Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pelajar UiTM gempur Kg. Bukit Bulat

Posted:

Pelajar UiTM gempur Kg. Bukit Bulat

Pelajar UiTM gempur Kg. Bukit Bulat

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SHAHRIL bersama sebahagian 300 penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM membersihkan tanah perkuburan Kg. Bukit Bulat Machap, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 2 Ogos - Kira-kira 300 warga pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka melakukan program amal di Kampung Bukit Bulat, Machap Sabtu lalu.

Menerusi program Citra Siswa Rakyat, Dari Mata Turun Ke Hati, seluruh warga FKPM memerah keringat bergotong-royong membersihkan surau, masjid, taman rekreasi, kubur dan kawasan persekitaran kampung terbabit.

Acara yang berlangsung sejak pukul 7.30 pagi itu turut menyaksikan penglibatan penduduk kampung menyertai senamrobik, sukaneka, acara menyolek dan kunjungan dari rumah ke rumah bagi memeriahkan program sehari itu.

Di samping itu, warga FKPM turut mengagih-agihkan pelbagai bentuk sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak swasta kepada penduduk kampung.

Antara bentuk sumbangan yang diberikan seperti beras, minyak masak, susu dan sebagainya untuk keperluan warga emas dan kanak-kanak istimewa.

Warga FKPM dan pensyarah terbabit turut berpeluang memahami kehidupan masyarakat kampung sepanjang program yang berakhir pada sebelah malam disempurnakan penutupnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Abd. Wahab Abd. Latip.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Bulat, Md. Shukor Harun melahirkan ucapan terima kasih atas kerja amal yang dilakukan oleh pelajar FKPM dari UiTM Melaka.

''Peluang pelajar berada sehari di kampung ini selain melakukan banyak kerja amal tetapi apa yang penting mereka dapat memahami segala keperitan dan perjuangan penduduk kampung," ujarnya.

Sementara itu, Koordinator Program Diploma Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shahril Anuar Abdul Ghalim berkata, aktiviti yang dijalankan oleh 300 warga FKPM merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap tahun.

Program itu katanya, berjaya mencapai matlamat apabila seluruh pelajar dapat menyelami suasanan kehidupan masyarakat kampung dan menjalankan aktiviti harian.

''Selain memberi tumpuan kepada bidang akademik, aktiviti kemasyarakatan turut menjadi sebahagian daripada kokurikulum warga FKPM," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KUIM sasar universiti penuh tahun 2012

Posted:

KUIM sasar universiti penuh tahun 2012

KUIM sasar universiti penuh tahun 2012

MELAKA 2 Ogos - Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) komited untuk mencapai sasaran menjadi universiti penuh menjelang 2012.

Naib Canselor KUIM, Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya telah mengerakkan pelbagai program melipat gandakan kegiatan mempromosikan KUIM di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, antara usaha tersebut termasuk melaksanakan program pengantarabangsaan KUIM melalui perjanjian kerjasama dengan universiti luar negara.

''Melalui kegiatan promosi ini, kita merancang mengadakan lebih banyak memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai universiti luar negara dalam usaha menambah bilangan pelajar menimba pengajian di KUIM.

''Seterusnya, membantu kita mencapai sasaran 8,000 pelajar yang akan menuntut pengajian di KUIM menjelang tahun 2019," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, sasaran itu termasuk meletakkan perancangan menarik minat 500 orang pelajar luar negara menimba pengajian di institusi itu menjelang 2019.

Pada masa ini, menurut Mohd. Yusoff, seramai 4,000 pelajar mengikuti pelbagai jurusan peringkat diploma di kolej tersebut.

Sesuai dengan perkembangan itu, kata beliau, pihaknya sudah menjalin kerjasama dua hala dalam bentuk pengajian dengan lebih 15 kolej dan universiti luar negara.

Antara pusat pengajian terlibat, ujar beliau, Universiti Sriwijaya Palembang, College of Management and Technology Sri Lanka, International Peace University South Africa, Pembrokeshire College, DMDI kemboja, Universiti Brunei Darussalam dan University of Ballarat Australia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Persatuan Kebudayaan India KAYM anjur Valar Thamizh Vita 2011

Posted:

Persatuan Kebudayaan India KAYM anjur Valar Thamizh Vita 2011

Persatuan Kebudayaan India KAYM anjur Valar Thamizh Vita 2011


SEBAHAGIAN ahli Persatuan Kebudayaan India KAYM menunjukkan antara hasil program Valar Thamizh Vita 2011 anjuran persatuan itu di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 2 Ogos - Persatuan Kebudayaan India (ICS) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menganjurkan "Valar Thamizh Vita 2011" bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan budaya di kampus induk kolej itu di sini, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, ICS yang aktif menganjurkan pelbagai program untuk ahlinya turut tidak ketinggalan memainkan peranan mengadakan aktiviti tentang kepentingan mendalami adat resam di kalangan generasi muda.

Menurutnya, usaha itu memberi peluang kepada pelajar KAYM yang berlatar belakangkan pelbagai kaum dan agama mengenali budaya masing-masing seiring dengan konsep 1Malaysia.

"Sesuai dengan maksud "Valar Thamizh Vita 2011" iaitu membudayakan kesenian India, penganjuran program ini amat sesuai mewujudkan kesedaran pelajar tentang kepentingan budaya pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan "Valar Thamizh Vita 2011" anjuran Ahli-Ahli Persatuan Kebudayaan India yang turut dihadiri Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM, Mohd. Fakurol Mustapa dan Penasihat ICS, Sarmeena Venugoplan.

Selain itu, katanya, melalui penganjuran program kebudayaan anjuran ICS itu mampu meningkatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan ahli persatuan itu seiring dengan konsep 1Malaysia.

Pada masa yang sama, ujar beliau, pihak ICS menganjurkan pelbagai program ke peringkat lebih tinggi misalnya mendaki Gunung Everest atau lawatan sambil belajar ke universiti luar negara bagi membantu melonjakkan nama KAYM.

Sementara itu, Presiden ICS KAYM, K. Kumar berkata, matlamat program "Valar Thamizh Vizha" bertujuan memberi kesedaran tentang kesenian budaya India terutama di kalangan generasi muda pada hari ini.

"ICS berharap pelajar kaum lain seperti Melayu dan Cina dapat mempelajari dan melihat sendiri budaya kaum India.

''Program ini dapat membina semangat kerjasama dan merealisasikan matlamat 1Malaysia seperti aspirasi kerajaan di peringkat institusi pengajian tinggi," katanya.

Kata Kumar, bagi memeriahkan program, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan yang melibatkan semua pelajar dan kakitangan KAYM seperti pertandingan melukis kolam, mengikat bunga melor dan gubahan thoranai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved