Sabtu, 1 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Shalwati beri kebenaran bawa anak pulang ke Malaysia

Posted: 01 Feb 2014 01:56 AM PST

IBU saudara, Norshaleena Norshal (belakang) bergambar bersama empat beradik (dari kiri) Ammar Azizul Raheem, 12; Adam, 11; Arif, 7; dan Aishah, 14; anak kepada pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ketika melawat Kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah meminta kebenaran daripada Shalwati Norshal untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Katanya, beliau berbuat demikian semasa berjumpa dengan ibu empat beradik itu yang ditahan reman di penjara di Stockholm, Sweden, dengan wanita itu menandatangani surat kebenaran bagi tujuan itu.

Hamzah berkata, beliau perlu meminta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dilihat 'memandai-mandai' mengambil keputusan sendiri membawa pulang empat beradik itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Katanya, beliau turut berbincang dengan guru yang bercuti tanpa gaji itu mengenai persekolahan anak-anaknya di sini, dan wanita itu meminta supaya anaknya ditempatkan di sekolah kebangsaan.

"Beliau tidak mahu memasukkan anak-anaknya ke sekolah antarabangsa kerana perbezaan budaya. Kita akan bincang dengan anak-anak ini sekolah bagaimana yang mereka mahu," katanya kepada pemberita di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Beliau hadir pada majlis pertemuan perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan empat beradik itu, Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7. - BERNAMA

Enam pelumba TSG bertarung di Australia Rabu ini

Posted: 31 Jan 2014 11:59 PM PST

KUALA TERENGGANU 1 Feb. - Pasukan lumba basikal profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) menyenaraikan enam pelumbanya untuk menggalas cabaran pada Kejohanan Lumba Basikal Herald Sun Tour Victoria 2014 di Melbourne, Australia pada 5 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Rozali Salleh berkata, enam pelumba itu diketuai dua pelumba hebat iaitu Anuar Manan dan Muhammad Adiq Hussaini Othman, manakala empat lagi ialah Mohd Harris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Marzuki.

Katanya, Anuar dan Muhammad Adiq kembali bersama TSG berkuat kuasa 1 Jan lalu setelah berkhidmat bersama pasukan lumba basikal profesional luar negara iaitu Manan menyertai pasukan Synergy Baku Cycling Project dari Azerbaijan, manakala Muhammad Adiq menyertai pasukan Champion System Pro Cycling dari China.

"Ini merupakan kejohanan kedua yang disertai TSG bagi 2014 selepas Kejohanan Jiexpo Kreterium 2014 Jakarta, Indonesia pada 25 Jan lepas yang mana Manan berjaya menduduki tempat ketiga iaitu penyertaan sulungnya bersama TSG tahun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kesemua pelumba kini giat menjalani latihan intensif di sekitar bandar Kuala Terengganu dan Dungun di bawah bimbingan penolong jurulatih Jasmin Roslan bagi memastikan mereka mempamer persembahan hebat pada kejohanan selama lima hari itu. - BERNAMA

PM ucap terima kasih kepada kerajaan Sweden

Posted: 31 Jan 2014 10:15 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden kerana memberi pertimbangan khas kepada Malaysia untuk membawa pulang empat anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal pulang ke negara ini.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan akan memastikan kebajikan mereka terjamin serta berusaha membantu Azizul Raheem dan isterinya yang masih ditahan di Sweden.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kanak-kanak terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya iaitu Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Taman Duta, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved