Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Wanita juga tuntut kemerdekaan

Posted:

Wanita juga tuntut kemerdekaan

Wanita juga tuntut kemerdekaan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


MOHD. Soffi Abdul Razak (empat dari kiri) dan Mohamad Shahrom Osman (tengah) beramah mesra dengan ibu penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Salmah Bachik (duduk, kiri) dan bekas pemimpin wanita UMNO dan NGO di Kuala Lipis kelmarin.


KUALA LIPIS 23 Sept. - Peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam memperjuang kemerdekaan tanah air dan pengisian pembangunan negara amat jelas serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, peranan wanita bukan sahaja mencorakkan keluarga bahagia, malah mereka turut terlibat dalam menuntut kemerdekaan.

"Kita perlu mengikis sikap memperkecil kebolehan wanita, kerana tanpa wanita yang juga ibu, kita tidak akan lahir ke dunia ini dan mengecapi kesejahteraan hidup," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Merdeka meraikan 12 wanita bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Wanita UMNO Daerah Lipis di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman; Naib Ketua UMNO Lipis, Mustafa Long; Ketua Wanita UMNO Lipis, Siti Fatimah Yahya dan Ketua Puteri UMNO Lipis, Hartini Othman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, pemimpin UMNO dan NGO perlu menerapkan sikap tanggungjawab kepada golongan muda supaya menghormati bekas pemimpin wanita mahupun ibu masing-masing.

"Kesedaran ini amat penting supaya generasi muda sentiasa prihatin dan hormat terhadap warga emas, terutama ibu bapa masing-masing.

"Hargailah jasa warga emas dalam kalangan golongan hawa kerana mereka telah terlebih dahulu menjadi individu yang membangunkan negara yang hari ini maju, aman dan harmoni," ujarnya.

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

Posted:

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

Guru cemerlang perlu jadi golongan pemikir

MARAN 23 Sept. - Guru cemerlang perlu menjadi golongan pemikir yang mencetuskan idea baharu lebih segar dan efektif bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Pahang.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad berkata, guru berkenaan berupaya memberi suntikan baharu berdasarkan kepada pelbagai situasi bukan sahaja dalam bilik darjah bahkan di luar bilik darjah.

Tegasnya, mereka perlu melakukan perancangan secara strategik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik, bina insan dan kokurikulum.

"Dalam situasi ini guru perlu menghasilkan bahan-bahan ilmiah atau penyelidikan yang boleh diguna pakai sebagai rujukan bukan sahaja oleh pelajar bahkan oleh ahli masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Persidangan Ilmiah Pedagogi dan Pandragogi serta Inovasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, mereka perlu menjadi golongan yang sentiasa memberi pandangan positif kepada kemajuan pendidikan, serta menyokong pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara.

Katanya lagi, mereka dianggap sebagai rakan kongsi paling akrab oleh jabatan dalam membantu merangka program kecemerlangan bagi meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan utama.

Sementara itu, pengerusi persidangan, Bajuri Rabu berkata, program bertemakan Guru Cemerlang Peneraju Transformasi Pendidikan Berkualiti itu memberi ruang kepada guru mewujudkan perkongsian pintar bersandarkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka.

"Jumlah Guru Cemerlang Negeri Pahang sekarang ialah 530 orang dengan pelbagai gred jawatan bermula dari Gred DG32, DG34, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C," katanya.

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

Posted:

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

Pegawai kanan JPN terharu terima anugerah

KUANTAN 23 Sept. - Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Aznan Mohamed terharu apabila terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 jabatan itu semalam.

Beliau yang berkhidmat sejak 30 tahun lalu, bersyukur dengan anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai hadiah sempena persaraannya.

Menurut Aznan, walaupun hanya berpeluang memegang jawatan sebagai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas selama setahun, namun banyak perkara dapat dilakukannya untuk sektor itu.

"Saya gembira dan terharu dengan anugerah yang diterima dan pastinya ia sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup saya.

"Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini," katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Indera Mahkota semalam.

Hadir menyampaikan anugerah kepada 33 staf dan pegawai jabatan itu ialah Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad dan Timbalannya, Yahya Zainal Abidin.

Sementara itu Mazlan dalam ucapannya berkata, anugerah perkhidmatan cemerlang diberikan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Beliau turut memuji usaha golongan pendidik Pahang yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas bagi memastikan mereka menduduki tempat terbaik.

"Saya juga bangga dengan perkhidmatan yang diberikan staf termasuk di kawasan luar bandar, semuanya memainkan peranan yang betul dan baik," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved