Rabu, 29 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Usaha Anwar capai cita-cita jadi PM - Tun Dr. M

Posted: 29 Jan 2014 03:17 AM PST

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemu bual dalam program Dalam Radar Khas di konti Radio24 di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Haron Din keluar IJN

Posted: 28 Jan 2014 09:41 PM PST

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, 74, dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan Khamis lalu.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat beliau yang tidak mahu nama disiarkan, pemimpin Pas itu keluar daripada wad IJN pada pukul 12 tengah hari ini dengan diiringi ahli keluarga terdekatnya.

"Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalankan ke atas beliau semalam menunjukkan ada saluran darah jantung yang sudah lama menyempit. Namun, prosedur angioplasty bagi membuka saluran darah itu tidak dapat dibuat kerana saluran itu jauh.

"Jadi, doktor minta beliau berehat dalam seminggu dua dan mengurangkan aktiviti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Haron dimasukkan ke IJN dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Menurut sumber, beliau dimasukkan ke IJN selepas penggunaan ubat pengembangan salur darah (GTN) gagal meringankan kesakitan di bahagian dadanya.

Difahamkan, sebelum ini Haron sudah lima kali menerima rawatan berkaitan masalah jantung iaitu pertama kali di Australia dan dua kali di IJN serta Amerika Syarikat.

Dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara pemimpin yang melawat Haron di IJN. - UTUSAN ONLINE

Usah lanjutkan duti import antilambakan - MNPA

Posted: 28 Jan 2014 05:52 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) merayu kerajaan tidak melanjutkan duti import antilambakan kertas ce tak dari Kanada, Indo nesia, Korea, Filipina dan Amerika Syarikat (AS).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, berdasarkan harga semasa, harga kertas cetak import tidak jauh bezanya dengan ke luaran dalam negara, se kali gus tidak akan men jejaskan industri tempatan.

"Sejak 10 tahun yang lalu, penerbit akhbar membayar duti antilam bakan yang sebenarnya menjejas kan produktiviti kita.

"Dengan meningkatnya kos pe ngangkutan dan pekerja, tarif elek trik, serta lain-lain lagi, duti import antilambakan akan menambahkan bebanan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasir berkata, tidak se perti industri lain, industri akhbar tidak boleh mengalihkan kenaikan kos kepada para pembaca dalam bentuk surcaj dan caj pengendalian.

Sehubungan itu kata beliau, pada masa ini terdapat tekanan baharu untuk meningkatkan harga akhbar dalam menangani kenaikan kos pengeluaran yang akan mengurangkan jumlah edaran bahan tersebut.

Beliau berharap kerajaan dapat menimbangkan cadangan berkena an dan membenarkan duti lam bakan itu tamat tempoh seperti yang telah diperuntukkan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved