Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sindiket seludup diesel guna tonto

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

Seorang pegawai PPDNKK Seberang Perai Tengah memeriksa sebuah lori yang dirampas dalam operasi mencegah penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat, Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH 9 Mei - Sindiket penyeludupan diesel bersubsidi kini semakin berani apabila menggunakan khidmat tonto bagi mengawasi pergerakan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Tonto itu akan menyalurkan maklumat kepada pemandu lori yang mengisi minyak diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak yang akan segera beredar sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Seberang Perai Tengah (SPT), Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya menghadapi kesulitan membanteras kegiatan penyeludupan itu yang semakin licik bergerak.

Menurutnya, beberapa serbuan yang dilakukan pihaknya digagalkan oleh tonto selain terdapat kejadian maklumat risikan mereka digagalkan oleh orang dalam stesen minyak itu sendiri.

Beberapa operasi yang kami jalankan pernah digagalkan oleh tonto yang mengintip pergerakan pasukan penguat kuasa sebelum memaklumkan kehadiran kami kepada pemandu lori yang akan segera beredar bagi mengelakkan ditahan.

Oleh itu kami terpaksa mengubah strategi agar tidak diekori atau melakukan intipan 24 jam ke atas stesen minyak yang sering menjadi tumpuan penyeludup ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi ke atas sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat di sini hari ini.

Dalam operasi itu, sebuah lori ditahan kerana menyeludup sebanyak 1,100 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM2,200 ke dalam sebuah lori yang dilengkapi tangki khas.

Seorang pemandu lori rakyat tempatan berusia 24 tahun turut ditahan dalam operasi yang disertai lima pegawai PPDNKK SPT itu.

Jelas Md. Nasir, sindiket itu juga sering bergiat aktif pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan dan akan berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain untuk memenuhkan tangki yang dibawa.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membawa atau memiliki Barangan Kawalan Tanpa Dokumen Yang Sah daripada KPDNKK.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini boleh menghubungi kami di talian 04-3801700 bagi membantu kami," katanya.

Dadah: Suami isteri ditahan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Khalil Arifin (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada anggota sindiket memproses dadah di Kampung Perak, Bukit Selambau dekat Sungai Petani, Kedah, kelmarin. - utusan/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 9 Mei - Empat sekeluarga termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perak, Bukit Selambau, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, serbuan pukul 12 tengah malam itu dilakukan sepasukan lapan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), hasil maklumat orang ramai.

Ketika serbuan dilakukan, suspek yang terdiri daripada pasangan suami isteri, seorang lelaki dan wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun sedang memproses dadah. Kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Sebanyak 190 peket dadah yang setiap satu seberat 1 hingga 2 gram dirampas dalam serbuan itu. Kesemua dadah itu seberat 362 gram dan bernilai kira-kira RM20,000 mengikut harga pasaran.

Siasatan mendapati kesemua dadah itu untuk pasaran di kawasan Bukit Selambau dan dijual pada harga antara RM30 hingga RM50 satu peket," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Khalil berkata, turut dirampas empat buah telefon bimbit, tiga alat penimbang, alat pembungkus dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, polis kini memburu seorang suspek lelaki berusia 40-an yang dipercayai menjadi pembekal kepada kumpulan tersebut.

Polis tumpas 4 geng curi motosikal

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KAMPAR 9 Mei - Polis menumpaskan empat kumpulan curi motosikal dengan tertangkapnya 12 individu termasuk remaja berusia 13 tahun, dalam empat operasi berasingan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ijai, Geng Aman, Geng Mamat dan Geng Akmal itu dianggotai lelaki berusia antara 13 hingga 38 tahun.

Katanya, kesemua kumpulan terbabit menggunakan modus operandi sama iaitu mencuri motosikal jenis Honda Ex5 di kawasan tempat letak kenderaan di pekan untuk mengambil alat ganti bagi digunakan pada motosikal sendiri.

Kita percaya mereka meleraikan motosikal yang dicuri dan mengambil komponennya sebelum rangka kenderaan itu dilupuskan dengan membuangnya ke dalam sungai dan lombong," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved