Ahad, 6 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Selangor didakwa tidak bantu

Posted:

Selangor didakwa tidak bantu

Selangor didakwa tidak bantu

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
kota@utusan.com.my


Chor Chee Heung (dua dari kiri) berbincang dengan wakil pembeli dan pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa melawat ke projek terbengkalai Ukay Bistari di Hulu Klang, baru-baru ini.


AMPANG 6 Nov. - Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victim) melahirkan rasa kecewa terhadap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mereka dakwa enggan bekerjasama dengan persatuan itu bagi menyelesaikan isu projek rumah terbengkalai di negeri berkenaan.

Presidennya, Dr. Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, terdapat lebih 60 peratus projek terbengkalai di negeri itu yang belum mendapat perhatian kerajaan negeri walaupun Victim telah mengemukakan setiap isu kepada pihak tersebut.

Ekoran itu, katanya, Victim terpaksa meminta Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan membantu termasuk dalam projek terbengkalai di Ukay Bistari, Hulu Kelang di sini.

"Bagi projek di Ukay Bistari, sudah lebih dua tahun Victim cuba mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tiada satu pun jawapan positif sebaliknya sering ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain.

"Seharusnya kerajaan negeri membantu kami iaitu para pembeli yang sengsara. Apatah lagi kami mewakili pembeli seluruh negara. Oleh itu kami masih menaruh harapan supaya kerajaan negeri dapat tampil bagi menggalas tanggungjawab mereka membantu rakyat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung melawat tapak projek Pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang yang terbengkalai itu.

Menurut Chee Heung, pihaknya yang telah dimaklumkan oleh Victim tentang isu berkenaan akan melihat perkara tersebut supaya ia dapat menyelesaikan kerumitan yang ditanggung oleh para pembeli.

"Setakat ini, tiga blok iaitu A, D dan E telah siap dan hanya menunggu Sijil Layak Menduduki (CFO) manakala blok-blok lain termasuk rumah kos rendah dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Saya berharap pembeli dapat bersabar dan sekiranya ada yang ingin membuat tuntutan kerugian lambat siap, diharap dapat melakukannya selepas kunci rumah diedarkan supaya segala urusan dapat berjalan lancar," jelasnya.

Projek Ukay Bistari yang dibina pada 2003 itu meliputi pembinaan 1,172 unit rumah pangsapuri dan 1,428 rumah kos rendah, merupakan projek pertama Damai Bistari Sdn. Bhd. dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2006.

Ketua Pegawai Eksekutif Damai Bestari, Lai Mei Kwan mendakwa, projek berkenaan gagal disiapkan mengikut jadual berikutan berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran pada tahun tersebut sehingga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan kerja pembinaan selama lebih setahun.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik

Posted:

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik

Rayu DBKL segera baiki tembok runtuh di Desa Tasik


SISA runtuhan tembok dan gerai berhampiran Perumahan Polis Desa Tasik di Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Para peniaga di hadapan Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi di sini merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membaiki segera tembok yang runtuh baru-baru ini supaya mereka dapat meneruskan perniagaan.

Runtuhan itu telah menyebabkan lima buah gerai rosak dan dua peniaga mengalami kecederaan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Amylia, 31, berkata, hujan yang turun hampir setiap hari dipercayai punca kejadian itu.

"Saya tidak menyangka bunyi kuat yang saya dengar datang daripada runtuhan tersebut. Selepas mendengar orang meminta tolong barulah saya sedar yang sebahagian daripada deretan gerai di sini telah dihempap tembok itu.

"Saya terkejut dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana tiada yang cedera teruk. Kini semua peniaga bimbang untuk berniaga," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Lina, 35, pula berkata, kejadian tembok runtuh seperti itu pernah berlaku empat tahun lalu tetapi hanya melibatkan satu gerai sahaja.

Katanya, dia yang berniaga sate mengalami kerugian yang agak kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain seperti peniaga nasi ayam dan tom yam.

"Kerosakan pada gerai mereka amat teruk dan kami berharap DBKL dapat membaik pulih tempat ini dengan segera supaya peniaga-peniaga dapat meneruskan perniagaan seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Hasnah Halim, 40, berharap pihak berkuasa dapat membantu peniaga yang ditimpa musibah itu termasuk menyumbangkan bantuan modal.

"Kejadian itu juga diharap dapat membuka mata semua pihak supaya dapat mencari satu kawasan yang lebih selamat untuk dijadikan sebagai medan selera di kawasan ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

Posted:

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

Noh tidak perlu jawab - FAMA Selangor

SHAH ALAM 6 Nov.- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu menjawab cabaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie berhubung isu penggantungan peniaga pasar tani.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Mansor Omar berkata, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa beliau dan pihak menteri tidak terlibat langsung.

Menurutnya, walaupun Noh hadir pada program itu tetapi beliau hanya menyempurnakan upacara penutup dan tidak sewajarnya dikaitkan dengan isu penggantungan peniaga terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar harian yang menyiarkan keluhan seorang peniaga kepada Shuhaimi dengan mendakwa dia kerugian RM2,000 akibat penggantungan itu.

Peniaga itu adalah antara 400 peniaga pasar tani yang digantung kerana tidak menghadiri program penerangan FAMA negeri di sini pada 19 September lalu.

Mansor berkata, peniaga berkenaan tidak sepatutnya mengadukan perkara itu kepada ADUN terbabit, sebaliknya melihat kembali akujanji yang dilafazkan dahulu.

"Mereka sepatutnya akur kepada akujanji untuk mengikuti peraturan dan program yang ditetapkan oleh FAMA, selain mendapatkan penjelasan dari pihak saya berhubung isu penggantungan itu," katanya pada sidang akbar di sini baru-baru ini.

Katanya, tindakan penggantungan itu diambil kerana ia adalah keputusan Mesyuarat Pengurusan FAMA tetapi peniaga terbabit boleh membuat rayuan untuk berniaga semula.

Malah, kata Mansor, sesi rayuan dan penjelasan oleh peniaga yang tidak hadir tersebut telah dibuat pada 3, 10, 24 dan 31 Oktober lalu dan 380 peniaga sudah dibenarkan berniaga semula.

"Baki 20 peniaga masih tidak berjumpa kami (FAMA) hingga kini dan kami menganggap mereka menggantung diri sendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved