Sabtu, 12 April 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Kawasan pencarian visual lebih luas dirancang

Posted: 12 Apr 2014 07:15 PM PDT

PERTH 13 April - Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas.

Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506 kilometer persegi berbanding 41,393 kilometer persegi pada Sabtu.

Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam.

"Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada Ahad dan menurutnya misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200 kilometer barat laut Perth.

Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu. - BERNAMA

12 maut dalam kemalangan bas, kereta di Myanmar

Posted: 12 Apr 2014 12:42 PM PDT

YANGON 13 April - Seramai 12 maut semalam apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah kereta lalu terbakar dalam satu kemalangan di sebatang lebuh raya di Myanmar, kata polis.

"Sebuah bas memecut laju bagi memintas sebuah kereta yang kemudian terperosok ke bawah perut bas itu dan terus terbakar," kata seorang Leftenan Kolonel Polis, Min Aung dari ibu pejabat polis Myanmar di Naypyidaw.

Katanya, enam penumpang bas yang sedang dalam perjalanan dari timur Shan State ke Yangon dipercayai terkorban dan empat cedera manakala beberapa penumpang dari enam buah kereta maut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved