Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Mengeja asas kuasai bahasa

Posted:

Mengeja asas kuasai bahasa

Mengeja asas kuasai bahasa

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Pemenang Pertandingan Mengeja Kebangsaan CHAMPS 2011 bersama piala kemenangan masing-masing di SRJK Cina Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Menanamkan tabiat mengeja yang baik di kalangan murid-murid adalah sesuatu yang penting kerana ia merupakan asas dalam penggunaan bahasa yang sempurna, kata Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran itu, selain menggalakkan kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dan kefahaman, mengeja juga boleh menanam minat membaca sejak kecil.

"Oleh itu, penganjuran pertandingan mengeja ini menjadi penggalak bagi murid untuk meningkatkan keupayaan mengeja dan membaiki kefasihan bahasa Inggeris mereka dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang minat membaca," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Mengeja Kebangsaan CHAMPS 2011 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seramai 48 pelajar dari 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya terlibat dalam pertandingan mengeja perkataan bahasa Inggeris kali kelima yang terbuka kepada murid tahun empat hingga tahun enam itu.

Ia dianjurkan jenama multi vitamin kanak-kanak, CHAMPS bersama majalah Knowledge Discovery dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Ka Siong berkata, pertandingan tersebut memberi motivasi kepada murid untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka dengan belajar untuk mengeja dengan betul.

"Pertandingan ini sejajar dengan matlamat KPM untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris di kalangan murid di negara kita," katanya.

Tambah beliau, penguasaan bahasa Inggeris amat penting pada masa kini kerana ia merupakan elemen utama untuk anak-anak kita mengembangkan pengetahuan mereka di peringkat global.

"Saya sangat berpuas hati melihat program bahasa Inggeris yang secara tidak langsung mampu memperkukuhkan semangat 1Malaysia dalam diri anak-anak kita.

"Aktiviti kokurikulum seperti pertandingan mengeja ini juga telah menjadi elemen utama yang dapat menggalakkan budaya kerjasama antara para pelajar dan guru tanpa mengira perbezaan budaya dan agama," terang beliau.

Sementara itu, Pengarah Bahagian CCM Pharmaceuticals, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, pertandingan tersebut menawarkan saluran terbaik kepada murid-murid bagi menguji kemahiran mengeja dan membaiki penguasaan bahasa Inggeris selain memperkuatkan keyakinan diri dalam menghadapai persaingan.

"Peserta perlu mempunyai ketekunan, disiplin dan juga keyakinan untuk naik ke pentas berdepan dengan penonton dan pesaing lain.

"Menerusi cabaran ini, kami berharap untuk menerapkan nilai dan tabiat yang baik di kalangan murid dan meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka sambil memberi permulaan yang baik dalam segala usaha mereka pada masa hadapan," katanya.

Tempat pertama pertandingan ini menjadi milik Wong Zhu Shi dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Beruang, Melaka yang membawa pulang sebuah Trofi Kejohanan, sijil, Geran Pendidikan Knowledge Discovery bernilai RM1,000, pakej percutian, hamper CHAMPS, telefon bimbit, kamera digital, set alat tulis dan langganan majalah Knowledge Discovery selama dua tahun.

Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik dua peserta dari Kuala Lumpur iaitu Yashin Kumar A/L Anil Kumar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan Audrie Au Yue Min dari SJKC Taman Connaught.

Full content generated by Get Full RSS.

Bengkel teroka potensi pelancongan angkasa

Posted:

Bengkel teroka potensi pelancongan angkasa

Bengkel teroka potensi pelancongan angkasa


PESERTA Bengkel Eksplorasi Pelancongan Angkasa Lepas mengabadikan kenangan selepas tamat program itu di SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SPACE Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) mengambil langkah proaktif 'turun padang' ke sekolah dalam usahanya untuk mempromosikan Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan.

Pengarah Eksekutifnya, Nur Liyana Che Md. Azim berkata, inisiatif berkenaan merupakan salah satu pendekatan untuk memperkenalkan pertandingan yang julung kali diadakan ini ke seluruh negara.

"Ini merupakan peluang terbaik kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang reka cipta bagi menghasilkan rekaan yang boleh dijadikan panduan oleh pakar-pakar bidang sains angkasa di Eropah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Bengkel Eksplorasi Pelancongan Angkasa Lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekolah tersebut merupakan salah satu antara 10 sekolah terbaik yang menyertai Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan 2011 dan menjadi lokasi kedua pilihan STS-MC untuk memperkenalkan pertandingan itu.

Aktiviti lain yang diadakan adalah pertunjukan video mengenai kapal angkasa pelancongan dan aktiviti space-imagination abstract bagi membuka minda pelajar tentang keseronokan bidang sains angkasa.

Selain itu, majlis berkenaan dihadiri Gabenor STS merangkap Penasihat Eksekutif STS-MC, Prof. Patrick Collins yang merupakan perintis dan pakar pelancongan angkasa.

Beliau pernah berkhidmat sebagai perunding pelancongan angkasa kepada Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Agensi Pembangunan Aeroangkasa Jepun (JAXA) serta pernah membentangkan lebih daripada 100 kertas kerja berkaitan ekonomi angkasa dan pelancongan angkasa.

Patrick yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang penjanaan tenaga suria di orbit untuk kegunaan di Bumi adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan inisiatif pelancongan angkasa Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar; Ketua Bidang Sains, Dr. Noor Akmar Taridi dan Penasihat Kelab Reka Cipta, Muhammad Shukri Kamarudin serta penglibatan kira-kira 180 pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan.

Roaini memberitahu, melalui taklimat dan pertandingan itu akan membantu menambah minat pelajar untuk menceburi bidang reka cipta yang tidak terhad kepada pelajar aliran sains sahaja.

"Buktikan kemampuan dan kreativiti diri untuk merebut peluang keemasan seperti ini.

"Para pelajar seharusnya berani meneroka sesuatu yang baru agar ada kelainan dalam diri masing-masing yang membolehkannya dipandang hebat oleh orang lain," tegas beliau.

Pertandingan anjuran STS dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Yayasan Salam Malaysia dan Topaz 7 Sdn. Bhd. tersebut akan diterbitkan sebagai program televisyen sebanyak 13 episod untuk siaran tempatan.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat undian untuk memilih reka bentuk kapal angkasa terbaik di www.facebook.com/NS2DC mulai 1 November 2011.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved