Sabtu, 23 November 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bapa, anak dikhuatiri lemas jatuh ke laut ketika memancing

Posted: 23 Nov 2013 09:24 PM PST

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Seorang bapa dan anaknya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memancing di sebuah rumah rakit yang terletak kira-kira 800 meter dari jeti Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 5 petang ketika mangsa, Abdul Talib Mohd. Hadhari, 42, cuba menyelamatkan anaknya, Muhammad Taufik, 8, yang terjatuh sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, Abdul Talib yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Pasir Gudang dan tinggal di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram turut membawa anak perempuannya, Nurul Humairah, 11, dan dua rakan pergi memancing di kawasan berkenaan sejak pagi semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Zainudin Sabani berkata, seramai 46 anggota termasuk unit skuba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri dan polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. - UTUSAN ONLINE

Peniaga kuih maut ditikam rakan di Pasir Puteh

Posted: 23 Nov 2013 08:29 PM PST

PASIR PUTEH 24 Nov. - Seorang peniaga kuih maut selepas ditikam beberapa kali dengan objek tajam disyaki oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Nara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh di sini.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada mulanya, mangsa ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Sejurus keluar dari kereta sambil diikuti suspek, Mohd Azizi jatuh dan berlaku pergelutan dengan suspek hingga beliau ditikam bertalu-talu.

Mohd. Kamal berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya.

Sementara itu, isteri mangsa Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata, kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Anak mangsa, Mohd Amer Farhan, 15, yang menuntut dalam Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara, Pasir Tumbuh, berkata beliau sempat berbual dengan bapanya ketika menonton televisyen di rumah mereka kira-kira 3 petang semalam.

"Saya tidak tahu bagaimana nasib kami sekeluarga selepas kematian bapa," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved