Khamis, 11 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mubarak ikrar bantu kerajaan

Posted:

Mubarak ikrar bantu kerajaan

Mubarak ikrar bantu kerajaan

oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim (kiri) mewakili Mubarak Kedah menyampaikan bantuan masjid kepada Imam Masjid Kampung Swai Tenong, Sulaiman Mohd. Zin (tiga kiri) di Kemboja, baru-baru ini.


ALOR SETAR 10 Ogos _ Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) ditubuhkan sejak 10 tahun lalu bagi menjaga silaturahim dan kebajikan ahli yang terdiri daripada bekas pemimpin rakyat yang pernah berkhidmat dengan kerajaan di seluruh negara.

Penubuhan Mubarak membolehkan nasib bekas wakil rakyat dibela kerana tidak semua daripada mereka menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara.

Selain itu, tenaga bekas wakil rakyat juga masih diperlukan oleh kerajaan kerana pengalaman mereka yang luas dalam bidang politik dan kemasyarakatan.

Menurut Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, pertubuhan itu berikrar untuk memainkan peranannya membantu Kerajaan Persekutuan dengan turun padang secara agresif bagi menarik seramai mungkin pengundi menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, Mubarak mahu menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berimpak tinggi dan kehadapan membantu menerusi penerangan dasar, dialog dan lain-lain.

Jelas beliau, tumpuan akan diberikan kepada golongan veteran dan kelompok yang berada di luar aktiviti parti itu seperti pesara kerajaan dan politik serta NGO.

"Golongan veteran perlu didekati supaya mereka tidak rasa terpinggir dan memanfaatkan pengalaman mereka manakala kelompok berada di luar aktiviti parti pula merupakan sebahagian besar daripada jumlah pengundi di negara ini.

"BN mesti menang kerana tiada parti lain yang boleh mengambil peranannya dalam membela nasib rakyat. Sebab itu kami berasa terpanggil bersama rakan yang lain untuk menyumbang sesuatu dengan menjadikan pengalaman yang ada," katanya di sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua Mubarak Kedah berkata, peranan ahli Mubarak yang kini berjumlah 715 orang di seluruh negara masih relevan dan berguna untuk membantu kepimpinan negara dalam membentuk serta membawa Malaysia menjadi maju.

Sebagai bekas wakil rakyat, kata beliau, ahli pertubuhan itu masih dihormati masyarakat dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai kehendak rakyat.

Katanya, mereka akan menerangkan hala tuju perjuangan parti dan dasar kerajaan kepada pengundi agar mereka terus memberikan mandat kepada parti yang memerintah.

"Walaupun terdiri daripada pemimpin yang telah bersara tetapi kami masih bersemangat untuk menyumbangkan khidmat kepada rakyat dan kerajaan," katanya.

Abdul Rahman bagaimanapun berharap, kehadiran bekas wakil-wakil rakyat tidak disalah erti kerana mereka ikhlas untuk membantu kemenangan BN pada PRU ke-13 dan bukannya kerana mempunyai niat untuk menjadi calon pilihan raya.

"Mubarak bukan kumpulan pendesak untuk menjadi calon. Bagaimanapun terserah kepada kepimpinan kerajaan jika mahu memilih kembali kerana ada ahli Mubarak yang masih muda dan mempunyai ciri-ciri boleh menang. Kita akan menyokong segala gerak kerja parti dan semua calon yang dipilih nanti," katanya.

Di Kedah, kata Abdul Rahman, beliau yakin rakyat negeri ini akan kembali menyokong kepimpinan BN jika semua pihak berkerjasama dan jentera parti bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Menurut beliau, pertubuhan itu memperkenalkan program Sahabat Mubarak yang dianggotai oleh bekas pemimpin masyarakat, pemimpin NGO dan pesara awam atau swasta yang aktif dalam kegiatan masyarakat dan berpengaruh di setiap kawasan Parlimen.

Katanya, rata-rata yang menyertai program tersebut sudah tidak bergiat aktif dalam politik tetapi mempunyai idea dan pengalaman untuk membantu BN meraih sokongan rakyat.

"Rata-rata mereka mempunyai pengikut dan pengaruh yang besar dalam masyarakat setempat. Ini boleh membantu kepimpinan BN menarik sokongan lebih ramai pengundi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Melawat sambil kutip pengalaman di Kemboja

Posted:

Melawat sambil kutip pengalaman di Kemboja

Melawat sambil kutip pengalaman di Kemboja


Rombongan Mubarak Kedah bersama masyarakat Islam Kampung Swai Tenong di Kemboja, baru-baru ini.


ALOR SETAR 10 Ogos - Kedaifan hidup masyarakat Islam Kemboja bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat di negara ini dengan pelbagai program dirancang dan dilaksanakan di negara itu terutama yang membabitkan hal berkaitan agama dan misi kemanusiaan.

Kunjungan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah ke sebuah perkampungan Islam di Wilayah Kompong Cham dan beberapa lokasi bersejarah di Kemboja baru-baru ini bukan sahaja membolehkan mereka berbakti kepada saudara seagama di situ, malah memberi 1,001 pengalaman berguna dan menginsafkan.

Dalam kunjungan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan meluangkan masa hampir sehari bersama penduduk di Kampung Swai Tenong, kira-kira 75 kilometer dari bandar Phnom Penh.

Rombongan NGO yang disertai oleh 26 peserta itu berkongsi pengalaman dan beramah mesra dengan penduduk kampung tersebut termasuk mendengar keluhan mereka selain mengadakan kenduri kampung.

Mubarak turut menyampaikan bantuan kepada masjid antaranya al-Quran, surah Yasin, telekung, pelikat, batik serta sejadah kepada masyarakat itu.

Timbalan Yang Dipertua Mubarak Kedah, Datuk Abd. Razak Hashim berkata, apa yang sedang berlaku di Kemboja khususnya nasib umat Islamnya mengundang simpati pelbagai pihak termasuk pertubuhan itu.

Kata beliau, kunjungan kampung tersebut mendedahkan mereka tentang kesusahan yang ditanggung oleh sebahagian besar umat Islam Kemboja apabila dapat melihat dan merasainya sendiri.

"Atas dasar semangat persaudaraan Islam yang tidak mengenal batas dan sempadan, kita terpanggil untuk membantu mereka," katanya yang mengetuai rombongan tersebut baru-baru ini.

Peserta turut berkesempatan melawat Killing Field yang menjadi saksi pembunuhan ramai penduduk Kemboja.

Mereka menyifatkan pengalaman bersama masyarakat Islam Kemboja dan melawat tempat bersejarah Killing Field serta Muzium Tuol Sleng termasuk menjenguk sendiri bilik seksaan begitu menggamit perasaan sedih serta insaf.

Begitu juga ketika melihat kepayahan hidup rakyat Kemboja yang bergelut dengan kemiskinan, infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan awam yang kelam-kabut.

Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ariffin Man berkata, sejak BN memerintah Malaysia puluhan tahun lalu, rakyat berbilang kaum di negara ini berada dalam keadaan stabil dan aman serta mengalami proses penambahbaikan dalam semua bidang.

"Hargai dan syukurlah dengan nikmat kestabilan yang kita kecapi. Jangan biarkan ia tergugat oleh apa cara sekali pun," katanya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Mohd. Salleh Yaacob pula berkata, semua pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan itu membangkitkan perasaan syukur yang tidak terhingga kerana menjadi rakyat Malaysia yang aman damai.

Beliau berkata, bagaimanapun keamanan dan kemakmuran yang dikecapi di negara ini boleh musnah jika rakyat berpecah belah dan terpengaruh dengan anasir yang mengganggu-gugat ketenteraman awam.

"Rakyat negara ini mesti menentang habis-habis perkara seumpama itu termasuk provokasi segelintir pihak," katanya.

Setiausaha Kerja Mubarak Kedah, Ahmad Mohd. Noor pula berpendapat nikmat keamanan dan kemakmuran di Malaysia hari ini tidak datang bergolek sebaliknya menerusi hasil usaha gigih dan kerjasama semua pihak sejak dahulu termasuk perjuangan membebaskan negara daripada penjajah.

Katanya, ia hanya dapat dikekalkan dengan perpaduan dan kerjasama di antara semua warga tanpa mengira kaum dan agama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hotel Eastin rai kanak-kanak OKU

Posted:

Hotel Eastin rai kanak-kanak OKU

Hotel Eastin rai kanak-kanak OKU

PULAU PINANG 10 Ogos - Mengambil keberkatan Ramadan, Hotel Eastin di sini tidak ketinggalan meraikan golongan orang kelainan upaya (OKU) pada satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Seramai 14 OKU dari Pusat Harian Harapan Bakti, Balik Pulau diraikan pada majlis tersebut.

Pengarah Hotel Eastin, Su Chen berkata, majlis itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hotel berkenaan.

''Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik tetapi juga sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Ramadan serta bulan Syawal.

''Tahun ini merupakan kali kedua mereka dijemput dan kehadiran mereka amat besar ertinya buat warga Hotel Eastin," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved