Jumaat, 9 Mei 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu, T-Team seri

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Penyerang Perak, Milan Purovic (kanan) membuat percubaan ke arah gawang gol yang cuba dihalang oleh penjaga gol ATM, Syed Adney Syed Hussein dalam perlawanan Liga Super di Ipoh malam tadi. Perak menang 2-1. - utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin

KUALA LUMPUR - Hasrat Terengganu untuk memberikan tekanan ke atas pasukan yang menerajui Liga Super terencat apabila sekadar seri 1-1 dengan jirannya T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Terengganu kelihatan mampu meraih mata penuh apabila mendapat jaringan sulung perlawanan menerusi Zairo Anuar Zailani pada minit ke-35, malah menguasai babak pertama sebelum pemain T-Team, Jimmy Mulisa menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Terengganu kini berada di tangga ketiga berkongsi 25 mata dengan pasukan tangga keempat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berpeluang memintas semula apabila menentang Lions XII malam ini.

Pahang dan Selangor yang terikat dengan 28 mata akan bertemu sesama sendiri di Shah Alam malam ini bagi menentukan siapa lebih layak menerajui liga.

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah mempamerkan peningkatan apabila meraih tiga mata penuh setelah mengalahkan ATM 2-1.

Pemain import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam muncul wira skuad Bos Gaurus apabila menjaringkan kedua-dua gol pasukan Perak pada minit ke-40 dan ke-85 manakala gol tunggal pasukan lawan hadir menerusi Juan Manuel Arostegui pada minit ke-90.

Kemenangan itu membolehkan Perak memperbaiki kedudukan ke tangga ke-11 liga, memintas ATM.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana, PDRM dikejutkan dengan keputusan seri 2-2 dengan Sabah di Stadium Likas.

Bagaimanapun, keputusan itu sudah cukup untuk PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah untuk mengumpul 39 mata selepas 15 perlawanan.

Di Stadium Darul Aman menyaksikan Perlis tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim II manakala di Stadium Selayang, Felda United yang kini berada di tangga kedua liga berjaya mengurangkan jurang mata dengan pendahulu selepas menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Keputusan lain SPA Putrajaya tewas 1-3 kepada DRB Hicom di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh manakala aksi UiTM menentang Pulau Pinang di Stadium UiTM, Shah Alam terpaksa ditunda kerana hujan lebat.

Beregu negara kaji kekuatan Korea Selatan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Pemain wanita negara berlatih bersama pemain lelaki di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam dalam persiapan menghadapi Piala Thomas/Uber di New Delhi, India bulan ini.

KUALA LUMPUR - Selain menyiapkan diri dari segi fizikal dan kemahiran di atas gelanggang dengan latihan keras, skuad Piala Thomas dan Piala Uber negara turut mengkaji permainan lawan yang bakal mereka temui menerusi rakaman video.

Tumpuan bagi beregu lelaki umpamanya lebih tertumpu kepada mengkaji kekuatan dan kelemahan lawan mereka dari Korea Selatan yang dilihat sebagai pencabar terkuat di peringkat kumpulan.

Pemain beregu lelaki, Lim Khim Wah berkata, sesi mengkaji pasukan lawan semakin berkesan serta melekat di minda pemain.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, menonton video setiap malam bersama-sama adalah cara terbaik untuk mengkaji kekuatan pasukan lawan terutamanya Korea Selatan yang diundi bersama dalam Kumpulan C.

Kami mahu tengok strategi lawan dengan lebih mendalam lagi, jadi setiap malam kami menonton perlawanan melibatkan Korea Selatan.

Kebanyakan video yang kami tonton melibatkan Korea Selatan dan sedikit melibatkan India dan Jerman tetapi kami tetap memantau beregu mereka. Tumpuan kami sebagai pemain beregu adalah terhadap pemain beregu sahaja, manakala pemain perseorangan pula duduk berasingan menyaksikan perlawanan melibatkan pemain perseorangan.

Kami mahu lihat beberapa kombinasi pemain mereka dan lihat corak permainan, tentang India dan Jerman pula jurulatih (Pang Cheh Chang) mungkin akan memberi nasihat sebelum perlawanan bermula," katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, walaupun kurang menekankan tentang kekuatan beregu lelaki India dan Jerman, mereka tidak memandang mudah cabaran pemain kedua-dua negara tersebut.

Ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan Chan Peng Soon di Piala Thomas nanti kerana berdasarkan pemerhatian kedua-duanya sering berpasangan bersama, Khim Wah berkata, perkara itu masih belum muktamad.

Semua pemain masih berpeluang untuk bergandingan dengan mana-mana pemain sekali pun.

Ini hanya satu percubaan, tidak sama pada perlawanan sebenar nanti.

Namun saya pernah bergandingan dengannya (Peng Soon) pada 2009 dan 2010," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved