Isnin, 6 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


372 keluarga dapat rumah PPRT

Posted:

372 keluarga dapat rumah PPRT

372 keluarga dapat rumah PPRT

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 Jun - Seramai 372 keluarga di negeri ini telah menerima bantuan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melibatkan perbelanjaan lebih RM4.3 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 153 rumah PPRT baru telah dibina manakala 219 rumah lagi telah dibaik pulih.

Menurut beliau, usaha itu adalah sebahagian daripada peranan kerajaan negeri bagi memastikan semua rakyat di negeri ini dapat hidup dengan selesa dan sejahtera.

"Di bawah PPRT tahun ini kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta di daerah Melaka Tengah untuk membina 77 rumah baru manakala 65 buah rumah dibaiki semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Bersama (JKKB) 2011 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Othman Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Mohd. Ali menambah, bagi daerah Jasin, sebanyak 37 buah rumah baru dibina selain membaiki 98 buah rumah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.42 juta, diikuti daerah Jasin sebanyak 39 rumah bina baru dan 56 rumah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM1.13 juta.

Sementara itu, beliau berkata, dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri ini, Pejabat Pembangunan negeri telah melaksanakan Program Peningkatan Ekonomi (PPE) melalui peruntukan yang telah disalurkan kerajaan pusat.

"Pada tahun lalu, seramai 88 penduduk miskin telah menerima bantuan program ini melibatkan peruntukan daripada kerajaan Pusat sebanyak RM240,380," katanya.

Pada majlis sama, Mohd. Ali turut melancarkan slogan baru negeri itu, Melaka Maju, Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau menggantikan slogan Melaka Maju 2010 yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh

Posted:

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh


KENDERAAN penuh sesak dari arah lebuh raya menuju ke Tol Ayer Keroh di Melaka, kelmarin. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 5 Jun - Kesesakan luar biasa yang kerap berlaku di Plaza Tol Ayer Keroh pada setiap cuti umum boleh diatasi jika Plus Expressways Berhad (Plus) menambah dua lorong kepada empat lorong di susur masuk ke bandar raya itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masalah tersebut telah kerap dimaklumkan kepada Plus sejak beberapa tahun lalu tetapi malangnya tidak ada tindakan segera diambil bagi mengatasinya.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku di plaza tersebut bukan perkara baru tetapi ia telah lama berlaku terutama pada setiap cuti hujung minggu dan lebih teruk pada cuti umum.

"Saya minta pihak pengurusan tertinggi Plus agar turun padang, tengok sendiri punca kesesakan dan cuba atasi masalah ini yang telah berlanjutan begitu lama.

"Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Plus sejak beberapa tahun lalu meminta susur masuk di Plaza Tol Ayer Keroh ditambah daripada dua kepada empat lorong tetapi langsung tidak ada tindakan diambil," katanya.

Beliau berucap merasmikan Pesta Sungai Melaka 2011 di Taman Rempah, Pengkalan Rama di sini malam tadi.

Semalam, lebih 30,000 kenderaan memasuki negeri ini melalui tiga plaza tol Lebuh Raya Utara-Selatan berlaku kesesakan luar biasa.

Di Plaza Tol Ayer Keroh kesesakan berlaku sepanjang 5 kilometer sejak dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Mohd. Ali berkata, ekoran daripada masalah yang dikemukakan oleh kerajaan negeri sebelum ini, Plus hanya menambah kaunter bayaran tiket sahaja.

"Sepatutnya Plus menambah daripada dua lorong baru menjadi empat lorong di susur masuk bagi mengatasi kesesakan itu," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan menghantar satu lagi surat kepada Plus bagi menggesa syarikat itu bertindak segera menaikkan taraf Plaza Tol Ayer Keroh supaya dapat mengatasi kesesakan pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning

Posted:

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning



ALOR GAJAH 5 Jun - Undang Luak Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim (gambar) mendakwa beliau tidak pernah digugurkan jawatannya oleh Lembaga Adat Naning seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.

Menurutnya, pelantikan beliau sebagai Undang Luak Naning yang membawa gelaran Datuk Orang Kaya Seri Maharaja Merah adalah pewaris takhta yang sah menerusi Adat Perpatih Naning dan tidak pernah digugurkan pesakanya.

Beliau melalui Setiausaha Adat, Datuk Paduka Setia Md. Lajis Tambi berkata, kenyataan yang mendakwa Abdul Latif telah digugurkan dari jawatan Undang Luak Naning ke-19 itu adalah fitnah dan mempunyai niat buruk untuk menjatuhkannya.

"Laporan media yang menyatakan Lembaga Adat Naning telah bersepakat meluruhkan pesaka Datuk Naning adalah tidak benar kerana Lembaga Adat Naning yang diiktiraf tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Md. Lajis berkata, menerusi laporan yang disiarkan itu, imej institusi Adat Perpatih Naning telah tercalar dan menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat.

Mengulas mengenai majlis penyampaian Anugerah Kebesaran Adat Perpatih Naning yang berlangsung pada 24 Mei lalu yang didakwa sebagai tidak sah, beliau menegaskan, anugerah yang diberikan kepada 43 penerima itu adalah sah menerusi Adat Perpatih Naning.

Berdasarkan adat berkenaan katanya, Undang Luak Naning mempunyai hak untuk memberikan Anugerah Pesaka Waris kepada orang adat di 25 mukim dalam Alor Gajah dan Jasin.

Bagi Anugerah Pesaka Melayang pula katanya, ia diberikan kepada orang luar yang pernah berjasa kepada Undang Luak Naning.

"Majlis penganugerahan ini diiktiraf dalam Adat Perpatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang serta tidak ada kena-mengena dengan perlembagaan negeri," katanya.

Justeru, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat peguam dan bercadang akan mengambil tindakan mahkamah kepada pihak terlibat yang didakwa telah memfitnahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved