Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan

Posted:

UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan

UMNO, BN tidak gentar berubah demi kesejahteraan


Jariah Jidin terharu semasa meluahkan sesuatu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima Anugerah Jasa Bakti untuk waris anggota polis dan penduduk kampung yang terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sesekali takut sebaliknya akan meneruskan perubahan dalam pentadbiran serta pelbagai aspek lain demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini kerana parti itu sebuah pertubuhan politik progresif dan inklusif dalam mengharungi peredaran zaman seperti dibuktikan dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkannya 15 September lalu.

Katanya, perubahan atau transformasi yang sentiasa dilakukan UMNO serta BN memastikan kejayaan parti itu untuk mendekati rakyat seterusnya berupaya memenangi hati dan pemikiran mereka.

"Sewaktu kita menuntut kemerdekaan, negara lain berhempas pulas terpaksa bertumpah darah menentang penjajah tetapi kita pilih jalan permuafakatan antara kaum dan merundingkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapainya dengan cara jauh lebih mudah daripada negara lain.

"Kalau negara lain bersengketa antara kaum seperti Ireland Utara yang begitu lama, beberapa generasi mereka berdepan dengan konflik dalaman, kita (pula) mendahului zaman apabila mewujudkan perkongsian politik antara kaum melalui Perikatan dan BN, kita berjaya mentadbir negara dengan aman dan mewujudkan kestabilan dalaman dengan begitu jaya," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan membentangkan butiran lengkap dua akta baru yang akan menggantikan ISA dalam masa terdekat agar rakyat faham.

"Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana tuntutan pembangkang. Kini saya sudah menunaikan janji serta memansuhkannya dengan diganti dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang kita akan ambil," katanya.

PM umum dana UK Dinamik

Posted:

PM umum dana UK Dinamik

PM umum dana UK Dinamik

Oleh HASHNAN ABDULLAH
dan HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 usahawan kecil di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri berkata, peruntukan awal yang disalurkan dalam bentuk skim pinjaman itu akan dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Selain itu, selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 4), kerajaan melancarkan Program Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng, Perak.

"RTC ini berfungsi sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia dan ia dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian pasaran produk desa," katanya.

Beliau berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 di Laman 1Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

KUD 2011 yang berlangsung selama lima hari bermula semalam menghimpunkan seramai 500 usahawan luar bandar.

Dalam ucapan yang sama, Najib turut menggariskan lima perkara dalam usaha menjadikan usahawan luar bandar sebagai pemain utama bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa.

Menurutnya, ia adalah meneroka bidang perniagaan baru yang berpotensi, mengenal pasti pasaran yang lebih besar, menyuntik elemen inovasi terhadap produk, mementingkan aspek penjenamaan dan menggunakan laman maya sebagai alat pemasaran.

"Saya ingin melihat usaha itu kita gilap semula, cari pendekatan baru, lahirkan idea lebih kreatif serta komitmen yang lebih daripada agensi kerajaan yang terbabit.

"Sebab kalau kita mencurahkan bantuan demi bantuan tetapi tidak lihat kepada keberhasilan, maka jelas kita tumpu kepada program atau input sahaja," katanya.

Mengulas lanjut lima perkara itu, Perdana Menteri berkata, meneroka bidang perniagaan baru yang berpotensi perlu bagi mengelakkan negara terperangkap dalam persaingan yang tidak memberi kesan besar kepada pulangan atau keuntungan jualan.

Selain itu, beliau menambah, kerajaan akan membantu para usahawan desa supaya mereka dapat dihubungkan dengan pasaran yang lebih besar.

"Usahawan desa mesti menyuntik elemen inovasi yang boleh mewujudkan permintaan baru dan juga mementingkan aspek penjenamaan kerana ia boleh menambah nilai jualan produk.

"Saya juga ingin menggalakkan usahawan desa menggunakan laman maya untuk menghubungkan mereka dengan pasaran yang lebih luas dan boleh membuat penilaian dari segi cita rasa bakal-bakal pelanggan," katanya.

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Posted:

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Kupon makanan belum diputuskan - TPM

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ismail Sabri Yaakob dan Mustapa Mohamed. - utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 22 Sept. - Kerajaan masih belum memutuskan untuk melaksanakan kaedah pemberian kupon makanan atau 'food stamp' kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian lanjut berhubung mekanisme pelaksanaannya perlu dilakukan dengan mempelajari pengalaman negara- negara lain yang mengamalkan sistem bantuan untuk rakyatnya.

Kerajaan katanya, perlu melihat apakah implikasi dari segi soal tanggungjawab yang harus dipikul dari segi kewangannya.

''Kajian perlu dibuat merujuk kepada apa yang ada di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan beberapa kajian juga sedang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

''Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang, tidak ada keputusan muktamad tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga kali ke-3, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata, mesyuarat turut membincangkan cadangan peluasan kawasan penanaman padi sebagai langkah memastikan keselamatan bekalan makanan untuk rakyat di negara ini.

''Bagi memastikan lapisan pengedaran barang makanan yang efisien, FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia perlu memainkan peranan lebih aktif dalam rantaian pengedaran barang makanan untuk memberikan nilai terbaik kepada pengguna," katanya.

Pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia di bandar-bandar utama dan program Menu Rakyat 1Malaysia juga dapat membantu meringankan beban kenaikan kos harga barang di negara ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menganjurkan kursus pengurusan kewangan bagi membantu golongan muda menguruskan kewangan mereka.

Ini kerana, ramai golongan muda yang diisytiharkan muflis kerana terpaksa menanggung hutang terutamanya kad kredit ekoran kegagalan menguruskan kewangan masing-masing.

''Ilmu untuk menguruskan kewangan tidak ada di kalangan anak-anak muda sehingga hutang keliling pinggang, kita mahu mereka bijak menguruskan gaji dan berjimat cermat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved