Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP tidak peduli nasib rakyat

Posted:

DAP tidak peduli nasib rakyat

DAP tidak peduli nasib rakyat

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara membuktikan parti berkenaan tidak pernah mempedulikan nasib rakyat dan hanya mementingkan kuasa semata-mata.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, hasrat DAP itu juga membuktikan bahawa parti berkenaan telah gagal mempamerkan kredibiliti sebagai pemerintah sebelum berjaya menguasai negara ini.

"DAP belum pun memerintah negara lagi, mereka hanya memerintah Pulau Pinang sahaja tetapi timbul pula idea bodoh seperti itu yang hanya membebankan rakyat. Apa yang mereka fikirkan?

"Adakah mereka tidak sedar tindakan itu hanya memberi lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada rakyat. Kadar pengangguran negara akan meningkat dan apabila ia berlaku masalah lain membabitkan aktiviti sosial serta ekonomi juga akan terlibat.

"Kalau beginilah cara pemikiran pemimpin DAP, mereka telah gagal sejak dari awal lagi. Pemimpin seumpama ini tidak seharusnya dibenarkan memerintah kerana hanya akan menghancurkan negara sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Jurit, hasrat DAP itu juga membuktikan bahawa parti berkenaan mempunyai motif tertentu terutamanya apabila mengambil kira bilangan orang Melayu yang bertugas dalam sektor awam.

"Jadi, saya gesa semua kakitangan awam khususnya yang berketurunan Melayu, nilailah sendiri hasrat yang disuarakan DAP itu. Janganlah kita tersilap memilih pemimpin untuk mentadbir negara kerana kelak kita sebagai rakyat yang akan mengalami kerugian," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin memandang serius hasrat DAP tersebut.

"Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Full content generated by Get Full RSS.

Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim

Posted:

Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim

Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih membisu tanpa sebarang pendirian berhubung isu program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011.

Katanya, adalah merupakan sesuatu yang pelik dan ajaib bagi parti itu apabila mereka mengambil langkah berdiam diri terhadap isu berkenaan.

"PKR sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan berhubung pelbagai isu sehingga perkara yang bukan menjadi isu pun 'dibisingkan' oleh mereka.

"Namun, mengapa isu sebesar ini tidak diambil pusing oleh parti berkenaan?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sikap membisu PKR berhubung penganjuran program yang menjadi perhatian umum itu.

Tambah Ibrahim, tindakan PKR tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka yang hipokrit dalam perjuangan.

Selain itu, Ibrahim menegaskan bahawa kenyataannya semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyifatkan program Seksualiti Merdeka 2011 cuba mempromosikan budaya 'binatang' dalam kalangan rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

"Saya bukan menyamakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini sebagai binatang tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya yang saya maksudkan," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof turut mempersoalkan tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

"Ini bukan soal politik tetapi kepentingan rakyat negara ini. Jangan hanya mahu berpolitik sepanjang masa tetapi senyap membisu apabila berhadapan dengan isu ini," katanya.

Tambah Abdullah, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan UMNO berhubung perkara itu juga boleh dipertikaikan

"Semua pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menangani isu-isu sebegini dan bukannya saling tuding- menuding," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved