Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

Posted:

Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

Melaka lancar perang habis-habisan gempur pusat judi haram

MELAKA 22 Sept. - Kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan melancarkan perang habis-habisan untuk menggempur premis dan pengusaha pusat judi berkomputer secara haram.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengarahkan semua agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis untuk melakukan operasi bersama membanteras kegiatan itu daripada terus merosakkan nama Melaka.

''Saya mahu pengusaha terbabit diambil tindakan undang-undang dan premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer itu disita serta seluruh peralatan mesti dirampas.

''Tindakan perlu diambil segera oleh agensi terlibat kerana saya tidak mahu melihat kegiatan perjudian ini terus berleluasa di negeri ini.

''Saya juga mahu TNB dan SAMB memotong bekalan air dan elektrik ke atas premis yang menjalankan kegiatan haram ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai keresahan penduduk kerana pusat perjudian haram yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan beroperasi tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Mohd. Ali menegaskan, sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan perlu dihalang dan jika tidak, sudah pasti generasi muda dan golongan belia akan hancur dan negara sendiri akan musnah.

Menurutnya, kerajaan negeri mengetahui mengenai kewujudan banyak pusat perjudian yang semakin berleluasa hasil daripada maklumat orang ramai.

''Pada mesyuarat Exco minggu lalu, saya telah arahkan PBT mengambil tindakan membuat serbuan dan menutup premis ini," ujarnya.

Beliau berkata, serbuan itu perlu dipertingkatkan lagi dengan penglibatan semua pihak untuk memastikan kewujudan pusat-pusat perjudian berkomputer itu dihapuskan terus daripada beroperasi.

Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak beliau meminta, semua yang terlibat berganding bahu dan bekerjasama menggempur mana-mana premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai memaklumkan kegiatan itu kepada PBT atau polis.

PBT perlu lebih teliti

Posted:

PBT perlu lebih teliti

PBT perlu lebih teliti

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Khalid Abu Bakar diiringi Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (belakang kiri) bersalaman dengan anggota polis dan polis marin Johor ketika melawat Pusat Latihan Polis Gerakan Marin Tampoi, Johor, semalam. – BERNAMA


JOHOR BAHRU 22 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengkaji dengan teliti permohonan untuk membuka kafe siber dan seumpamanya bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Khalid yang menyifatkan penyelewengan lesen kafe siber itu telah lama berlaku berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak PBT kerana pengeluaran lesen bukan di bawah bidang kuasa polis.

Pada masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa usaha membanteras kegiatan perjudian haram perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak.

"Kita sudah arahkan polis Melaka untuk menyiasat dakwaan bahawa wujud penyalahgunaan ke atas lesen kafe siber dan berunding dengan PBT untuk mencari jalan bagi melakukan penguatkuasaan secara bersama. Ia adalah jalan terbaik untuk semua pihak.

"Pada masa sama, kita juga perlu menjalankan program kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan berjudi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga diminta untuk turut memainkan peranan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembentangan Kertas Kerja Bengkel Cadangan Penjenamaan Penstrukturan Semula Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Komander PGM, Datuk Isa Munir.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, penduduk di Melaka bimbang dengan kewujudan pusat perjudian haram yang semakin banyak tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Perkara itu mendapat perhatian Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad yang kecewa kerana pihak berkuasa langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan berhubung premis menjalankan kegiatan tersebut.

Polis beri jaminan perangi judi

Posted:

Polis beri jaminan perangi judi

Polis beri jaminan perangi judi

MELAKA 22 Sept. - Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyee memberi jaminan pihaknya akan bertindak memerangi habis-habisan pengusaha dan premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara haram di negeri ini.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan agresif melakukan operasi bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

"Operasi bersepadu kali ini tidak lagi dipikul oleh PBT semata-mata sebaliknya polis akan turut sama menggempur mana-mana premis yang didapati menjadi lokasi perjudian komputer secara haram.

"Saya telah meminta PBT yang mempunyai maklumat dan ingin membuat serbuan mesti memaklumkan perkara tersebut kepada polis agar serbuan dilakukan bersama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai keresahan sebahagian penduduk di negeri ini yang bimbang dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Ghee Lyee dalam pada itu tidak menafikan antara 90 hingga 100 buah premis haram wujud di negeri ini dan menjalankan kegiatan judi berkomputer.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa polis tidak mengambil tindakan membanteras kegiatan tersebut.

"Polis membuat serbuan setiap minggu apabila mendapat maklumat mana-mana premis yang dikenal pasti dijadikan lokasi kegiatan perjudian berkomputer," tegasnya.

Menurutnya, berdasarkan statistik daripada 25 Julai hingga 17 September lalu, polis telah melakukan 43 serbuan.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 83 orang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan perjudian berkomputer.

"Dalam beberapa serbuan yang dilakukan, polis bekerjasama dengan PBT dan tidak timbul hanya PBT menjalankan operasi membanteras kegiatan itu," ujarnya.

Mengulas mengenai operasi polis bersama PBT yang seringkali gagal apabila pengusaha premis menutup operasi sewaktu serbuan hendak dilakukan, beliau berkata, pengusaha terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran premis terbabit.

Katanya, pemilik premis semakin bijak mengelak daripada diserbu dengan memasang CCTV.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved