Rabu, 6 November 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Toyota komersial kereta hidrogen 2015

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Kereta konsep berkuasa hidrogen dari Toyota.

TOKYO 5 Nov. - Toyota merancang memperlihatkan kereta konsep berkuasa hidrogen (fuel-cell) terbaharunya di Pameran Motor Tokyo yang akan berlangsung bermula 20 November hingga 1 Disember depan.

Kereta konsep dengan kapasiti empat tempat duduk berkenaan dijangka dikeluarkan secara komersial dalam tempoh dua tahun lagi.

Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 500 kilometer, jauh mengatasi versi sebelum ini dan boleh dicas semula dalam tempoh tiga minit sahaja melalui tangki gas hidrogen yang ditempatkan di dalamnya.

Toyota yang merupakan pengeluar kereta terbesar dunia berkata, kereta konsep berkenaan boleh dikomersialkan menjelang 2015.

Ketika ini, sebanyak 100 stesen pengecas hidrogen telah dipasang di Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kenderaan fuel-cell dikategorikan sebagai kereta hijau kerana tidak menghasilkan gas emisi disebabkan hanya menggunakan gas hidrogen.

Toyota dilihat melangkah dua tapak kehadapan berbanding pesaing dalam pembangunan kereta hijau dari segi barisan model dan penyediaan infrastruktur.

Selain Toyota, pengeluar lain yang turut membangunkan kereta konsep 'fuel-cell' adalah BMW diikuti Honda yang bekerjasama dengan General Motor dan Nissan yang bekerjasama dengan Ford dan Daimler.

Tambah Toyota, semasa Pameran Motor Tokyo nanti, syarikat berkenaan turut akan mendedahkan prototaip teksi hibrid untuk pasaran Jepun.

Teksi berkenaan dilengkapi pintu gelongsor elektrik bagi memudahkan akses golongan kurang upaya dan skrin digital untuk paparan maklumat serta iklan.

Kereta berkenaan akan dikomersialkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi semasa penganjuran sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Selain itu, Toyota juga akan menayangkan kereta masa depan iaitu Fun Vehicle 2, yang membolehkan pemandu membelok dengan hanya menggerakkan beban badan ke arah yang dikehendaki. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved