotografi dasar laut atau fotografi bawah air. Saya senang memanggilnya fotografi dasar laut kerana kebanyakan aktiviti genre ini adalah berkisar di dasar laut semata-mata.

Berbanding dulu, kini fotografi dasar laut boleh dinikmati oleh semua golongan sama ada jurufoto amatur mahupun profesional. Dengan adanya kamera tilik dan rakam ini, semuanya berkemungkinan, namun kita perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakannya.

Ada kamera tersebut tidak perlu menggunakan bekas kalis air seperti siri Olympus Tough, namun ada sesetengahnya memerlukan bekas kalis air, jadi ia boleh digunakan di darat dan juga di dalam air.

Ada dua pilihan kepada pengguna jika menggunakan kamera ini. Saya banyak menggunakan Olympus XZ-1 walaupun kini sudah ada XZ-2 dan berkemungkinan XZ-3 sedang dalam pembikinan.

Ini berikutan kamera ini mempunyai bukaan yang besar sehingga f/1.8, sesuatu yang amat diperlukan oleh jurufoto dasar laut. Jadi bagi jurufoto amatur, anda boleh menggunakan tetapan 'underwater' yang memberikan anda dedahan dan bukaan yang sesuai ketika di dalam laut. Ikon bentuk ikan boleh dipilih.

Namun bagi yang sudah serasi, saya sarankan dedahan manual serta imbang putih (white balance) manual digunakan.

Ini bagi membolehkan pilihan warna yang seimbang dilakukan. Sedikit tip, setiap kedalaman berlainan, boleh dilakukan bacaan imbang putih yang berlainan. Gunakan papan loh putih (slate) untuk kiraan imbang putih.

Jika ada sebarang pertanyaan, e-mel dengan subjek 'Dasar Laut' ke klik.mingguan@gmail.com. Sebahagian karya saya boleh dilihat di Flickr - http://bit.ly/fotobobo.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved