Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SMKART sekolah harian terbaik

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib bersorak kegembiraan setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013 ketika mengambil slip keputusan masing-masing di sekolah tersebut, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 21 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMKART) di sini mencatat pencapaian sebagai sekolah harian terbaik peringkat negeri ini dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashidah Mat Arif berkata, SMKART mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan yang mencatat GPS 2.14.

"Bagi kategori sekolah berasrama penuh, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan menduduki tempat pertama dalam SPM 2013 apabila mencatat GPS 1.84 diikuti SBPI Temerloh dengan GPS 2.08.

"Bagi sekolah luar bandar, sebanyak 19 buah sekolah daripada 125 buah sekolah mencapai 100 peratus calon Layak Mendapat Sijil (LMS) dan dua buah sekolah Felda mencapai prestasi yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Maran dan SMK Jengka 10, Maran," katanya kepada pemberita di SMKART di sini semalam.

Rashidah berkata, keseluruhannya, sebanyak 401 calon SPM 2013 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Selain itu, katanya, pencapaian calon SPM 2013 mengikut Gred Purata (GP) juga telah meningkat sebanyak 0.05 peratus iaitu sebanyak 4.84 berbanding 4.89 pada 2012.

"Pada tahun lalu, sebanyak 24,753 mendaftar sebagai calon membabitkan 253 pusat peperiksaan dengan 82.14 peratus adalah calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

"Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,596 calon mendapat LMS menurun sebanyak 7.22 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 21,006 orang atau 93.24 peratus," katanya.

Menurut Rashidah, syarat wajib lulus subjek Sejarah pada tahun lalu bukan faktor yang menyebabkan calon LMS menurun kerana jumlah calon yang lulus subjek berkenaan menunjukkan peningkatan iaitu 87.05 peratus berbanding 81.33 peratus tahun 2012.

"Statistik juga menunjukkan sebanyak 14 buah sekolah memperolehi GPS di bawah 3.0 dengan lima daripadanya dalam kategori sekolah cemerlang iaitu GPS di bawah 2.25, ujarnya.

Tambah beliau, bagi prestasi calon sekolah bandar pula, sebanyak 17 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS daripada 66 buah sekolah.

Sementara itu beliau turut mengumumkan 14 pelajar cemerlang di negeri ini dengan mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil atau Gred Purata Individu (GPI) 0.00.

SPM: 401 calon dapat semua A di Pahang

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 21 Mac - Sebanyak 401 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashidah Mat Arif berkata, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2013 mengikut Gred Purata (GP) telah meningkat sebanyak 0.05 peratus iaitu sebanyak 4.84 berbanding 4.89 pada 2012.

"Pada tahun lalu, sebanyak 24,753 mendaftar sebagai calon membabitkan 253 pusat peperiksaan dengan 82.14 peratus adalah calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

"Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,596 calon Layak Mendapat Sijil (LMS) menurun sebanyak 7.22 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 21,006 orang atau 93.24 peratus," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMKART) di sini semalam.

Menurut Rashidah, syarat wajib lulus subjek Sejarah pada tahun lalu bukan faktor yang menyebabkan calon LMS menurun kerana jumlah calon yang lulus subjek berkenaan menunjukkan peningkatan iaitu 87.05 peratus berbanding 81.33 peratus tahun 2012.

"Statistik juga menunjukkan sebanyak 14 buah sekolah memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 3.0 dengan lima daripadanya dalam kategori sekolah cemerlang iaitu GPS di bawah 2.25.

"Sekolah harian yang memperolehi pencapaian terbaik adalah SMKART di sini dengan mencatatkan GPS sebanyak 1.99 manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan menduduki tempat pertama di negeri ini dengan GPS sebanyak 1.84," jelasnya.

Tambah beliau, bagi prestasi calon sekolah bandar pula, sebanyak 17 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS daripada 66 buah sekolah.

"Bagi sekolah luar bandar, sebanyak 19 buah sekolah daripada 125 buah sekolah mencapai 100 peratus LMS dan dua buah sekolah Felda mencapai prestasi yang sama.

"Dua buah sekolah Felda daripada 43 buah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Maran dan SMK Jengka 10, Maran," katanya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan 14 pelajar cemerlang di negeri ini dengan mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil atau Gred Purata Individu (GPI) 0.00.

"Selain itu tiga pelajar Orang Asli berjaya mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurang 7A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya.

Keluarga pendorong kejayaan tiga pelajar Orang Asli

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

ROMPIN 21 Mac - Ingin mengubah nasib keluarga menjadi pendorong kepada tiga pelajar Orang Asli suku Jakun dari daerah Rompin dan Pekan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Lebih membanggakan lagi, ketiga-tiga mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin turut diumumkan sebagai calon cemerlang Orang Asli SPM negeri Pahang.

Mereka ialah Tan Bee Hui a/p Tan Boon Huat, 19, dari Taman Pantai Indah di sini dan Nurul Afida Nasrun, 18, dari Kampung Kemendul di sini dan Tey Chin Ee, 18, dari Kampung Api Larat, Pekan.

Tan Bee Hui memperoleh 8A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi manakala Fizik dan Bahasa Cina mendapat B.

Nurul Afida pula mendapat 7A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi dan Ekonomi Asas manakala Bahasa Inggeris mendapat D.

Sementara itu, Chin Ee mendapat 6A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains dan Geografi manakala Bahasa Inggeris dan Ekonomi Asas mendapat B.

Bee Hui ketika ditemui berkata, fokus dalam kelas dan sentiasa mengikut jadual belajar yang dibuat sendiri merupakan resipi kejayaannya.

"Ketika cikgu mengajar pula saya sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dan apa sahaja kerja sekolah yang diberikan saya akan siapkan," katanya yang merupakan anak seorang mekanik.

Tambahnya, di dalam kelas pula dia sering bertanya soalan kepada cikgu jika tidak faham sesuatu yang diajar itu.

Sementara itu, Nurul Afida berkata, dia jarang ke kelas tambahan sebaliknya mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang dibuat sendiri.

"Ibu bapa saya amat pentingkan pendidikan anak-anak sejak dari kecil lagi kerana tidak mahu kami mengulangi kehidupan mereka pada masa kini.

"Mereka mahu saya mendapat kerja yang bagus-bagus di luar sana," katanya yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik.

Bagi Chin Ee, rajin, usaha dan semangat untuk berjaya antara resipi kejayaanya yang diamalnya selama ini.

"Siapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya. Kalau kita yakin dengan kebolehan diri dan berusaha bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, apa yang penting adalah jangan ponteng sekolah dan tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

"Saya pada mulanya tidak meminati Matematik tetapi ibu saya pernah berpesan supaya dapat A dalam mata pelajaran itu dan akhirnya saya berjaya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved