Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 parah, seorang mati ditembak

Posted: 09 May 2014 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mei - Lima lelaki parah manakala seorang meninggal dunia akibat ditembak jarak dekat di Restoran Ummarani, Jalan Ipoh, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kesemua mangsa yang berusia 22 hingga 51 tahun merupakan pengunjung restoran berkenaan.

"Suspek yang menaiki kereta jenis Myvi telah turun dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan menggunakan pistol jenis semi automatik.

"Seorang mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggalkan dunia manakala lima lagi cedera dan sedang diberikan rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Penumpang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat

Posted: 09 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penumpang yang dipercayai jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, malam tadi.

Air Asia X dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya telah berusaha yang sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua pihak.

"Kami mengesahkan kematian salah seorang penumpang penerbangan D7 171. Terlebih dahulu kami ingin memanjangkan rasa simpati terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Keluarga Allahyarham dan pihak berkuasa telah diberikan maklumat tentang perkara ini dan kami akan menyediakan segala keperluan untuk bantuan," kata jurucakap Air Asia X, di sini hari ini.

Difahamkan, pesawat itu telah selamat tiba di lapangan terbang, lewat malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved