Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Posted:

Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Aeronautik bakal ke Batu Pahat

Oleh HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my


SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan penuntut-penuntut program Aeronautik UTHM di LIMA 2011 di Langkawi, baru-baru ini.


BATU PAHAT 27 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat gerai pameran Aeronautik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, baru-baru ini.

Dalam sesi lawatan, itu, baginda diberi penerangan ringkas oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Profesor Ir. Dr. Abas Ab. Wahab bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkenaan perkembangan program Aeronautik di UTHM.

Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM turut diberi taklimat tentang perancangan pembangunan Kampus Tanjung Labuh, Batu Pahat yang bakal menjadi lokasi utama pengajian aeronautik di universiti ini pada masa akan datang.

Sultan Ibrahim juga meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para penuntut Kejuruteraan Aeronautik UTHM yang turut berada di pameran tersebut.

UTHM juga berbangga apabila ruang pameran universiti itu dikunjungi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkesempatan meninjau bahan pameran dan mendapatkan penerangan berhubung perkembangan pengajian Aeronautik di UTHM.

Menurut laman web UTHM, pasukan Aeronautik UTHM telah dijemput oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyertai pameran KPTM di LIMA 2011 baru-baru ini.

UTHM mempamerkan tiga program aeronautik yang sedang dan akan dikendalikan oleh UTHM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Juruterbang Profesional, Penyelenggaraan Pesawat dan Kawalan Trafik Udara) dengan kepujian.

Universiti itu turut mempamerkan model pembangunan kampus Tanjung Labuh, model pesawat terbang dan video korporat aeronautik UTHM.

Full content generated by Get Full RSS.

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

Posted:

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

Gerak penari cilik Orang Asli jadi tumpuan

KOTA TINGGI 27 Dis. - Kehadiran penari cilik lazimnya mampu menarik perhatian pengunjung bukan hanya kerana aksi comel dipamerkan, tetapi juga lentuk tari yang gemalai.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, masing-masing begitu asyik melenggokkan tubuh dan menghayunkan tangan dengan gerak tarian yang pelbagai.

Lantaran itulah, kemahiran mereka mempersembahkan tarian tradisional dengan penuh kelembutan wajar diberikan pujian seperti yang dialami 16 penari cilik yang baru mengenali tarian zapin sejak Oktober lalu.

Ternyata latihan yang diterapkan di bawah seliaan seorang guru tari, membuka peluang bagi generasi muda dalam kalangan anak Orang Asli mempelajari salah satu cabang seni Melayu yang harus dijaga agar tidak luput ditelan zaman.

Guru tari, Nur Adibah Safar, 26, berkata, sememangnya bakat semula jadi yang mengalir dalam diri anak-anak memudahkan ilmu tarian itu dipelajari.

"Namun paling utama, selain minat yang mendalam, penari cilik ini juga sebenarnya perlu memiliki keberanian yang tinggi semasa beraksi di hadapan hadirin. Setiap kali sesi latihan, saya sering menerapkan keyakinan diri yang tinggi dan semangat tidak mudah putus asa kepada mereka," katanya yang dibantu suaminya, Rashid Abd Gapar, 30.

Bagi Susina Samli, 11, Norhayati Karim, 11, dan Karuman Melia, 12, minat dan dorongan daripada guru dan keluarga menjadi pegangan untuk mempelajari tarian zapin yang sinonim dengan rakyat negeri ini.

Susina, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, Kota Tinggi berkata, pembabitannya mengikuti kelas tarian ini adalah hanya daripada keinginan untuk belajar seni tarian tradisional.

"Saya beruntung kerana keluarga terutamanya ibu memahami dan tidak menghalang minat saya dalam seni tari dan atas dorongan mereka jugalah saya berjaya mempelajari tarian zapin hanya dalam tempoh singkat," kata Susina, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, di sini selepas membuat persembahan pada majlis penutupan Kem Mesra Minda Orang Asli di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, baru-baru ini.

Norhayati pula mengaku bertuah kerana terpilih mempelajari tarian itu kerana ia memberi pengalaman baru kepadanya.

"Pengalaman membuat persembahan di hadapan ibu bapa dan tetamu yang hadir amat berharga. Saya amat menghargai peluang yang diberikan," kata Karuman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved