Rabu, 3 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Teknologi kardio kukuhkan KIST

Posted:

Teknologi kardio kukuhkan KIST

Teknologi kardio kukuhkan KIST

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


PELAJAR-pelajar KIST yang terlibat dalam program kemasyarakatan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mengukuhkan peranannya sebagai salah sebuah institusi peneraju dalam pengajian sains kesihatan dengan memperkenalkan satu kursus baru iaitu Diploma Teknologi Kardiovaskular.

Ia merupakan kursus ke-17 yang ditawarkan oleh KIST yang dalam proses pengembangan pesat sejak mulai beroperasi pada 2005 di kampus Kelantan di Bachok.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (pengambilan pelajar), Nurul Hidayat Mohd. Kasim memberitahu, kursus itu dirintis oleh KIST berikutan permintaan tinggi dan pasaran kerja yang semakin luas dalam bidang kardiovaskular.

''Kursus itu telah mula dijalankan di kampus Kelantan mulai Jun lalu dengan pengambilan kumpulan perintis seramai 35 orang dan jumlah pengambilan dijangka ditingkatkan kepada 50 orang September depan.

''Bagi melahirkan lebih ramai kumpulan 'juruteknik jantung' ini, KIST menyasarkan pengambilan pelajar pada tahun depan ditingkatkan kepada 200 orang lagi melalui empat sesi pengambilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, Diploma Teknologi Kardiovaskular ini diwujudkan bagi melahirkan Juruteknik Kardioloji dan Perfusionist Kardiak iaitu individu yang membantu pakar jantung dan bedah jantung dalam membantu mendiagnosis dan merawat pesakit masalah jantung dan salur darah peripheral.

"Kita yakin kursus baru ini mampu menjamin potensi kerja yang baik kepada pelajar sebagaimana kursus-kursus lain yang ditawarkan di KIST sebelum ini.

''KIST mempunyai makmal lengkap untuk pembelajaran bersistematik di bawah bimbingan kumpulan pensyarah, instruktor klinikal yang berkelayakan dan berpengalaman luas. Pelajar akan mendapat pembelajaran dengan berkesan," ujarnya.

KIST sehingga ini menawarkan kursus Pembantu Perubatan (lelaki dan wanita), Farmasi, X-Ray, Syariah, Senaman dan Sukan, Radioterapi, Fisioterapi, Teknologi Makmal Perubatan, Falak Syarie, Pengurusan Perkhidmatan Makanan Halal, Kesihatan Persekitaran, Keselamatan Pekerja, Kejururawatan dan Psikologi, Terapi Cara Kerja dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Institusi itu kini menempatkan kira-kira 5,000 pelajar dari seluruh negara melalui kampusnya di Pantai Timur dan kini mula melebarkan sayapnya di Sarawak melalui penubuhan Institut Teknologi Sarawell.

"Ketika ini, hampir kesemua pelajar KIST menjalani latihan amali pada setiap semester di hospital kerajaan dan klinik kesihatan di seluruh Pantai Timur yang mana mereka memperlihatkan reputasi yang baik.

''Justeru, hampir kesemua mereka juga telah mendapat pekerjaan dan kebanyakannya bertugas di hospital kerajaan, hospital tentera dan hospital swasta seluruh negara," katanya.

Katanya, yuran pengajian keseluruhan adalah sebanyak RM52,800 namun, setelah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengehadkan kadar pinjaman RM45,000 untuk semua kursus sains kesihatan mulai September ini, bayaran selebihnya akan ditanggung oleh Yayasan KIST.

''Ia bagi mengelak para pelajar daripada terbeban dan mereka boleh belajar dengan selesa tanpa kekangan kewangan. Malah bayaran semasa hari pendaftaran sekadar RM100 dan selebihnya boleh dijelaskan secara berkala," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

30 pelajar Aseni Terengganu terima sijil anugerah cemerlang

Posted:

30 pelajar Aseni Terengganu terima sijil anugerah cemerlang

30 pelajar Aseni Terengganu terima sijil anugerah cemerlang


SEBAHAGIAN pelajar Aseni gembira selepas menerima sijil masing-masing di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Seramai 30 pelajar Akademi Seni Terengganu (Aseni) atau kini dikenali sebagai SUKTRA Terengganu menerima sijil masing-masing di Majlis Penganugerahan Sijil Aseni kali ke-2 di sini, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 13 pelajar adalah daripada kumpulan yang mengikuti pengajian seni muzik sesi pengambilan Februari 2008 dan 17 pelajar lagi pada Julai 2009.

Pada majlis itu, Mohd. Shawarin Ibrahim pula menerima Anugerah Cemerlang bagi sesi Februari 2008 manakala Mohd. Fairul Amri Azmi dan Mohd. Yusrizal Aripin bagi sesi Julai 2009.

Penganugerahan disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Hadir sama, Pengurus SUKTRA Terengganu, Zulkifly Isa.

SUKTRA Terengganu merupakan kumpulan kebudayaan dan Kesenian yang berada di bawah naungan kerajaan negeri yang berperanan mengembang dan memelihara seni budaya warisan serta menjadi 'duta' negeri dalam bidang itu.

Ia menawarkan kursus sijil seni muzik selama dua tahun dengan teras pengajian adalah muzik tradisional Terengganu serta dilengkapi dengan kursus pilihan seni tari dan seni teater.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Wan Ahamad berkata, SUKTRA Terengganu merupakan sebuah pustaka akademik dalam memelihara dan mengembangkan seni berasaskan pendidikan dan penyelidikan.

Sehubungan itu, katanya, SUKTRA Terengganu turut menyediakan ruang pendidikan kepada aktivis seni kalangan generasi muda sebagai landasan meningkatkan ilmu, kemahiran dan penguasaan dalam bidang berkaitan.

"Adalah diharapkan mereka yang telah tamat kursus hari ini terus berusaha melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau berharap apa yang ditimba sepanjang pengajian menjadi bekalan untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi kerana ia juga mempunyai masa depan yang baik jika ia diceburi secara bersungguh-sungguh.

Sementara itu, salah seorang penerima anugerah, Mohd. Fairul Amri yang berasal dari Kampung Alor Lintang Besut memberitahu, dia mencintai seni muzik tradisional ketika di sekolah rendah setelah didedahkan dengan peralatan seperti gendang, gamelan dan serunai.

Katanya, peluang yang diberikan oleh Aseni untuk menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran tidak disia-siakan dan akan terus memperjuangkan seni muzik warisan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kempen kibar Jalur Gemilang

Posted:

Kempen kibar Jalur Gemilang

Kempen kibar Jalur Gemilang


HAMAD Kama Piah Che Othman (kanan) dan Dr. Zainai Mohamed (dua dari kiri) memasang Jalur Gemilang pada basikal peserta 'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang' di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 2 Ogos - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kelmarin melancarkan Kempen Kibar Bendera 2011 sempena Bulan Kemerdekaan bagi memupuk semangat kemerdekaan dalam diri setiap pelajar dan staf universiti itu.

Kempen bertemakan 'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang' itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman sambil disaksikan Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zaina Mohamed.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed dan kira-kira 100 kakitangan.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan nyanyian tiga lagu patriotik oleh kumpulan koir UMK iaitu Jalur Gemilang, Lagu Terbilang UMK dan 1Malaysia.

Sementara itu, Hamad Kama Piah ketika ditemui kemudia berkata, program tersebut menunjukkan bahawa UMK sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama menimbulkan semangat meraikan hari kemerdekaan.

"Semua kakitangan dan staf UMK terlibat sama menunjukkan jiwa dan semangat kita dalam merayakan sambutan kemerdekaan negara ini.

"Ini juga merupakan satu pendekatan menjadikan kita betul-betul berjiwa Malaysia dan memupuk semangat patriotik yang ada dalam diri masing-masing," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved