Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Setahun masih tidak selesai

Posted:

Setahun masih tidak selesai

Setahun masih tidak selesai

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Liew Yuen Keong dan penduduk membawa wakil media melihat timbunan sampah di Taman Bukit Belimbing, Serdang baru-baru ini.


SERDANG 3 Ogos – Selagi ada manusia, selagi itu isu sampah tidak ak an selesai. Daripada masalah longgokan sampah haram, jadual kutipan tidak teratur sehinggalah ke masalah cecair yang mengalir keluar dari lori dan meninggalkan bau busuk, semuanya pernah diadukan.

Namun situasi itu mungkin tidak berlaku sekiranya pihak berkuasa tempatan memantau dengan rapi kerja-kerja kutipan sampah yang dilakukan oleh kontraktor dilantik.

Penduduk dan pemilik rumah di Jalan Harmoni 1, Taman Bukit Belimbing di Balakong dekat sini mungkin adalah di antara mereka yang boleh dianggap tidak bernasib baik.

Ini kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan sehingga menyebabkan penduduk di situ terpaksa menanggung masalah berkaitan sampah sejak setahun lalu.

Lebih dikesalkan, Ahli Majlis bagi kawasan tersebut yang sepatutnya membantu penduduk menangani masalah itu didakwa bersikap lepas tangan.

Pemilik sebuah restoran berhampiran, Chu Koon Thai, 58, berkata, masalah longgokan sampah haram itu telah wujud sejak setahun lalu dan kini semakin meruncing kerana ada pihak lain yang turut membuang sampah di situ.

Apa yang dikesalkan, katanya, ialah sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh MPKj bagi mengatasi masalah itu sedangkan ia berlaku di depan mata.

"Aduan juga telah banyak kali dibuat, namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan mahupun maklum balas diterima,'' ujarnya ketika ditemui pada sesi turun padang bersama Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong ke lokasi itu baru-baru ini.

Dakwanya, longgokan sampah haram itu bukan sahaja mengundang rasa kurang selesa dia sebagai pemilik premis di situ tetapi juga mengganggu pelanggan-pelanggannya.

Tinjuan Utusan Malaysia di lokasi mendapati longgokan sampah-sarap itu bukan hanya sisa makanan, bahkan sampah besar dan perabot lama seperti almari serta bahan buangan projek binaan juga terdapat di situ.

Sementara itu, Yuen Keong melahirkan rasa kesal kerana penduduk terpaksa menanggung derita hanya kerana kegagalan pihak MPKj dan ahli majlis bagi kawasan itu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Menurutnya, ahli majlis berkenaan sepatutnya turun padang meninjau serta menangani permasalahan yang dihadapi penduduk dan bukannya hanya hadir mesyuarat dengan tangan kosong.

"Lebih memalukan, sehingga kini penduduk sendiri tidak tahu siapa ahli majlis bagi kawasan ini. Sebagai ahli majlis, mereka sepatutnya turun padang dan mempamerkan nombor telefon di kawasan awam untuk memudahkan penduduk berhubung tetapi ia tidak berlaku di kawasan ini,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bulatan Rothmans siap lepas raya

Posted:

Bulatan Rothmans siap lepas raya

Bulatan Rothmans siap lepas raya

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


KERJA-kerja menaik taraf dan menukar Bulatan Rothmans di Petaling Jaya kepada persimpangan lampu isyarat giat dilaksanakan.


PETALING JAYA 3 Ogos - Kerja-kerja menaik taraf dan menukar Bulatan Rothmans di Seksyen 13 di sini kepada persimpangan berlampu isyarat dijangka siap lewat sedikit daripada tempoh yang ditetapkan berikutan masalah paip di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Cheremi Tarman berkata, pihak kontraktor perlu menunggu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengalihkan paip simen asbestos milik mereka sebelum boleh meneruskan projek itu.

Menurutnya, projek bernilai lebih RM4.28 juta itu yang merupakan fasa satu pembinaan Jalan Harapan (17/47) dari Bulatan Jalan Universiti dengan Jalan Semangat hingga ke Jalan Damansara itu pada awalnya dijangka siap pada 30 Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kami menjangkakan kelewatan tidak akan mengambil masa yang lama iaitu akan siap tidak lebih sebulan daripada tarikh asal.

"Pada asalnya, cadangan untuk pengalihan tiga buah paip ini telah pun diajukan oleh pihak MBPJ kepada Syabas tetapi tidak mendapat tindak balas daripada mereka.

"Kos pengalihan paip ini yang bernilai RM300,000 akan ditanggung oleh MBPJ selaku pelaksana projek," katanya ketika mengadakan taklimat media mengenai perkembangan projek tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Projek menaik taraf bulatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mengurangkan masalah kesesakan di bulatan itu dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Cheremi berkata, fasa kedua projek itu yang akan menyambungkan Jalan Harapan sehingga ke Lebuh raya Sprint akan dimulakan pada awal tahun depan.

"Projek ini dijangkakan akan siap dalam masa kurang daripada satu tahun," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Masterskill sumbang komputer riba mini

Posted:

Masterskill sumbang komputer riba mini

Masterskill sumbang komputer riba mini


TUN Hisan Tun Hamzah (dua dari kiri) dan Timbalannya Datuk A. Thaiveegan (kiri) memegang komputer sambil dipehatikan oleh Pengerusi MEGB, Tunku Datuk Kamel Tunku Rijaludin dan Edmund Santhara (kanan) pada majlis penyerahan komputer riba dan mesin cetak kepada Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM 3 Ogos - Masterskill Education Group Berhad (MEGB) hari ini menyumbangkan 25 unit komputer riba mini jenama Lenovo dan 25 mesin pencetak mudah alih HP untuk kegunaan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua komputer riba mini dan mesin pencetak itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEGB, Datuk Seri Edmund Santhara kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dalam satu majlis di pusat media Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini.

Menurut Edmund, penyerahan komputer riba mini ini merupakan tanggungjawab sosial korporat MEGB dan penghargaan kepada PDRM yang sentiasa menjaga keamanan negara dan rakyat termasuk keselamatan pelajar Masterskill sendiri.

Beliau berkata, kesemua peralatan itu diharap dapat membantu memudahkan pegawai polis terutama yang bertugas di lapangan.

"Sumbangan komputer riba mini dan mesin pencetak ini juga diharap dapat memudahkan perkongsian dan saluran maklumat globalisasi dalam tugas PDRM dan seterusnya melancarkan kerja-kerja harian mereka," kata beliau dalam ucapannya pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pengarah MEGB, Datuk Kamaruddin Ali, Pengurus dan Ketua Keselamatan MEGB, Datuk Mohamad Anuar Mohd. Zain dan pegawai kanan polis Selangor.

Tambah Edmund lagi, pihaknya amat berbangga kerana dapat menyalurkan sedikit sumbangan bagi membantu memudahkan PDRM dalam menjalankan tugas dan perkhidmatannya kepada masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved