Jumaat, 21 Mac 2014

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lima loji mula tambah air terawat

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDINkota@utusangroup.com.my

Hujan sejak beberapa hari lalu meningkatkan aliran air Sungai Selangor dan membolehkan lima loji rawatan air menambah pengeluaran air terawat. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 21 Mac Hujan yang turun di beberapa kawasan termasuk sekitar Sungai Selangor sejak kebelakangan ini meningkatkan sedikit aliran air sungai tersebut.

Ia sekali gus membolehkan lima-lima loji rawatan air (LRA) menambah pengeluaran air terawat masing-masing.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, lima loji tersebut ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

Bagaimanapun, jelasnya, pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih lagi diteruskan mengikut jadual.

Sebarang keputusan untuk meneruskan pelan catuan atau tidak bergantung kepada kepada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Priscilla, walaupun paras empangan semakin pulih, sumber bekalan air masih tidak mencukupi berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Pelan catuan peringkat pertama yang melibatkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang adalah disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran ammonia di Sungai Langat.

Bagaimanapun, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi telah beroperasi semula masing-masing pada 17 Mac serta 19 Mac lalu berikutan paras kandungan ammonia di dalam sungai tersebut telah berkurangan.

Pelan catuan peringkat ketiga yang melibatkan Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam pula disebabkan kekurangan bekalan air terawat ekoran pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sebanyak 500JLH dan Klang Gates (30JLH) seperti diputuskan oleh kerajaan negeri.

Menurut Priscilla, berikutan pelan catuan masih lagi diteruskan, pihak Syabas berharap agar pengguna menggunakan air secara berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lebih lama.

Para pengguna juga terus diingatkan agar mengelak daripada melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab seperti merosakkan kemudahan dan infrustuktur bekalan air yang diuruskan oleh Syabas," ujarnya.

Latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

BEBERAPA petugas membantu pekerja yang cedera dalam latihan kecemasan di stesen MRT Cochrane, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 21 Mac - MMC-Gamuda Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di tapak projek berkenaan termasuk kemalangan yang melibatkan para pekerjanya.

Pengurus Kanan Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MGKT), Ng Hau Wei berkata, buat pertama kali pihaknya mengadakan latihan kecemasan yang disertai 50 kakitangan MGKT termasuk sukarelawan St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di stesen bawah tanah MRT Cochrane.

Jelasnya, latihan tersebut menguji ketepatan masa dan persediaan untuk kecemasan sebenar yang boleh mencetuskan kecederaan serius dan kematian di tapak pembinaan stesen bawah tanah MRT.

Latihan ini bagi mendedahkan situasi sebenar kecemasan untuk menguji keupayaan dan kesediaan dan tindak balas pasukan kecemasan dan pekerja jika berlaku kemalangan di tapak projek.

Latihan tersebut berjalan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan," katanya selepas tamat latihan berkenaan di stesen bawah tanah MRT Cochrane dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemerintah Agung SJAM, Datuk Dr. Low Tick.

Menurut Hau Wei, ketika latihan tersebut dijalankan, pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi usaha menyelamat termasuk operasi pembersihan.

Ujarnya, mangsa-mangsa pula ditempatkan di zon selamat dengan bantuan MGKT serta SJAM sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

MGKT juga berharap dapat menganjurkan latihan tersebut pada masa akan datang bagi memastikan ahli pasukan lebih bersedia dan terlatih sekiranya berlaku kecemasan di tapak pembinaan," jelasnya.

SPAD gantung lesen 10 pemandu teksi tidak guna meter selama tiga bulan

Posted: 21 Mar 2014 11:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mac - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen 10 pemandu teksi selama tiga bulan berkuat kuasa mulai 1 April ini kerana tidak menggunakan meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, ini adalah usaha berterusan suruhanjaya itu dalam membenteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab.

SPAD serius dalam mengambil langkah-langkah menghukum pemandu-pemandu teksi tidak bertanggungjawab dan kami tidak teragak-agak untuk menggantung lesen mereka jika didapati bersalah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, SPAD juga akan membatalkan lesen pengusaha-pengusaha teksi jika pemandu mereka ditangkap melakukan kesalahan yang sama.

SPAD berpendirian tegas supaya para pengusaha bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk pemandu-pemandu mereka.

Katanya, para pengusaha bertanggungjawab untuk menunjukkan mereka telah mengambil langkah konkrit dalam menyaring, memantau, melatih dan mendisiplinkan pemandu masing-masing.

SPAD sebelum ini mengumumkan ia akan menerima rakaman video sebagai bukti daripada orang awam jika pemandu teksi enggan menggunakan meter.

Aduan boleh dibuat menerusi laman Twitter, Facebook dan emel rasminya di aduan@spad.gov.my atau talian 1-800-88-7723.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved