Ahad, 21 Julai 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kerja lasak pilihan Azra

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR

Nama: Azra Dahiyah Alias
Umur: 26 tahun
Kerjaya: Jurutera
Asal: Kuala Lumpur

TERPESONA melihat keanggunan personaliti ini. Ralit memerhati dia bercerita. Butir kata-kata lancar dan wajah bersahaja. Siapa sangka wanita berperwatakan lemah-lembut ini sebenarnya jurutera Tenaga Nasional Berhad.

Azra Dahiyah Alias, 26 berjaya membuktikan wanita muda mampu memikul kerjaya yang didominasi oleh lelaki.

Menceritakan pelbagai pengalaman manis serta cabaran pekerjaannya, Azra sangat gembira kerana berpeluang menerokai kerjaya ini yang memang diidamkan sejak sekolah menengah lagi.

"Sebenarnya ia sama seperti kerja lain yang ada cabaran sendiri. Mungkin kerana kebanyakan jurutera ialah lelaki membuatkan orang ramai berpendapat pekerjaan ini kurang sesuai untuk wanita. Cuma, kadang-kadang sukar memberi arahan kepada kakitangan lelaki.

Apa yang saya lakukan adalah dengan memberi arahan secara profesional dan menghormati mereka," katanya yang menjadikan ibunya yang juga jurutera sebagai idola.

Kerjayanya sebagai jurutera juga memberikannya pengalaman baru apabila perlu menghadiri mesyuarat di dalam dan luar negara.

Pada masa lapang, Azra gemar melakukan aktiviti sukan lasak seperti walk climbing.

''Saya sudah terbiasa aktif bergerak dan rasanya hidup kurang sempurna bila tidak berkeringat. Memanglah terasa 'sakit' pada awal-awal puasa tetapi bila sudah terbiasa, rasanya ia bukan satu masalah atau alasan yang besar," ceritanya tentang aktiviti pada Ramadan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved