Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Remaja jadi sasaran demonstrasi

Posted:

Remaja jadi sasaran demonstrasi

Remaja jadi sasaran demonstrasi

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
pengarang@utusan.com.my


SAHARUDDIN Kamijan (tiga dari kiri ) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Pontian mengenai Kempen Bebaskan Anwar 901 di Pontian, semalam.


PONTIAN 1 Jan. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pontian menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak mereka pada 7 Januari ini agar tidak ikut serta dalam demonstrasi jalanan Kempen Bebaskan Anwar 901 di Kuala Lumpur.

Ketua Penerangannya, Saharuddin Kamijan berkata, kini wujud gerakan yang didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa golongan muda menyertai demonstrasi itu dengan mengumpulkan mereka sebelum dibawa ke Dataran Ledang di Ledang pada keesokan harinya dan seterusnya menyertai kempen berkenaan.

Menurut beliau, kempen itu merupakan satu provokasi untuk membebaskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari serta ingin mencetuskan keadaan huru-hara.

"Perkasa Daerah Pontian menentang sekeras-kerasnya dan menolak segala tindak tanduk yang tidak berlandaskan undang-undang serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Polis (IPD) Pontian di sini, hari ini.

Tambah Saharuddin, Perkasa Pontian menyifatkan kempen tersebut tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat, terutama orang Melayu yang akan terus berpecah kerana Anwar dan menjadi alat kepentingan peribadinya sebagai medan melepas geram kepada kerajaan dan institusi kehakiman negara.

Tegasnya, kempen tersebut perlu dihentikan segera kerana tumpuan rakyat pada tahun baru ini bagi meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai bidang dan bukan hanya memikirkan soal kes liwat tersebut.

"Cukup-cukuplah apa yang berlaku pada Julai tahun lalu yang telah mengheret rakyat untuk sama-sama berdemontrasi bersama Ambiga yang mana sebahagian besarnya disertai oleh orang Melayu.

"Biarlah Anwar menentukan nasib diri sendiri pada tarikh itu, tak perlu rakyat tidak berdosa berkumpul di depan mahkamah," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO Pulai bantu murid miskin

Posted:

Puteri UMNO Pulai bantu murid miskin

Puteri UMNO Pulai bantu murid miskin

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Biarpun sesi persekolahan bagi 2012 akan bermula beberapa hari lagi, Puteri UMNO Pulai mengambil peluang sempena cuti sekolah ini dengan mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 1Malaysia di Pasar Raya @ Mart di sini, hari ini.

Program yang memberikan sumbangan kepada 30 murid sekolah daripada keluarga miskin dan mempunyai adik-beradik ramai itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian.

Menurutnya, program yang memasuki tahun kesembilan itu masih mengekalkan fokusnya iaitu memberi bantuan persekolahan untuk kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun yang tinggal di kawasan Parlimen Pulai.

"Hari ini, 30 kanak-kanak menerima bantuan beg sekolah, peralatan menulis, sepasang baju sekolah serta kasut dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM150 seorang.

"Biarpun kebanyakan mereka menerima wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100, kita sedar ia tidak mencukupi ekoran kos sara hidup meningkat dan beban keperluan lain.

"Kita tampil dengan memberi bantuan tambahan demi keselesaan mereka untuk ke sekolah nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Osman berkata, sumbangan itu diharap dapat meningkatkan lagi minat dan motivasi pelajar terbabit bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran kerana pendidikan amat penting untuk membantu mengubah masa depan mereka.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan itu juga adalah sebagai salah satu langkah Puteri UMNO Pulai untuk lebih dekat dengan masyarakat cilik yang akan memimpin negara untuk masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved