Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'

Posted:

PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'

PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Johor di SMA Shamsuddiniah, Parit Medan, Ledang, Johor, semalam.


PAGOH 5 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan keputusan yang bersifat 'flip flop'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan dibuat setelah kerajaan mengambil kira hasil kajian yang dijalankan bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu.

"Keputusan kerajaan ini bukan 'flip flop.' Sewaktu saya membuat penggulungan di Dewan Rakyat mengenai PPSMI pada 2009 bahawa kita tidak akan teruskan dasar ini dan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), semua pihak bersetuju termasuk pemimpin pembangkang," ujarnya ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa keputusan itu bersifat 'flip flop.'

Muhyiddin ditemui selepas dialog tertutup dengan ahli 91 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyerahan 98 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan PPSMI dibuat supaya ia tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar apabila didapati antara lima hingga tujuh peratus sahaja kelas yang menggunakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Muhyiddin menegaskan, pemansuhan PPSMI kekal tetapi pelajar tahun dua hingga tingkatan lima yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebelum ini boleh meneruskannya sehingga tingkatan lima.

Beliau berkata, menerusi dasar MBMMBI, kini sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka.

Mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan jika berkuasa, Muhyiddin berkata, pakatan pembangkang tidak faham betapa besarnya sumbangan kakitangan awam dalam memajukan negara.

"Jumlah pegawai dan kakitangan kerajaan yang besar ini adalah berdasarkan keadaan dan keperluan serta beban tugas dalam memastikan proses penyampaian berjalan dengan licin. Tiada siapa boleh menafikan sumbangan pegawai kerajaan. Pembangkang tidak faham itu. Kalau mereka mahu, mereka boleh mulakan di negeri-negeri pakatan seperti Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

Posted:

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

PM sumbang 402 ekor lembu sempena Aidiladha

PEKAN 5 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyumbangkan 402 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Seramai 280 penerima terdiri daripada masjid, surau dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Pekan menerima sumbangan lembu tersebut.

Majlis penyerahan wakalah dan watikah korban untuk Parlimen tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Mohamed di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

"Seharusnya umat Islam perlu bersyukur kerana sambutan Aidiladha dapat diraikan dengan penuh keamanan tanpa sebarang kesulitan.

"Rezeki yang dilimpahi berupa haiwan ternakan yang hendak dikorbankan boleh diperoleh dengan begitu mudah tanpa sebarang masalah," katanya.

Katanya, sumbangan itu merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memastikan daging korban tersebut diagih secara adil di kawasan masing-masing terutama kepada golongan memerlukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

Posted:

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

Gandakan pembekal, logistik hadapi banjir

PAGOH 5 Nov. - Kerajaan akan menggandakan jumlah rangkaian pembekal untuk memastikan bantuan makanan dan keperluan dapat disampaikan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus hubungan akibat bencana alam itu dengan segera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persiapan yang lebih baik perlu bagi menghadapi banjir pada tahun ini kerana Jabatan Meteorologi meramalkan jumlah taburan hujan meningkat antara 20 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, dengan beberapa kawasan dijangka mengalami masalah terputus hubungan jalan raya kerana ditenggelami banjir, aspek logistik perlu diberi keutamaan untuk menangani bencana tersebut.

"Untuk mengelakkan bekalan makanan tidak sampai ke tempat mangsa banjir, maka harus dikenal pasti pembekal yang lebih daripada sekarang.

"Sebagai contoh, sekiranya banjir itu berlaku di tanah rancangan Felda, pembekal itu boleh datang dari tanah rancangan itu sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog tertutup dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyerahan lembu korban bagi kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Menerusi majlis Qurban Perdana 2011 itu, sebanyak 98 lembu korban akan diagihkan kepada enam zon di kawasan Parlimen Pagoh sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Terdahulu, pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu, Muhyiddin turut menyerahkan bot keselamatan, enjin dan jaket keselamatan bernilai kira-kira RM100,000 kepada penduduk di kawasan Mukim Kundang Hulu sebagai persediaan menghadapi banjir.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pada 15 November ini untuk membincangkan persiapan terperinci menghadapi bencana banjir serta persediaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

"Stok makanan tidak menjadi masalah kerana bekalan itu memang ada, cuma dari segi logistik untuk ia sampai ke destinasi, itu yang paling utama dan perlu diambil kira bagi mengatasi masalah terputus hubungan," katanya.

Katanya, persediaan juga akan dibuat untuk menambahkan lagi pusat pemindahan sementara yang kini ada sebanyak 700 buah selain menambah bilangan bot bagi memudahkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir.

Muhyiddin berkata, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) juga perlu menyediakan slot berkala untuk menghebahkan mengenai laporan terkini kepada orang ramai tentang peningkatan paras sungai serta kawasan-kawasan yang terdedah bencana banjir.

"Kita juga boleh mengemas kini situasi keadaan tertentu dan sungai mana yang terlibat, apa juga ramalan cuaca, laporan terperinci akan dihebahkan supaya rakyat dapat mengetahui situasi terkini dan membuat persiapan," katanya..

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved