Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


USM rintis kaedah ternak gamat

Posted:

USM rintis kaedah ternak gamat

USM rintis kaedah ternak gamat

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my


Tukun inovasi gamat yang dihasilkan oleh pasukan penyelidik USM Kubang Kerian, Kelantan.


KUALA TERENGGANU 9 Ogos – Gamat merupakan satu daripada spesies hidupan laut yang mempunyai nilai komersial tinggi.

Justeru, hidupan marin unik yang kaya dengan khasiat terapeutiknya dalam dunia perubatan dieksploitasikan tanpa kawalan menyebabkan ia semakin terancam.

Di negara ini terdapat tujuh spesies timun laut Stichopodidea dikenal pasti sebagai spesies gamat termasuk Stichopus horrens (gamat emas) dan Stichopus vastus (gamat sawa).

Populasi khazanah laut di negara ini yang tertumpu di Langkawi semakin mengecil dan kian terdedah kepada kepupusan jika proses pemuliharaan dan pembiakannya tidak digerakkan.

Menyedari gejala itu dan dalam usaha menanganinya, sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) merintis kaedah menternak gamat sebagai salah satu jalan penyelesaian paling efektif bagi menjamin kelestarian spesies itu.

Ia satu kaedah yang dikenali sebagai teknologi hateri yang membantu menghasilkan benih gamat dan tukun tiruan yang mirip dengan proses sebenar pembiakan spesies tersebut.

Hasil program penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Farid Che Ghazali itu turut membuka pintu harapan bagi nelayan menjalankan penternakan gamat yang lebih efisien dan tidak lagi terbatas di Langkawi.

Teknologi tukun tiruan inovatif penstabilan fosil itu direalisasikan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian dengan kerjasama Jabatan Perikanan Terengganu.

Projek selama tiga tahun itu turut dibantu oleh Ir. Shukri Omar dan Siti Hajar Yahya dari PPSK dan Syed Abdullah Syed Abdul Kadir dari Jabatan Perikanan Malaysia (FRI) Rantau Abang, Dungun.

Tukun itu dilancarkan oleh Pengarah Perikanan negeri, Zakaria Ismail di perairan Teluk Rotan, Pulau Redang baru-baru ini dan sebagai langkah perintis, sebanyak 15 unit dilabuhkan untuk pembiakan gamat.

Ia bakal dipatenkan dan dikomersialkan sebagai satu komponen kultur marin.

Selain Langkawi, Terengganu berkemampuan menjadi negeri pengeluar gamat yang utama di negara ini setelah hasil kajian mendapati perairannya sesuai untuk pembiakan secara komersial.

Tukun yang direka khas bagi spesies gamat dengan dindingnya difabrikasi dengan campuran bahan fosil termasuk cengkerang laut, pasir laut dan batu karang dengan konkrit.

"Saya yakin tukun seberat satu tan metrik itu mampu membiakkan spesies itu dengan baik sekali gus dapat dikomersialkan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas pelancaran itu.

Sementara itu Farid menjelaskan, secara amnya tukun tersebut terdiri daripada dua bahagian utama sebagai tempat perlindungan gamat dan empat ruang dalaman juga dibahagikan bertujuan memberi keselesaan dan kebebasan yang optimum untuk gamat bergerak.

Bahagian kedua pula ibarat benteng bagi menghalang timbunan pasir dan menjadi platform kepada kestabilan tukun itu di samping mengukuhkan strukturnya.

Farid memberitahu, tukun yang mirip kepada habitat asal gamat itu akan bertindak sebagai para hormon yang menarik kehadiran gamat, mengembangkan populasi lantas melestarikan kelangsungannya di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UMT bantu industri akuakultur di Aceh

Posted:

UMT bantu industri akuakultur di Aceh

UMT bantu industri akuakultur di Aceh

KUALA TERENGGANU 9 Ogos - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin usaha sama dengan kerajaan Indonesia dalam usaha membantu membangunkan semula industri akuakultur di Wilayah Aceh.

Institusi itu menganjurkan Kursus Akuakultur dan Teknik Pembiakan Ikan baru-baru ini yang disertai oleh 31 kakitangan Jabatan Perikanan Aceh serta Sekolah Vokasional Perikanan dan Pertanian wilayah berkenaan.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman berkata, pendekatan yang diambil pusat penyelidikan Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) dalam menganjurkan kursus itu dapat memulihkan semula industri itu yang lumpuh ekoran tsunami tujuh tahun lalu.

Menurutnya, sebagai sebuah pusat penyelidikan yang fokus kepada pembangunan akuakultur air tawar dan marin, Akuatrop diharap dapat melahirkan lebih ramai penggerak dalam bidang perikanan.

"Selain melatih dan memberi kursus berkaitan perkara itu, program hampir sebulan itu turut berperanan menggerakkan hubungan sosial dan akademik antara kedua-dua negara, seterusnya membuka peluang lebih besar dalam bidang ini.

"Pelbagai program telah dijayakan antaranya melibatkan modul ternakan ketam, pembenihan ikan kelah, kerapu, tiram, udang serta perancangan dan pengurusan yang melibatkan ternakan air tawar dan masin," katanya.

Beliau berkata demikian pada kursus berkenaan di UMT dekat sini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh wakil Kedutaan Besar Indonesia, Menteri Kaunselor Politik, Djoko Harjanto dan Pengarah Akuatrop, Prof. Dr. Faizah Mohd. Shaharom

Tambah Aziz, kursus itu selaras dengan peranan Akuatrop untuk memberi khidmat nasihat dan pemindahan teknologi dalam industri akuakultur melalui pengendalian kursus-kursus pendek, latihan, penganjuran bengkel dan seminar.

Sementara itu Djoko memberitahu, akibat tsunami tujuh tahun lalu, seramai 2,879 guru, lebih 700 profesor dan pensyarah, 105 doktor perubatan, 711 jururawat terkorban atau hilang semasa bencana itu.

"Bukan sahaja peralatan dan kelengkapan logistik musnah, ramai pakar dan pengamal akuakultur terkorban dan dengan kursus ini diharap dapat membantu melahirkan penggiat baru seterusnya dapat membangun semula industri itu di wilayah Aceh," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

USM sumbang 30 penapis dan pam air

Posted:

USM sumbang 30 penapis dan pam air

USM sumbang 30 penapis dan pam air


Ilias Husin mencuba sebuah penapis dan pam air yang disumbangkan oleh Kelab Harvard Malaysia di Kampung Beris Lalang, Jelawat, Bachok, baru-baru ini.


BACHOK 9 Ogos - Masalah penduduk miskin di jajahan ini yang sukar mendapatkan bekalan air bersih, mendapat perhatian Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menyumbangkan sebanyak 30 penapis dan pam air berharga RM2,000 seunit, di tiga buah kampung.

Sumbangan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan USM itu mendapat kerjasama Kelab Harvard Malaysia.

Majlis penyampaian sumbangan itu telah diadakan baru-baru ini oleh 20 wakil mereka yang turun padang bertemu penduduk terbabit dan kemudiannya bergotong-royong memasang kelengkapan terbabit.

Menurut Penyelaras program, Prof. Madya Dr. Azlan Amran, sebelum ini, penduduk terbabit bergantung kepada air telaga sebagai sumber mereka.

"Pemberian itu kena pada masanya iaitu semasa Ramadan dan mereka dapat menggunakan bekalan air bersih untuk keperluan seharian," katanya ketika ditemui pada majlis gotong-royong kenduri rakyat di Kampung Beris Lalang Jelawat di sini, baru-baru ini.

Lebih 300 penduduk kampung menyertai majlis gotong royong itu yang turut disertai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Datuk Ilias Husin.

Program itu turut mendapat kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Jajahan Bachok.

Azlan berkata, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar USM dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

"Dengan penyertaan itu, mereka akan memahami bahawa masih ramai penduduk kampung yang tidak mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian,'' katanya.

Sempena program itu, katanya, pelajar terlibat turut mengadakan ceramah motivasi kepada lebih 40 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved