Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Seksualiti Merdeka dihentikan

Posted:

Seksualiti Merdeka dihentikan

Seksualiti Merdeka dihentikan

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Penganjur Seksualiti Merdeka 2011 hari ini menghentikan acara awam program mempromosi seks bebas itu berikutan kecaman dan bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama.

Menurut kenyataan akhbar yang disiarkan dalam laman web program itu, ia dilakukan demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir selain akan cuba bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.

Bagaimanapun penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

"Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia," menurut kenyataan itu di www.seksualitimerdeka.org.

Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan agama dan moral kemanusiaan.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur turut menyelar kerajaan berhubung pengharaman program yang dikatakan sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini.

"Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBT sebagai hak asasi manusia sejagat.

"Kerajaan juga harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman," menurut kenyataan itu.

Penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu sebaliknya akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia (LGBT) yang telah sedia menderita akibat dipinggir masyarakat.

Menurut kenyataan itu, golongan LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka.

"Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah dan kesamarataan semua manusia," katanya.

Sementara itu, penganjur mendakwa program Seksualiti Merdeka yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun selama ini tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

Posted:

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

Lucut kerakyatan Ambiga - Gagasan

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga wajar dikenakan hukuman berat seperti dilucutkan kerakyatan kerana tindakan beliau yang dilihat semakin 'menggila' dan boleh menghuru-harakan masyarakat di negara ini.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Ambiga sudah 'naik lemak' dengan sikapnya yang semakin melampau dan perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan.

"Orang seperti Ambiga ini tidak layak digelar manusia kerana dia sendiri telah melanggar norma-norma manusia apabila dengan lantang mahu menyuarakan hak-hak yang sepatutnya tidak perlu ditimbulkan.

"Jadi, beliau perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya seperti dibuang negara atau apa jua jenis hukuman yang berat yang mampu membuatkan Ambiga menyedari kesilapannya," ujarnya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ambiga yang menyokong program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka iaitu membela nasib pengamal seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini.

Malah, tambah Syed Anuar, bukan sahaja kerajaan, tetapi Majlis Raja-Raja juga berhak untuk memutuskan hukuman yang patut dikenakan memandangkan Ambiga telah menyentuh isu keagamaan apabila mahu menyebarkan isu moraliti yang dilarang oleh Islam.

"Walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi, tetapi itu tidak bermakna ia memberi kebebasan kepada Ambiga untuk bermaharajalela dengan ideologi songsangnya yang kian melampau," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Ambiga disifatkan sebagai seorang individu yang mencari populariti murahan dengan mengetengahkan isu-isu yang tidak pernah diduga akal.

"Justeru, beliau tidak perlu dihormati oleh sesiapa pun malah patut dipinggirkan atau dibuang negeri.

"Jika Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) masih wujud, beliau wajar ditahan di bawah akta tersebut," ujar Mohamed Maliki.

Menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan mekanisme tepat untuk mendakwa Ambiga yang dilihat semakin meliar.

Full content generated by Get Full RSS.

Pertahan kesatuan ummah

Posted:

Pertahan kesatuan ummah

Pertahan kesatuan ummah


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah haji di Restoran D'Saji di Mekah, Jumaat lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam.

Perdana Menteri berkata, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam, selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha esok dalam blognya www.1Malaysia.com.my.

Menyifatkan kesatuan ummah merupakan pengajaran terpenting yang terkandung dalam sambutan Aidiladha, Najib berkata, perintah Allah S.W.T yang mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama, jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu.

"Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T, maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata, konsep kesatuan dan kesamaan sememangnya amat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan silaturahim sesama umat, seperti mana yang telah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W. ketika Baginda menyampaikan khutbah wada' (perpisahan) di bumi Arafah 1,400 tahun yang lalu, di mana Baginda bersabda bahawa semua manusia adalah sama disisiNya, melainkan dengan taqwa.

Najib berkata, dengan ekonomi negara yang semakin berkembang dan kehidupan boleh dijalani dalam suasana aman damai, masyarakat seharusnya bersyukur dan bersama-sama mengagungkan Allah.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana jua berada.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kini mengerjakan haji di tanah suci turut menyarankan agar sambutan Aidiladha esok diraikan melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved