Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Terima hakikat Islam agama rasmi - PUM

Posted:

Terima hakikat Islam agama rasmi - PUM

Terima hakikat Islam agama rasmi - PUM

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Semua pihak termasuk orang bukan Islam diminta menerima hakikat serta akur bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, tidak sepatutnya ada pihak yang tampil mempertikaikan perkara tersebut ataupun cuba mengganggu-gugat agama Islam di negara ini.

"PUM amat bertegas dalam isu-isu terutamanya yang melibatkan umat Islam demi untuk mempertahankan akidah umat Islam," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, baru-baru ini.

Mohd. Roslan berkata, kepercayaan penuh harus diberikan kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama untuk menjalankan tugas mereka khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Selangor.

"PUM berpandangan adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dalam isu-isu akidah yang merupakan perkara teras dalam Islam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya rakyat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, rumah ibadat merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mengambil peranan mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

"Bagi memastikan ia berjaya, Accin meminta usaha memurtadkan penganut Islam dihentikan dengan segera.

"Ini bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam adalah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama Islam dan sensitiviti umatnya," ujar beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelbagai pihak desak Pas gugurkan Islam pada nama parti

Posted:

Pelbagai pihak desak Pas gugurkan Islam pada nama parti

Pelbagai pihak desak Pas gugurkan Islam pada nama parti

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pas wajar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu apabila gagal membela akidah sekumpulan umat Islam dalam kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lalu.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya di sini, hari ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin juga mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Bagaimanapun beliau berkata, harapan tinggal harapan, Pas yang dahulunya begitu hebat memperjuangkan Islam kini terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP atas nama politik.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang bekas lagi setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JAIS minta semua pihak bertenang, tunggu siasatan selesai

Posted:

JAIS minta semua pihak bertenang, tunggu siasatan selesai

JAIS minta semua pihak bertenang, tunggu siasatan selesai

SHAH ALAM 9 Ogos - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan berhubung kes pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, minggu lalu.

Pengarahnya, Marzuki Hussin dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini menyatakan, JAIS ketika ini masih dalam proses siasatan mengenai kes tersebut.

"Justeru, JAIS meminta semua pihak bersabar dan bertenang sehingga kertas siasatan selesai (lengkap)," katanya di sini.

Kenyataan itu dibuat susulan daripada tindakan JAIS mengadakan pemeriksaan pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama lain ke atas penganut Islam pada malam 3 Ogos lalu.

Pada 4 Ogos lalu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri menyatakan pihak berkuasa agama itu mempunyai bukti wujudnya penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.

Menurut Hasan, ketika pemeriksaan itu, seramai 12 penganut agama Islam yang hadir pada majlis itu turut diperiksa dan kesemua mereka telah diarahkan menerusi satu notis supaya menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Sebuah portal berita hari ini, JAIS akan mendapatkan waran bagi memanggil 12 individu beragama Islam terbabit kerana gagal hadir memberikan keterangan mengenai kes itu yang sepatutnya bermula hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas permohonan itu dibuat di mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved