Ahad, 15 September 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


3 buruh warga asing ditahan tiada dokumen pengenalan

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Anggota Imigresen menahan dua wanita dan seorang kanak-kanak warga asing dalam operasi di tapak pembinaan di Bandar Akademia Lenggeng dan Semenyih, baru-baru ini.

SEREMBAN 14 Sept. - Tiga buruh warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri dalam pemeriksaan Imigresen di dua tapak pembinaan di Bandar Akademia Lenggeng dan Semenyih di sini malam kelmarin.

Kesemua mereka ditahan dalam satu pemeriksaan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia di tapak projek pembinaan berkenaan kira-kira pukul 2 pagi.

Jurucakap Imigresen berkata, ketika pemeriksaan pihaknya mendapati buruh berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 30 hingga 40-an tidak mempunyai permit kerja.

"Turut ditahan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak kepada salah seorang warga asing yang ditahan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

Enam pelacur Vietnam diberkas

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

SEREMBAN 14 Sept. - Kegiatan sebuah premis di Taman Bukit Kepayang di sini yang menawarkan khidmat pelacur wanita warga Vietnam akhirnya terbongkar apabila diserbu Jabatan Imigresen negeri di sini semalam.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu menyaksikan seramai enam wanita warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20-an berjaya ditahan dalam operasi berkenaan.

Ujar beliau, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihaknya selepas menerima aduan orang ramai berhubung kegiatan tidak bermoral di premis rumah kedai terbabit.

''Ketika serbuan kita mendapati enam wanita warga Vietnam berada di premis ini dan seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki penjaga mereka.

''Kita juga menjumpai sejumlah kondom yang dipercayai digunakan dalam aktiviti haram ini," katanya di sini hari ini.

Ujarnya, premis itu juga diubah suai dengan membina beberapa buah bilik sebagai tempat wanita terbabit tidur dan lokasi mereka melayan pelanggan.

''Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelanggan tetap dan mereka perlu membayar antara RM160 hingga lebih RM200 untuk mendapatkan khidmat pelacur berkenaan.

''Kita juga mendapati premis ini sering dikunjungi ramai pelanggan lelaki sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk setempat," jelasnya.

Kaji padang sekolah untuk aktiviti penduduk

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

MELAKA 14 Sept. - Kementerian Pendidikan diminta mengkaji kemungkinan membenarkan padang-padang sekolah di sesebuah kawasan perumahan digunakan untuk pelbagai aktiviti penduduk setempat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana kekurangan kawasan yang membolehkan golongan belia dan generasi muda menjalankan pelbagai aktiviti termasuk sukan di kawasan perumahan boleh menjadi punca kepada masalah gejala sosial.

Sebelum ini, di bandar-bandar besar seluruh negara termasuk di kawasan setinggan akan dilengkapi padang-padang bola untuk golongan belia.

Bagaimanapun pembangunan pesat kini membuatkan kita telah kehilangan banyak kawasan padang, dahulu kalau keluar ke padang kita masih boleh bermain dari pagi sampai ke petang tetapi hari ini situasi berbeza apabila mereka lebih berminat keluar rumah pada waktu malam sahaja.

Pada waktu siang hari pula, mereka lebih tertumpu pada gajet dan kalau keluar malam mereka akan balik siang, maka inilah yang menjadi punca berlakunya gejala-gejala sosial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kem Badminton Astro 2013 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) - Majlis Sukan Negeri (MSN), Ayer Keroh di sini hari ini.

Saravanan berkata, kajian yang dibuat bagaimanapun perlu meneliti soal aspek keselamatan di sekolah-sekolah sebelum sesuatu keputusan di ambil.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved