Selasa, 18 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

Posted:

Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 17 Okt. — Malaysia hari ini mengutuk dakwaan rancangan membunuh Duta Besar Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Adel al-Jubeir, di Washington.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat bimbang dengan dakwaan cubaan pembunuhan itu.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk membunuh seorang wakil diplomatik sebuah negara berdaulat yang merupakan orang yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga menggesa komuniti antarabangsa supaya mengecam sekerasnya-kerasnya rancangan itu, jika terbukti, kerana ia boleh mencetuskan konfrontasi dan konflik serius di Timur Tengah.

Menurut laporan media asing minggu lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menuduh ejen sebuah kerajaan asing terbabit dalam plot untuk membunuh duta besar itu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Industri penerbangan mampu berdaya saing

Posted:

Industri penerbangan mampu berdaya saing

Industri penerbangan mampu berdaya saing

SEPANG 17 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya sudah tiba masanya untuk industri penerbangan negara ini mempunyai Dasar Penerbangan Kebangsaan bagi membolehkan sektor itu bergerak maju dan berdaya saing.

Beliau berkata, dasar yang komprehensif itu penting bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti semua aspek dalam industri itu yang merangkumi hala tuju, matlamat dan strategik jangka panjang.

Katanya, ia juga bagi membolehkan pihak-pihak berkepentingan dalam industri itu mengetahui dan memahami dengan jelas mengenainya.

"Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk merangka dasar itu secepat mungkin dan saya percaya mereka telah mengadakan beberapa perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran 100 tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Pada majlis itu, beliau turut menganugerahkan lesen kepada seramai 47 pelajar bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dengan 29 daripadanya adalah anak Felda.

Najib berkata, beliau yakin dasar yang komprehensif itu akan melonjakkan lagi industri penerbangan negara ke tahap yang lebih baik dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin.

"Saya berharap untuk mengumumkan dasar itu selepas semua input, pandangan dan perhatian dari semua pihak berkepentingan diambil kira dan dinilaikan," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Najib berkata, beliau yakin dengan kebolehan anak-anak Felda untuk meneroka bidang yang begitu teknikal dan kompleks seperti penerbangan.

"Saya mengimbas kembali dan masih ingat betapa ramai yang menyuarakan kesangsian sama ada anak-anak Felda mampu berjaya dalam bidang berteknologi itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Posted:

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Daripada WAHID HASHIM
pengarang@utusan.com.my

COLOMBO 17 Okt. - Kerajaan Sri Lanka dijangka mengguna pakai pakej solusi Tutor Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar (Tutor ILMS) yang dibangunkan Kumpulan Utusan bersama MIMOS Berhad.

Sebuah syarikat daripada India, Barnas International Pvt. Ltd, akan menjadi rakan kongsi projek dalam pembangunan objek pembelajaran mengikut kesesuaian bahasa dan budaya negara itu.

Solusi berkenaan yang meliputi pakej sistem ILMS, latihan dan isi kandungan, merupakan generasi kedua daripada penambahbaikan tutor.com.my yang dibangunkan Unit Pendidikan Utusan Malaysia pada 2001.

Sejurus selepas sesi pembentangan di Biro Pembangunan Ekonomi di sini, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Biro Pembangunan Ekonomi (Wilayah Barat) Sri Lanka, Janaka Kolonnage, berkata, pakej yang dibawa ke Colombo oleh Kumpulan Utusan itu sangat bertepatan dengan keperluan di negara itu kerana ia lengkap dan boleh menjejak status psikometri pelajar.

"Sekaligus pihak sekolah boleh merancang pembelajaran individu setelah mengetahui gaya belajar pelajarnya,'' katanya selepas mendengar taklimat mengenai sistem itu daripada wakil Kumpulan Utusan iaitu Ketua Pegawai Operasi Perfisio Solution Sdn. Bhd., Fareed Abdul Ghani dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Barnas International Private Limited (Barnas) yang beribu pejabat di Chennai, India, M. Najimudeen.

Janaka turut mencadangkan Tutor ILMS diguna pakai di 100 buah sekolah dahulu, sebelum dikembangkan ke sekolah lain.

Janaka memberitahu, sistem itu sungguh mengkagumkan dan melebihi kebolehan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang konvensional.

Beliau turut tertarik dengan reka bentuk instruksi sistem pengurusan Tutor ILMS yang mencakupi pentadbiran dan pemantauan di peringat sekolah sehingga ke tahap pusat.

Kumpulan Utusan merupakan penyedia pertama sistem e-pembelajaran di Malaysia dan di Asia Tenggara yang dapat menyesuaikan keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan kehendak gaya belajar setiap pelajar.

Laman web www.tutor.com.my sebelum ini pernah dinobatkan lima laman web pendidikan terbaik di Malaysia selain pernah mewakili Malaysia di UNICEF.

Melalui aplikasi perisian baru yang dibangunkan secara kerjasama dengan MIMOS Berhad ini, pelajar perlu menjalani ujian psikometrik terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kepandaian pelbagai dan cara pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.

Hasil daripada ujian itu, sistem akan menjana profil pengguna dan memadankannya dengan format bahan pengajaran dan pembelajaran yang menepati cara pembelajaran pelajar berkenaan. - Utusan

Perisian Tutor iLMS akan memandu pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran secara teratur menggunakan objek pembelajaran yang dipersembahkan mengikut format yang menepati cara pembelajarannya sama ada dalam bentuk teks dan grafik, multimedia, realiti maya atau augmented reality.

Berbeza dengan sitem e-pembelajaran sedia ada, Tutor iLMS lebih pintar kerana menawarkan teknik pembelajaran mengikut kecenderungan pelajar dan tidak terhad kepada nota dalam talian dan soalan latih tubi sahaja.

Ulang kaji mengikut cara yang sesuai dengan kehendak pelajar ini pasti akan menambah kefahaman mereka terhadap sesuatu topik atau subjek.

Kumpulan Utusan kini sedang membangunkan bahan multimedia Tutor ILMS. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved