Rabu, 10 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


KUIM semarakkan kemerdekaan

Posted:

KUIM semarakkan kemerdekaan

KUIM semarakkan kemerdekaan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Yaakob Md. Amin (kanan) menyerahkan bendera negara kepada Mohd. Yusoff Hashim sempena program Penyerahan Bendera Jalur Gemilang di kampus KUIM, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 9 Ogos - Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan yang ke-54, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang yang diadakan di Auditorium Pujangga KUIM, Kuala Sungai Baru di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan bantuan am pelajaran ke institusi pengajian tinggi yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakob Md. Amin dan turut dihadiri Naib Canselor KUIM, Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim.

Melalui program penyerahan Jalur Gemilang oleh kerajaan negeri itu membolehkan pihak KUIM memasang pelbagai bentuk Jalur Gemilang di sekitar kawasan kampus KUIM bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.

Sementara itu, menurut Yaakob, program itu selain menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan yang ke-54, program itu juga membolehkan golongan itu menghayati erti kemerdekaan, seterusnya menghargai kebebasan yang mereka nikmati sekarang.

Menurutnya, golongan pelajar perlu ke hadapan dan lebih menonjol dalam setiap program kemerdekaan yang digerakkan bagi membuktikan taat dan setia mereka kepada negara.

''Setiap pelajar perlu ingat bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini bukan datang sekelip mata tetapi hasil perjuangan pahlawan negara yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berharap, tiada golongan mahasiswa terpengaruh dengan anasir negatif pihak luar yang membawa dakyah memburukkan kepimpinan negara dengan tujuan memecah-belahkan kestabilan negara ketika ini.

Katanya, program kemerdekaan yang diadakan selain membangkitkan semangat patriotisme di kalangan pelajar, ia juga mampu merapatkan hubungan antara kolej dengan masyarakat.

Usaha itu, ujar beliau, secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat mengenali lebih dekat peranan KUIM yang berkonsep pembelajaran untuk semua walaupun ia lebih menjurus konsep pengajian Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kalam Bitara hargai penulis buku Universiti Sains Islam Malaysia

Posted:

Kalam Bitara hargai penulis buku Universiti Sains Islam Malaysia

Kalam Bitara hargai penulis buku Universiti Sains Islam Malaysia


Para penulis buku bergambar pada majlis Kalam Bitara 2011 yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan, Penerbit USIM di Nilai dekat Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 9 Ogos - Seramai 100 orang penulis dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperoleh hasil royalti daripada 52 judul buku yang diterbitkan antara 2002 dan 2009 serta empat buah modul untuk terbitan 2010 berjumlah lebih RM48,000.

Hasil royalti itu diserahkan kepada para penulis buku berkenaan pada majlis Kalam Bitara 2011 yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan, Penerbit USIM di Nilai dekat sini, baru-baru ini.

Majlis itu bertujuan meraikan penglibatan dan sumbangan para cendekiawan USIM menghasilkan karya-karya penulisan.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda.

Buku bertajuk Resipi Istimewa untuk Belajar cetakan pertama dan kedua memperoleh royalti terbanyak berjumlah RM4,620.

Penerbit USIM juga telah mewujudkan tiga anugerah penerbitan sempena majlis itu iaitu Anugerah Buku Terlaris 2010, Anugerah Penulis Prolifik dan Anugerah Penulis Harapan mengikut kategori bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Anugerah Buku Terlaris 2010 telah diberikan kepada buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi - Edisi Kedua karya Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon bagi kategori bahasa Melayu manakala bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Arab masing-masing diberikan kepada buku The Modern Study of Religion - A Preliminary Survey on Clifford Geertz karya Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali dan buku Muhadrat Fill Aqidah Al-Islamiyah karya Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo.

Anugerah Penulis Prolifik pula dimenangi oleh Dr. Sapora bagi kategori bahasa Melayu, Dr. Harison@Hanisa Mohd. Sidek bagi kategori bahasa Inggeris dan Dr. Syamsul Bahri bagi kategori bahasa Arab.

Anugerah Penulis Harapan pula diberikan kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd. Zarif untuk kategori bahasa Melayu dan Mohd. Rosmizi Abd. Rahman bagi kategori bahasa Inggeris dan Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni untuk kategori bahasa Arab.

Turut diadakan pada majlis itu ialah Penyampaian Watikah Penghargaan Penyelidik USIM yang berjaya mendapat geran penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebanyak 15 geran penyelidikan berjaya diperoleh USIM iaitu 10 geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) berjumlah RM769,100 dan lima geran Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) berjumlah RM621,100.

Jumlah keseluruhan geran penyelidikan yang diterima USIM ialah sebanyak RM1.39 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Politeknik Merlimau juara ragbi jemputan IPT kebangsaan

Posted:

Politeknik Merlimau juara ragbi jemputan IPT kebangsaan

Politeknik Merlimau juara ragbi jemputan IPT kebangsaan

MELAKA 9 Ogos - Pasukan Ragbi Politeknik Merlimau Melaka (PMM) muncul juara Kejohanan Ragbi Jemputan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Politeknik Kuching, Sarawak baru-baru ini.

PMM menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah 14-0 untuk muncul juara yang menyaksikan penyertaan 11 pasukan IPT mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Biarpun sebahagian besar penuntut PMM mempunyai fizikal yang lebih kecil berbanding UiTM Sabah, namun mereka berjaya membuktikan kemampuan apabila berjaya menjaring mata yang besar tanpa mampu dibalas pasukan UiTM Sabah.

Pada perlawanan pertama menentang UiTM Bintulu, PMM menang dengan mata 38-5 sebelum menang ke atas Politeknik Kuching 28-7 dan peringkat separuh akhir menewaskan UiTM Pulau Pinang dengan 21-0.

Kemenangan PMM itu melayakkan pasukan tersebut menjuarai kategori Cup manakala naib johan disandang UiTM Sabah manakala pasukan tuan rumah, Politeknik Kuching memenangi kategori Plate dan UitM Pulau Pinang sebagai naib johan kategori itu.

Bagi kategori Bowl disandang SMK Asajaya manakala Politeknik Port Dickson di tempat kedua dan kategori Spoon dimenangi Universiti Malaysia Sarawak manakala naib johan dimenangi UPM Bintulu.

Pasukan PMM menerima pingat, piala kategori Cup dan piala keseluruhan kejohanan yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Tan Sri William Mawan Ikom.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved