Isnin, 6 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RISDA tubuh jawatankuasa belia

Posted:

RISDA tubuh jawatankuasa belia

RISDA tubuh jawatankuasa belia

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Wan Mohamad Zuki Mohamad (dua dari kiri ) menyampaikan sijil kepada peserta-peserta semasa Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 5 Jun - RISDA akan menubuhkan jawatankuasa belia peringkat kebangsaan hujung tahun ini bagi menyatu dan mendekatkan hubungan generasi kedua keluarga pekebun tanah rancangan itu di samping menentukan hala tuju mereka.

Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, generasi baru tanah rancangan itu mungkin tidak mewarisi kerjaya ibu bapa mereka sebagai penoreh, tetapi boleh merencana kerjaya dan kegiatan ekonomi yang berasaskan sumber sedia ada.

''Ini termasuk sebagai peniaga, pengusaha, ejen yang menguruskan pekerja atau kebun.

''Sekiranya hasrat ini tercapai, kita percaya, purata pendapatan bulanan setiap keluarga RISDA adalah tidak kurang daripada RM2,500 menjelang tahun 2015," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Futsal Generasi Muda Risda peringkat Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah RISDA negeri, Zakaria Mat Zin.

Sebanyak 480 peserta yang terdiri daripada 32 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita dari seluruh daerah di sini mengambil bahagian dalam kejohanan futsal itu.

Juara bagi kedua-dua kategori akan mewakili Terengganu pada kejohanan yang sama di peringkat kebangsaan nanti.

Dalam pada itu, Wan Mohamad Zuki berkata, kejohanan futsal yang dianjurkan itu bertujuan membentuk jati diri golongan belia agar sentiasa terlibat dengan kegiatan berbentuk positif.

"Apabila jati diri ini telah dibentuk, mudah bagi kami untuk mendekati golongan ini melalui program berkaitan RISDA pula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

Posted:

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

KUALA TERENGGANU 5 Jun - Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan menjelang perlawanan bola sepak Liga Super yang melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan dan Terengganu, di sini malam esok.

Seramai 640 anggota keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota trafik dikerah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini di dalam dan di luar stadium.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin berkata, pemeriksaan rapi akan dilakukan di setiap pintu masuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi memastikan tiada barang-barang terlarang seperti senjata, mercun dan bom asap dibawa masuk oleh penyokong kedua-dua pasukan.

"Kita juga akan cuba mengehadkan jumlah kemasukan penonton ke stadium kepada 10,000 orang sahaja atas faktor keselamatan," katanya, di sini hari ini.

Perlawanan esok dijangka menarik tumpuan para peminat bola sepak di Kelantan dan negeri ini ketika persaingan hampir sampai ke kemuncak bagi mengejar kejuaraan Liga Super.

Kedua-dua pasukan juga bakal beraksi di perlawanan akhir bagi merebut Piala FA yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun depan.

Katanya, bagi membolehkan mereka yang gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan tersebut, satu skrin besar akan disediakan di Dewan Tunku Abdul Rahman berdekatan stadium itu.

"Para penyokong boleh menyaksikan perlawanan tersebut di televisyen kerana ia disiarkan secara langsung oleh saluran 801 Astro Arena," katanya.

Zamri turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar datang ke stadium seawal pukul 6 petang bagi mengelak kesesakan jalan raya di bandar raya ini yang sudah cukup sesak sepanjang musim cuti sekolah.

Jelas beliau lagi, bagi melancarkan perjalanan trafik sepanjang hari perlawanan, beberapa jalan akan ditutup bermula pukul 6 petang.

Ini termasuk di Jalan Sultan Ismail bermula di persimpangan lampu isyarat Wisma Darul Iman sehingga ke persimpangan lampu isyarat pertama ke Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Omar bermula di Bulatan Sultan Omar hingga ke persimpangan lampu isyarat Wisma Darul Iman serta Jalan Tengku Ampuan Mariam berhadapan dengan Wisma Darul Iman.

Sementara itu, kawasan letak kereta yang dibenarkan sepanjang berlangsung perlawanan itu adalah di padang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), padang Yayasan Terengganu, tempat letak kereta bertingkat di Jalan Batas Baru dan Dataran Shahbandar.

"Bagi motosikal pula, kawasan letak kenderaan yang dikhaskan adalah di Jalan Sultan Ismail iaitu bersebelahan pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM

Posted:

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM


Jasilawati Ismail membetulkan tiub pada Che Hasnah Mohamad yang menghidap penyakit jantung di kediamannya, Wakaf Mek Zainab, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 5 Jun – Kini tidak ada lagi juadah jala emas, bunga tanjong atau nasi kaya yang menjadi pilihan keluarga dan jiran-jiran sekampung selepas Che Hasnah Mohamad, 56, terlantar diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Ketika dia masih sihat dan bertenaga, ibu kepada tujuh anak itu sering menjamu keluarga dengan aneka kuih-muih tradisional Kelantan malah ketika di bulan puasa jualannya menjadi pendapatan sampingan kepada keluarga.

Che Hasnah yang ditemui separuh sedar di rumahnya di Kampung Padang Kelochor di sini, semalam hanya terbaring lemah seperti sedang tidur dan segala urusan hariannya diurus suami, Jusoh Che Mat, 78, dan menantunya Jaslilawati Ismail, 39.

Menurut Jaslilawati, segala keperluan mertua perlu disediakan kerana sejak dibawa pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas sebulan terlantar di sana, ibunya langsung tidak mampu menguruskan diri sendiri.

''Keadaannya menjadi teruk sebaik sahaja diserang strok pada 2009 untuk kali kedua apabila koma selama sebulan dan pihak hospital menasihatkan dia dibawa balik ke rumah.

''Dua tahun sebelum itu, dia telah diserang strok, tetapi masih boleh melakukan kerja-kerja ringan dan menguruskan diri," ujarnya.

Apa yang menyedihkan, katanya, sejak terlantar, ibunya hanya diberi minum susu melalui tiub menerusi hidungnya empat jam sekali serta dipakai lampin pakai buang. Tubuhnya juga perlu dialih kedudukannya empat jam sekali untuk mengelak kudis.

''Sedih melihat keadaan dirinya yang bergantung sepenuhnya kepada belas kasihan orang lain dan kebanyakan masa saya habis di sini menjaganya kerana tinggal berhampiran.

''Bapa mertua juga uzur, berpenyakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi mujurlah mendapat wang pencen RM700 sebulan. Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan ibu mertua kerana setin susu 90 gram berharga RM69.90 setin yang hanya bertahan lima hari," katanya.

Tambahnya, pihaknya juga terpaksa membeli lampin pakai buang dan keperluan lain dan dalam sebulan lebih kurang RM1,000 diperlukan.

''Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga anak berusia enam hingga 16 tahun amat berharap pihak tertentu menghulur bantuan bagi meringankan bebanan kerana suami juga berpendapatan rendah dan anak-anaknya yang lain berpendapatan biasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved