Sabtu, 16 November 2013

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Transformasi industri filem

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Penggiat utama industri hiburan khususnya industri perfileman tanah air memohon kerajaan melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada sistem perfileman negara.

Presiden Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM), Othman Hafsham (gambar) berkata, industri perfileman negara memerlukan penstrukturan semula bermula dari peringkat asas untuk membaik pulih imej dan martabatnya.

Usaha ini sememangnya sukar dan mencabar namun sekiranya kita mahu melihat perubahan dan kemajuan berlaku terhadap industri ini, perkara tersebut perlu dilakukan.

Sebagai penggiat dalam industri, pihak penerbit dan pengarah hanya dapat bersuara tetapi peranan utama harus dipikul pihak berwajib iaitu kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam majlis Sesi Dialog Bersama Industri yang diadakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Rothiah Omar serta penggiat industri hiburan antaranya Datuk Yusof Haslam, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Freddie Fernandez, Jurey Latiff Rosli, Norman KRU dan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

95 anak warga PDRM sertai khatan beramai-ramai

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KHALID Abu Bakar (tengah) dan isteri, Puan Sri Imran Ibrahim (kanan) memberi semangat kepada kanak-kanak yang menyertai majlis Sunathon di pekarangan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seramai 95 orang anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai majlis Sunathon atau berkhatan beramai-ramai di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Seramai 95 kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun menyertai program yang kita anjurkan secara tahunan ini.

Program hari ini adalah di peringkat Bukit Aman sahaja tetapi saya percaya beberapa Ibu Pejabat Polis Kontinjen turut menganjurkan program sama," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan tersebut.

2 kanak-kanak Cina sertai majlis berkhatan BKUM

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

MOHD. ZAINI Hassan menyembur air pili bomba kepada kanak-kanak yang menyertai program berkhatan anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu di pekarangan Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Majlis berkhatan anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) tahun ini mencatat kelainan selepas dua daripada 56 kanak-kanak yang menyertainya merupakan kaum Cina.

Menurut Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor, selain itu, Program Berkhatan Beramai-ramai Anak Kakitangan Utusan Melayu tahun ini juga mencipta sejarah tersendiri selepas menerima penyertaan paling ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam program yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Kajang itu merupakan anak-anak kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu).

Majlis tahun ini lebih istimewa kerana dua kanak-kanak Cina turut menyertai program ialah Liew Yun Xi Alfred, 16, dan Liew Jun Yin Alston, 14," katanya ketika ditemui dalam majlis itu yang diadakan di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan, Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan ketika berucap merasmikan program tersebut menyifatkan penyertaan kanak-kanak Cina berkenaan menjadikan majlis anjuran BKUM kali ini lain daripada yang lain.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved