Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kreativiti hasilkan pesawat

Posted:

Kreativiti hasilkan pesawat

Kreativiti hasilkan pesawat

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian peminat pesawat kawalan jauh berkumpul di Gong Kulim, Pasir Puteh, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 10 Ogos – Bermula dengan penghasilan lipatan kertas menerusi kesenian Origami sebagai reka bentuk paling asas dalam seni membentuk kertas, ia akhirnya menjadi objek yang berupaya terbang.

Begitulah daya imaginasi, inovasi dan kreativiti sekumpulan peminat kapal terbang 'Aero-Kraf' buatan sendiri di jajahan ini yang berkumpul di lapangan terbang mainan Gong Kulim dekat sini pada setiap petang untuk menguji keupayaan dan momentum kelajuan pesawat dan jet ciptaan mereka.

Bahan-bahan terbuang seperti papan lapis, keratan polistrena dan apa saja barangan yang boleh dikitar semula dikumpulkan untuk memenuhi keperluan bagi membina reka bentuk pesawat dengan kos yang lebih menjimatkan berbanding membeli kapal terbang atau helikopter kawalan jauh yang siap di pasaran.

Pelbagai peringkat usia pereka dan pencipta berkumpul di kawasan lapang berhampiran Tidal-Gate Gong Kulim setiap petang, menjadikan lokasi itu sebagai kawasan tumpuan ramai menyaksikan kehebatan penduduk tempatan menghasilkan pesawat mainan yang tangkas di udara dengan sensor kawalan jauh menggunakan kuasa bateri dan minyak sebagaimana kapal terbang biasa.

Pencipta dan peminat penerbangan simulator, Azlan Azhar, 41, berkata, kapal terbang kertas yang dibuat dari kadbod iaitu sejenis kertas keras sebenarnya telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri China termasuk penciptaan layang-layang.

Bagaimanapun, katanya, reka bentuk kapal terbang kertas pula semakin diminati selepas ia dihasilkan oleh pencipta awalnya iaitu Jack Northrop yang telah berjaya mencipta kapal terbang kertas pada 1930 bagi membolehkan beliau mengkaji selok-belok pembuatan kapal terbang sebenar.

"Pada peringkat awal, kami perlu menggunakan kertas untuk mencipta reka bentuk pesawat dan penggunaan papan lapis nipis atau kepingan plastik yang terbuang adalah bagi memperkukuhkannya.

"Kami tidak perlu gusar terhadap sebarang kerosakan pesawat sekiranya terhempas kerana ia boleh diganti dengan kadar yang paling murah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Azlan setakat ini memiliki lebih 10 pesawat mainan yang turut dihasilkan dua anak remajanya, Ahmad Azrai, 14, dan Ahmad Aizat Azlan, 12.

Pengusaha restoran Warisan Ikan Bakar itu berkata, kedai makannya turut menjadi medan peminat pesawat mainan berkumpul pada waktu malam sambil melihat hasil ciptaan dan lakaran baru pesawat yang baru diciptanya.

Menurutnya, kos paling minimum dibelanjakan untuk sebuah pesawat mainan ialah RM800 iaitu bagi membeli radio simulator, bateri dan peralatan elektronik yang diperlukan untuk memastikan kapal terbang atau jet yang dihasilkan mampu terbang laju sehingga 170 kilometer sejam.

Sementara itu, seorang peminat pesawat tersebut, Nik Mohd. Azrin Nik Aziz, 25, dari Kampung Bukit Awang berkata, hobi bermain pesawat kawalan jauh sebenarnya tidak memerlukan modal yang tinggi sekiranya ada usaha untuk mencipta dan mereka sendiri badan pesawat.

Katanya, semuanya bergantung pada minat untuk menikmati lebih kepuasan tanpa perlu membeli pesawat yang mahal tetapi belajar mencipta sendiri dan belajar mengendali penerbangan pesawat atau kapal terbang dengan kawan-kawan yang lebih mahir tanpa perlu membayar sebarang caj atau yuran.

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai tahun 2009 dalam pengajian kejuruteraan kimia petroleum itu turut menjadikan rumahnya sebagai bengkel penghasilan pesawat mainan yang mendapat tempahan secara online dari seluruh dunia.

Katanya, kerja menghasilkan penciptaan pesawat itu dimulakan selepas menamatkan pengajian dan menganggap kreativiti tersebut lebih menguntungkan terutama dalam keadaan sukar mendapatkan pekerjaan.

"Saya mampu menghasilkan sebanyak lima buah pesawat kawalan jauh seminggu lengkap dengan ukuran dimensi dan struktur binaan. Semuanya dipaparkan di blog saya iaitu www.yensrc. blogspot.com.

"Saya bersedia untuk menjadi pencipta model pesawat secara penuh masa sekiranya mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa kerana bidang ini berpotensi untuk dikembangkan," katanya.

Mohd. Hariff Manaf, 39, petugas Jabatan Kesihatan Pasir Puteh berkata, dia sedia memberi perkhidmatan dan tunjuk ajar untuk membina peralatan elektronik kepada peminat baru dalam usaha mengumpul lebih ramai ahli.

Menurutnya, setakat ini terdapat lebih 30 ahli masing-masing memiliki pesawat sendiri dan berkemahiran mengendalikannya sama ada dengan menggunakan kuasa bateri atau minyak.

Sementara itu, guru simulator dan robotik, Razali Hassan, 47, berkata, keadaan memang berbeza di antara dunia fantasi dalam permainan video berbanding mengendalikan pesawat kawalan jauh secara realiti yang bukan sekadar sukan untuk keseronokan atau memenuhi hobi tetapi menuntut kemahiran dan pembelajaran.

"Kalau pesawat terhempas misalnya, ia mengajar kita memperbaiki kesilapan diri, membentuk disiplin baru dalam kehidupan dan bagaimana mengendalikan masalah secara sistematik dan sabar.

"Cabaran bermula ketika pemasangan badan dan komponen lain termasuk kawalan pelepasan pesawat, pengawalan di udara dan pengendalian pendaratan," katanya yang lebih 10 tahun bertugas sebagai jurulatih penerbangan di lima buah sekolah imtiaz di Terengganu.

Tambahnya, pelajar turut dibawa ke Gong Kulim untuk menerbangkan pesawat selepas mereka mendapat kemahiran dengan sistem simulator secukupnya.

Menurutnya, Sekolah imtiaz yang terdapat di Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman telah menubuhkan Kelab Avionik sebagai aktiviti kokurikulum yang lebih menjurus kepada kemahiran penerbangan dan cara-cara untuk mengendalikan pesawat.

"Rakan-rakan yang berkumpul di kawasan lapang di Gong Kulim turut menjadi tenaga pembimbing anggota Kelab Avionik yang dibawa untuk menguji kemahiran mereka menerbangkan pesawat mengikut jadual ditetapkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

25,000 khatam al-Quran

Posted:

25,000 khatam al-Quran

25,000 khatam al-Quran

KUALA TERENGGANU 10 Ogos - Lebih 25,000 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di institusi kelolaan kerajaan negeri dan Pusat di negeri ini dijangka khatam al-Quran pada tahun ini.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Md Kamarul Al-Amin Ismail menyasarkan peningkatan lebih 3,000 orang berbanding tahun lalu yang turut dibantu terutamanya dengan perluasan konsep Pintar al-Quran di tabika Kemas.

Beliau berkata, seramai 7,000 yang khatam itu adalah kanak-kanak prasekolah YIT, Kemas dan Jabatan Perpaduan, manakala 18,000 lagi murid sekolah rendah..

''Berbanding dengan negeri lain, jumlah yang khatam di negeri ini mungkin yang tertinggi setiap tahun namun, ia cuma sekitar lebih 20 peratus terhadap keseluruhan murid yang mengikuti kelas KAFA.

''Hasrat kerajaan negeri adalah untuk memastikan semua anak negeri yang berumur antara 6 dan 12 tahun dapat menguasai al-Quran serta mengamalkan perkara-perkara asas seorang Islam," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tidak dibenar kutip derma

Posted:

Tidak dibenar kutip derma

Tidak dibenar kutip derma

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 10 Ogos - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu tidak akan melanjutkan tempoh membenarkan kegiatan mengutip derma di tempat-tempat awam termasuk di depan bank atau pasar raya di negeri ini sejurus selepas tempoh itu tamat pada 31 Ogos ini.

Ini bermakna mulai 1 September ini, sebarang aktiviti meminta derma di tempat tumpuan ramai itu adalah merupakan satu kesalahan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman, mereka yang terbabit boleh ditahan di bawah Seksyen 90 (5) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 yang memperuntukkan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama bahagian penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan tiada kegiatan seumpama itu dikesan di negeri ini.

"Kita akan terus memantau dan selepas 31 Ogos ini, kita harap tiada lagi aktiviti kutip derma seperti di depan bank atau pasar-pasar di sekitar bandar raya ini dan juga di tempat lain di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi memeriksa pengutip derma di tempat-tempat awam di bandar raya ini dengan kerjasama bahagian penguat kuasa JHEAT semalam.

Wan Harujan menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan peringatan bermula Julai lalu yang melarang sebarang aktiviti mengutip derma di tempat-tempat awam di negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, atas sebab-sebab tertentu yang munasabah, pihaknya mengeluarkan surat kelonggaran yang membenarkan aktiviti berkenaan dijalankan sebelum tarikh tamat pada 31 Ogos ini.

"Setakat ini, ada lapan pengutip derma dari negeri ini dan dua lagi dari luar Terengganu yang menjalankan kegiatan kutip derma dan mereka mendapat kebenaran daripada MAIDAM sehingga 31 Ogos ini," katanya.

Namun tambahnya, MAIDAM masih membenarkan kegiatan mengutip derma dengan pihak terlibat disaran menghubungi atau berkunjung ke syarikat-syarikat bagi mendapatkan sumbangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved