Rabu, 10 April 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sembilan sekolah dapat RM1.79j

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

Oleh Zainal Azhar Mohamed
utusanjohor@utusan.com.my

MOHD. Puad Zarkashi (tengah) menyampaikan bantuan RM200,000 kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Jawahir Al Ulum, Salihin Mohd. Salih di Senggarang, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

BATU PAHAT 9 April - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.79 juta kepada sembilan buah sekolah agama di daerah ini bagi membina dewan terbuka, menaik taraf asrama dan menambah baik kemudahan pelajar.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan sekolah, masing-masing menerima bantuan RM200,000, manakala Sekolah Agama Bersepadu Bukit Pasir menerima RM190,000.

Lapan sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Bugisiah, SMA Jawahir Al Ulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Budi, SK Seri Rengit, SK Seri Merlong, SK Merlong, SK Ser Perpat dan SK Rengit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Pusat kepada kesemua sekolah termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi memperbaiki kemudahan yang ada.

"Menerusi bantuan yang diterima, setiap sekolah boleh membaiki atau menaik taraf bangunan kelas, asrama atau kantin kerana penting untuk keselesaan murid.

"Bagi negeri ini, kementerian menjunjung kasih kepada Sultan Johor kerana membenarkan kesemua sekolah menjadi sekolah bantuan kerajaan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada SMA Jawahir Al Ulum di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua SMA Jawahir Al Ulum, Salihin Mohd. Salih berkata, pihaknya akan menggunakan bantuan tersebut bagi menaik taraf asrama yang menempatkan seramai 260 pelajar.

"Pembaikan fizikal yang dijalankan dijangka dapat menambah keselesaan 260 daripada 340 pelajar di sekolah ini, baki pelajar yang tidak menginap di asrama tinggal berdekatan di kawasan Senggarang.

"Pembaikan yang akan dilakukan merupakan masalah yang ingin diselesaikan pihak sekolah sebelum ini tetapi kami menghadapi masalah kewangan, berikutan itu saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan," katanya.

Pesakit Hospital Sultanah Nora Ismail ceria terima sumbangan

Posted: 09 Apr 2013 01:22 PM PDT

BATU PAHAT 9 April - Sebanyak 418 pesakit di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini gembira menerima sumbangan berupa hamper dan wang tunai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'afar Hashim baru-baru ini.

Ja'afar ketika ditemui berkata, selain menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin tempatan dengan mendekati golongan yang memerlukan, lawatan tersebut turut bertujuan mendapatkan maklum balas tentang perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital berkenaan.

"Setakat ini, semua pesakit memberikan respons yang baik kerana adanya peningkatan dari segi keselesaan yang diberikan berikutan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membina bangunan baharu tahun lalu.

"Cuma apa yang saya pasti, masih ada lagi bahagian tertentu dalam hospital ini perlu dibaik pulih dan ditingkatkan, terutamanya lantai dan tingkap di bahagian lama yang perlu dibaiki," katanya

Selain keselesaan pesakit, katanya, keperluan untuk pengamal perubatan di hospital turut perlu diberikan perhatian supaya perkhidmatan kesihatan dapat ditingkatkan.

Sementara itu, Mohd. Azri Syuib, 12, yang bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam usus amat terharu dengan kunjungan itu.

Mohd. Azri memberitahu bahawa dia telah menjalani pelbagai rawatan, namun gagal pulih menyebabkan semangatnya untuk melawan penyakit itu semakin pudar, tetapi setelah mendengar nasihat Ja'afar, dia kini kembali bersemangat.

"Sebelum ini, saya tidak mahu teruskan pembedahan, tetapi sekarang saya percaya mampu sihat semula dan tidak sabar untuk keluar dari hospital," katanya.

Berbeza dengan Kassim Ahmad, 86, yang hanya mampu mengeluarkan air mata kerana terharu di atas kunjungan itu, akibat tidak dapat bergerak dan bercakap.

Menurut isterinya, Latifah Abdullah, 78, penyakit strok yang dialami warga emas itu menyerang separuh badan, namun memaksanya untuk tinggal di hospital sementara waktu kerana dikhuatiri lebih teruk sekiranya tinggal di rumah.

Latifah yang gigih menjaga suaminya itu turut mengalirkan air mata terharu sebaik ditanya keadaan keluarganya.

"Suami saya dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia tiba-tiba rebah semasa bekerja dan sejak itu dia hanya mampu terlantar di rumah. Walaupun saya sendiri selalu sakit-sakit, tapi kena kuatkan diri jaga dia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved