Isnin, 6 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Video seks: Hadi berdolak-dalik

Posted:

Video seks: Hadi berdolak-dalik

Video seks: Hadi berdolak-dalik


Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR 5 Jun - Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

"Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

"Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam," katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan 'fitnah' itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa 'bersilat' untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar.

Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

"Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan

erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan

erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih, saudara perwakilan telah melakukan pemilihan yang sangat bijak," jelasnya.

Sementara itu, dalam usaha yang dilihat cuba untuk meredakan kebimbangan golongan ulama selepas kumpulan pro Anwar menguasai pucuk pimpinan Pas, Abdul Hadi berkata, calon yang tewas akan turut diberi tempat.

Katanya perlembagaan parti membenarkan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, empat Anggota Dewan Ulama dan 14 pesuruhjaya dilantik daripada calon yang kalah bagi turut sama berperanan di peringkat pusat.

Sebagai rekod, semua calon ulama tewas dalam perebutan jawatan Timbalan dan Naib Presiden, manakala daripada 18 anggota AJK Pusat hanya lapan sahaja mampu diisi oleh wakil ulama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haron Din tampil pertahan Utusan

Posted:

Haron Din tampil pertahan Utusan

Haron Din tampil pertahan Utusan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

"Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan 'Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din'. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

"Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

"Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian," katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

"Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP adakan pilihan raya masjid

Posted:

DAP adakan pilihan raya masjid

DAP adakan pilihan raya masjid

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses 'pilihan raya' - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk 'berkempen' iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

"Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

"Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

"Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved