Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rosti letak jawatan NC Unisel

Posted:

Rosti letak jawatan NC Unisel

Rosti letak jawatan NC Unisel

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Dr. Rosti Saruwono


SHAH ALAM 2 Ogos - Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM42.6 juta 'duit raya' Felda

Posted:

RM42.6 juta 'duit raya' Felda

RM42.6 juta 'duit raya' Felda

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian 'duit raya' kepada kesemua 112,635 warga peneroka Felda membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang iaitu melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.

Tambah beliau, bakinya iaitu seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta.

"Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.

"Pemberian ini adalah untuk menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib menambah, pemberian duit raya kepada warga Felda tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding RM37.20 juta tahun lalu.

Pada tahun lalu kata beliau, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda pula RM150 seorang.

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal.

"Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

Posted:

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu.

"Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini.

"Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.

Menurut Muhyiddin, guru yang memiliki ijazah dan berkursus di IPG, mereka dijadual mengikuti latihan selama 18 bulan dan bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan untuk tempoh 66 bulan iaitu di bawah program ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Beliau menjelaskan, bagi baki GSTT berjumlah 3,465 orang itu, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

"Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka.

"Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, penempatan bagi mereka yang dilantik semula itu tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau pilihan asal.

Katanya, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

"Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan GSTT, baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahupun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut,'' kata Muhyiddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved