Isnin, 15 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


CUEPACS gesa kakitangan awam boikot beli ayam

Posted: 15 Jul 2013 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara supaya memboikot pembelian ayam sehingga harga komoditi tersebut kembali stabil di pasaran.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebagai sebahagian daripada kumpulan pengguna yang sentiasa mahukan kebajikan mereka dibela, 1.4 juta kakitangan awam mampu menyumbang kepada penurunan harga ayam.

"Tahun lepas ketika harga ayam meningkat naik pada harga yang tidak munasabah, CUEPACS telah menggesa ahli kami supaya memboikot ayam dan saya lihat usaha itu berjaya.

"Kali ini situasai sama berulang kembali, kita akan menggunakan kaedah yang sama, buat sementara waktu gunakan sumber makanan lain seperti ikan atau daging sebagai juadah utama, katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

SPR tidak tertekan dengan petisyen PRU-13 - Wan Ahmad

Posted: 15 Jul 2013 01:33 AM PDT

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini.

Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan.

"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang.

"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Pahang di sini.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU-13 perlu dibuktikan di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara.

"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara telah pun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terlibat dengan permohonan petisyen," katanya. - BERNAMA

11 syarikat dibenar eksport sarang burung walit ke China

Posted: 15 Jul 2013 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan China memberi kelulusan kepada 11 syarikat Malaysia untuk menyambung semula eksport sarang burung walit ke negara berkenaan, tertakluk kepada beberapa syarat.

Perdana menteri berkata keputusan itu akan membolehkan industri sarang burung walit negara dipulihkan selepas eksport produk berkenaan ke China tergendala lebih dua tahun.

Najib berkata beliau akan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan susulan segera berhubung perkara itu.

"Isu sarang burung ini penting memandangkan ramai orang terlibat dan telah tergendala sekian lama. Dua tahun tak dapat eksport sebab itu harga sarang burung merudum. Dengan keputusan ini, maka dalam masa yang tak berapa lama lagi industri sarang burung dapat dipulihkan.

"(Duta Khas ke China) Tan Sri Ong Ka Ting telah melakukan pelbagai usaha dengan kerajaan China sehingga mereka beri kelulusan istimewa kepada Malaysia," kata Najib kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved