Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Menteri Besar Perlis dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 21 Sept. - Menteri Besar, Azlan Man terpaksa berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru apabila ditentang dua calon lagi untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis akan ditentang oleh Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri Perlis, Datuk Mohd. Azib Saad berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Arau kali ini akan dicabar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri, Jafperi Othman.

Begitu juga dengan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar akan dicabar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Khairi Hassan yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau pula, Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim akan dicabar oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad.

Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Kangar, Rela Ahmad dicabar oleh bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor.

Empat sekeluarga bertanding di bahagian sama

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA KANGSAR 21 Sept. - Sebanyak empat bahagian di Perak menyaksikan anak-beranak dan adik-beradik bertanding jawatan-jawatan penting pada pemilihan kali ini.

Di Pasir Salak, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala anaknya, Dr. Faizal bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Di Parit Buntar juga menyaksikan bapa dan anak bertanding iaitu Datuk Jamaluddin Abd. Rahim untuk jawatan Naib Ketua bahagian itu manakala anaknya, Mu'ammar Gaddafi Jamal yang merupakan Presiden Gerakan Belia 4B bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Di Gopeng pula, Ketua Wanita bahagian itu, Datuk Hamidah Osman mempertahankan jawatan Ketua Wanita manakala adiknya, Hamizura lebih berani apabila bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Begitu juga di Taiping yang menyaksikan Ketua UMNO bahagian, Datuk Ahmad Shalimin Shafie mempertahankan jawatan Ketua bahagian manakala adiknya, Ahmad Shahril bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved