Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sains perhebat banteras curi air

Posted:

Sains perhebat banteras curi air

Sains perhebat banteras curi air

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 17 Jun – Usaha membanteras 'pencuri air' di negeri ini terus diperhebatkan lagi apabila sebuah rumah kedai di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini yang sedang diubah suai diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram itu semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.40 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan SPAN, Mohadir Hid berkata, operasi itu dilakukan setelah pihak Sains menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan risikan seminggu lalu berhubung aktiviti haram itu.

''Hasil serbuan, kita mendapati pengusaha premis berkenaan telah melakukan penyambungan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) secara tidak sah, menggunakan paip utama milik Sains.

''Penyambungan haram itu dilakukan melalui paip dari bangunan yang merupakan bekas hotel bersebelahan premis terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, semalam.

Jelasnya, satu notis telah dikeluarkan bagi memaklumkan kesalahan berkenaan kepada pemilik premis dan pengusaha rumah kedai yang sedang dibaik pulih itu.

''Kita juga telah bertindak menyita paip getah 16 mm itu untuk dijadikan sebagai bahan bukti," ujarnya.

Mohadir berkata, pemilik premis berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (AIPA 2006).

''Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak

Posted:

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak


ANSARI Mustafa yang terlantar selama sebulan kerana jangkitan kuman pada kaki menyatakan sesuatu kepada isterinya, Rohayu Hassan di Hospital Melaka, kelmarin.


MELAKA 17 Jun - Bekas jurulatih penjaga gol Melaka, Ansari Mustafa yang menderita akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu meluahkan rasa kecewanya terhadap Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) kerana masih berhutang dengannya sebanyak RM24,500.

Ansari, 52, yang kini terlantar di Wad D1 Hospital Melaka di sini mendakwa, jumlah tersebut merangkumi sebahagian gajinya yang belum dibayar bermula 2006 sehingga 2009.

Tambahnya, Mafa sepatutnya memahami situasi beliau yang amat memerlukan wang bagi kos merawat penyakitnya itu.

''Tambah mengecewakan apabila tidak ada seorang pun wakil daripada Mafa yang melawat saya sejak dimasukkan ke hospital 12 Mei lalu,'' katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini semalam.

Jurulatih penjaga gol pasukan Melaka dari 2005 sehingga 2009 itu berkata, dia dimasukkan ke hospital setelah kaki kanannya mengalami bengkak dan doktor mengesahkan ia akibat jangkitan kuman atau dikenali celulitis.

"Seminggu selepas berada di hospital, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang pegawai kanan Mafa memberitahu memerlukan wang sebanyak RM1,560 bagi kos pembedahan.

"Apabila SMS tidak dibalas, dua hari selepas itu saya sekali lagi menghubungi Mafa, namun wang yang diharapkan langsung tidak diterima sehingga ke hari ini, malah seorang wakil Mafa pun tidak melawat saya untuk bertanya khabar," jelasnya

Menurut Ansari, akibatnya beliau terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga bagi membeli mata pisau khas untuk digunakan ketika pembedahan membuang kulit mati pada kaki kanannya itu.

Tambahnya, dia kini juga terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri, Rahayu Hassan, 47, yang bekerja sebagai pembantu klinik.

"Wang yang diharapkan itu pula bukanlah untuk digunakan suka-suka, tetapi untuk menampung kos ubat-ubatan anak kedua yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak," katanya.

Ansari sebelum ini pernah mewakili Melaka pada 1978 dan 1979 sebelum menabur bakti di Kedah pada 1980 dan 1981. Beliau kemudian mewakili Perak pada 1982.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

Posted:

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

MELAKA 17 Jun _ Melaka menjadi negeri kedua mempunyai pesakit paling ramai mengidap penyakit kencing manis selepas Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, pada masa ini, kira-kira 788,000 penduduk di negeri ini didapati telah mengambil sebanyak 1,572 tan gula.

Daripada jumlah itu, katanya, setiap pengguna mengambil kira-kira dua kilogram sebulan dengan 67 gram dalam masa sehari.

''Ini menunjukkan tahap kesedaran pengguna di negeri ini masih kurang dan jika ia terus berlanjutan pastinya peningkatan bilangan pesakit kencing manis akan bertambah dari hari ke hari," katanya ketika merasmikan Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja di Wisma Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya, penduduk negeri ini wajar mengurangkan kadar penggunaan gula harian bagi mengelakkan mereka dilanda penyakit kencing manis.

''Kita bimbang masih ramai penduduk Melaka gemar mengambil gula berlebihan kerana tidak mengetahui kesan pengambilannya menyumbang kepada penyakit kencing manis," katanya.

Ghazale berkata, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani masalah itu seperti mengadakan kempen meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan gula yang mana mampu membantu mengurangkan peningkatan pesakit bagi penyakit merbahaya berkenaan.

Malah, katanya, kenaikan harga gula pada 10 Mei lalu dilihat tidak memberi sebarang bebanan atau masalah yang besar kepada pengguna.

''Walaupun harga dinaikkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram namun harganya masih berada pada tahap terendah.

''Jika dibandingkan dengan negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, harga gula di Malaysia masih lagi berada pada tahap terendah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved