Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia

Posted:

Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia

Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia


Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuanku Nur Zahirah, Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan sebelum istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.


PUTRAJAYA 17 Jun - Abu Dhabi hari ini menyatakan komitmen penyertaan berterusan pengeluar minyak mentah terbesar dunia itu dalam bidang ekonomi Malaysia.

Komitmen tinggi itu dimaklumkan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Tun Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan dalam mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini petang ini.

Sheikh Mohammed yang tiba pagi ini dalam lawatan kerja sehari ke negara ini merupakan Pengerusi Mubadala Development Company (Mubadala) - jentera pelaburan kerajaan Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Perdana Menteri memberitahu, terbaru Kuala Lumpur telah meluluskan permohonan Abu Dhabi menerusi Mubadala untuk membangunkan sebuah kompleks aluminium di Sarawak bernilai RM12.7 bilion (AS$4.2 bilion).

Ia, kata beliau, ditambah dengan pelaburan Abu Dhabi dalam industri hiliran di Bumi Kenyalang sebanyak RM5.4 bilion (AS$1.8 bilion) lagi yang antaranya termasuk industri dawai kabel.

Ia sekali gus dijangka menjana 40,000 peluang pekerjaan berdaya tinggi, mencernakan AS$3 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta AS$2.6 bilion imbangan dagangan.

"Mereka (Abu Dhabi) yakin dengan dasar-dasar serta langkah yang sedang diambil kerajaan bahawa Malaysia merupakan negara di mana kerjasama kedua-dua negara boleh diperluaskan ke tahap yang jauh lebih tinggi dari sekarang.

"Untuk projek kompleks aluminium itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) akan menyelaraskan dengan kerajaan Sarawak berhubung pembelian tenaga elektrik dari kerajaan negeri," kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis penjualan saham RHB Capital Berhad (RHB) yang dimiliki Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) kepada Aabar Investments PJS (Kumpulan Aabar) di pejabat Perdana Menteri.

Najib berkata, Abu Dhabi turut menyatakan persetujuan untuk bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membangunkan KL International Finance Centre.

"Sheikh Mohammed mengesahkan minat dan komitmen mereka masih jelas untuk membangunkan pusat kewangan yang baru itu," katanya.

Najib berkata, Abu Dhabi juga sedang bekerjasama dengan Petronas untuk membangunkan blok minyak SK320 di Sarawak.

Selain itu, kata beliau, Sheikh Mohammed juga menyatakan minat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari UAE ke negara ini terutama dalam bidang pelancongan kesihatan.

"Mereka melihat kemungkinan warga UAE datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan," katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah Abu Dhabi sebelum ini untuk melabur di Iskandar Malaysia sebanyak AS$1.2 bilion merupakan titik permulaan kerjasama antara kedua-dua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amirahman, Suraya johan

Posted:

Amirahman, Suraya johan

Amirahman, Suraya johan


Amirahman Abas, Suraya Abu Hassan


KUCHING 17 Jun – Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak malam ini.

Mereka masing- masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

Tempat kedua dimenangi qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayup yang membawa pulang wang tunai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang tempat ketiga ialah qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Nor Azrah Ayub (johan menunggu) yang membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan '1Malaysia, 1Ummah' dan bermula 13 Jun lepas. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

Posted:

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

KUCHING 17 Jun - Umat Islam perlu menghidup dan menyuburkan budaya al-Quran bagi menangani pelbagai masalah yang membelenggu ummah sehingga ketinggalan dan semakin lemah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ir. Daud Abdul Rahman berkata, walaupun pelbagai kajian dan pandangan diberikan mengenai masalah itu, secara realitinya ia berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri.

Katanya, ia disebabkan oleh sikap ambil mudah dan malas untuk menghayati al-Quran apatah lagi di kalangan generasi muda yang semakin canggung dengan kitab suci itu.

"Oleh demikian marilah kita sama-sama mengeratkan kerjasama yang sedia terjalin untuk mendekatkan diri, anak-anak dan masyarakat kita dengan al-Quran melalui pelbagai program serta aktiviti yang boleh kita rancang bersama dengan menghidupkan semula budaya al-Quran," katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah Abdullah.

Sementara itu, Daud yang merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah itu mengingatkan semua pihak bahawa cabaran umat Islam pada masa ini amat getir dengan segala ancaman yang merangkumi pelbagai aspek.

Katanya, daripada aspek keselamatan, umat Islam diuji dengan keangkuhan musuh untuk melemahkan kekuatan ummah di seluruh dunia, manakala prestasi ekonomi pula semakin jauh ketinggalan walaupun kaya dengan hasil bumi yang dianugerahkan Allah SWT.

"Daripada aspek sosial pula, kita diancam hakisan nilai-nilai murni dan mulia dalam masyarakat serta generasi baru umat Islam dan menyebabkan pelbagai budaya luar yang dipengaruhi kesesatan telah meresapi generasi muda pada masa ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved