Rabu, 10 April 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis siasat kes buli pelajar

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.

Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.

Tiga disahkan dibuang sekolah

Posted: 10 Apr 2013 11:27 AM PDT

PULAU PINANG 10 April - Jabatan Pelajaran negeri mengesahkan kumpulan pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah.

"Kejadian itu berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac lalu iaitu lima hari selepas kejadian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video yang kini tersebar di laman YouTube dan laman sosial Facebook mengenai pergaduhan yang melibatkan pelajar sebuah sekolah di negeri ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pelajar terbabit bagaimanapun masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

"Cuma pelajar terbabit tidak boleh menyambung persekolahan di sekolah sama dan rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved