Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aznil cerewet

Posted: 20 Mar 2014 11:15 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

PENGALAMAN selama 14 tahun diperlukan oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, 52 atau Pak Nil sebelum berjaya menggenggam trofi pertamanya dalam bidang pengacaraan pada 2003.

Menjadikan rancangan gameshow Pop Kuiz terbitan TV3 pada era 90-an sebagai batu loncatan dalam membina kariernya, nama Pak Nil mula dikenali dek aksi gila-gilanya ketika mengendalikan program berkenaan.

Rentetan prestasi yang disifatkan luar biasa dan memberangsangkan bagi segelintir pemerhati industri hiburan ketika itu, maka tidak hairanlah anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu dinaikkan pangkat menjadi pengacara Melodi pada 1994, sebelum beralih ke rancangan bual bicara yang mengupas isu kontroversi industri hiburan tempatan iaitu Teleskop.

Kepelbagaian bakatnya dalam bidang tersebut bukan sahaja telah melonjakkan namanya ke puncak tertinggi dalam dunia pengacaraan, malah dia mendapat tawaran daripada Astro bagi mengisi salah satu jawatan penting dalam organisasi rangkaian televisyen berkenaan.

Secara tidak langsung, kejayaannya itu berjaya memperlihatkan perkembangan positif terhadap industri kreatif negara yang selama ini dipandang enteng dan kelihatan kotor oleh sesetengah pihak sehinggakan Pak Nil dianugerahkan gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pun begitu, kunjungannya ke Studio Utusan baru-baru ini, Pak Nil memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia mencari barisan pelapis yang bakal menggantikan tempatnya.

On Air ada kelas

Usia menjangkau usia separuh abad, Pak Nil mengakui dirinya semakin tua untuk meneruskan perjalanan kariernya dalam bidang yang telah sebati dengan jiwanya itu.

Bukan bermaksud mahu mengundur terus daripada bidang pengacaraan, Pak Nil menjelaskan bahawa industri hiburan tanah air begitu ketandusan bakat muda yang benar-benar berkualiti untuk bergelar pengacara.

Saya akui, taraf pendidikan bukanlah penanda aras untuk memastikan kejayaan seseorang itu dalam bidang ini. Namun, tiada salahnya jika seseorang pengacara untuk menambahkan ilmu mereka agar pengendalian sesuatu acara dilihat lebih menarik dan mempunyai isi.

Kalau dilihat, terdapat sebilangan pengacara yang dikategorikan popular, tetapi pengisian dalam setiap skrip atau dialog yang dilontarkan amat minima dan ia satu petanda tidak baik terhadap industri ini.

Disebabkan itu, saya mengambil langkah pro-aktif menerbitkan program On Air agar ia mampu melahirkan pengacara yang bukan sahaja berbakat, malah penuh ilmu di dada serta mempunyai perspektif luas dan berbeza terhadap aspek hiburan memandangkan latar belakang peserta yang berbilang," katanya.

Menurutnya lagi, penerbitan ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan membiarkan para pesertanya terumbang-ambing setelah ia tamat, tetapi ibarat sebuah temuduga kerja yang memastikan setiap peserta finalisnya mendapat jawatan di stesen televisyen berbayar itu.

Sebagai contoh katanya, barisan finalis musim pertama telah pun memulakan kariernya selaku wartawan penyiaran di Astro Awani, selain menjadi pengacara program hiburan yang diterbitkan oleh stesen berkenaan.

Umum sendiri melihat perkembangan karier Hafizul Kamal selaku juara mengendalikan beberapa acara hiburan yang dianjurkan oleh Astro. Begitu juga dengan naib juaranya, Hefny Sahad yang turut mendapat peluang sama. Kedua-duanya menunjukkan prestasi yang amat baik ketika ini dan turut menerima tawaran dalam bidang lakonan disebabkan personaliti yang dimiliki.

Tidak ketinggalan barisan finalis lain seperti Malissa Sahari, Hans Yusoff dan CK Faizal yang kini menjadi penyampai berita di saluran Astro Awani. Walaupun masih baharu, tetapi mereka amat berpotensi," ujarnya yang pernah menjadi pembaca berita ketika berkhidmat di TV3 dahulu.

Aidil jadi balik suami

Posted: 20 Mar 2014 11:15 PM PDT

TAHNIAH buat Aidil Zafuan yang baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada 15 Mac lalu. Memilih Zarema Zakaria sebagai isteri baharu, semoga perkahwinan ini kekal membahagiakan dan menamatkan segala spekulasi yang timbul. Maklum sajalah dulu kedua-duanya beria-ia benar menafikan saling bercinta (ketika Aidil belum bercerai dengan bekas isteri), sekarang sudah terbukti apa yang diperkatakan selama ini betul belaka. Joyah juga teruja bila dapat tahu yang perkahwinan ini disokong penuh oleh keluarga Aidil.

Ternyata kini Aidil sedar, restu ibu bapa merupakan perkara penting dalam kebahagiaan selain kematangan sebagai suami dalam mentadbir rumah tangga.

Kisah antara bekas isteri dengan Aidil juga sudah berakhir. Rita Rudaini kini bukan lagi sesiapa dalam hidup Aidil. Bagaimanapun, Aidil perlu terus menjadi bapa yang baik buat anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna yang sebelum ini amat jarang diziarahi.

Nasihat ini Joyah panjangkan juga kepada Zarema kerana sudahpun bergelar ibu tiri kepada dua anak suaminya itu. Kenalah ingat, Zarema sendiri memilih untuk berkahwin dengan duda punya anak dua. Jangan buat-buat lupa pula tau. Mungkin tanggungjawab itu tidak seberat ibu kandung tetapi gelaran ibu itu sendiri sudah memerlukan Zarema memberi secebis kasih sayang buat kedua anak tirinya itu.

Kepada Aidil juga, harap segeralah selesaikan segala kes di mahkamah yang tertangguh. Bukan apa, agak tidak manis kalau kisah Aidil lokek terhadap susu dan lampin pakai buang anak-anak terus diperkatakan, setelah buat majlis pernikahan gah di tiga lokasi berbeza. Banyak duit Aidil sebenarnya tu!

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved