Sabtu, 30 Mac 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Melawat sambil belajar ke Perth

Posted: 24 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh ZATUL IZZAT MD SHARIF
pembaca Mingguan Malaysia

BUAT kali pertama, kami para pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kampus Bandaraya Melaka berpeluang melawat Perth, Australia.

Seramai 82 pelajar tahun akhir dan lima orang pensyarah terlibat dengan lawatan sambil belajar selama lima hari bermula dari 23 April sehingga 27 April tahun lalu.

Kembara kami seminggu ke Perth iaitu ibu negeri Australia Barat, padat dengan lawatan sambil belajar ke tempat menarik termasuk ke sebuah universiti tersohor.

Lawatan tersebut adalah untuk mendedahkan para pelajar terhadap cara kehidupan masyarakat Australia yang berlainan dengan masyarakat Malaysia.

Keempat

Bandar Perth adalah bandar keempat terbesar di Australia diasaskan pada 11 Jun 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River.

Sejak itu, Perth terus berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini.

Kawasan metropolitannya terletak di n barat daya benua, iaitu di antara Lautan Hindi dan tubir pinggir laut rendah yang dikenali sebagai Darling Range.

Kawasan daerah pusat perdagangan dan pinggir bandar Perth terletak dekat dengan Sungai Swan.

Bandar raya yang terdekat dengan Perth ialah Adelaide yang menempatkan lebih sejuta orang di Australia Selatan.

Justeru, Perth yang juga diduduki lebih kurang sejuta orang merupakan bandar raya paling terpencil di dunia.

Sewaktu di Perth, kami berpeluang bertamu ke kedutaan Malaysia di sana.

Kesempatan menemui Puan Hamidah Ashaari dan Encik Rudi Adri selama dua jam, sedikit-sebanyak memberi maklumat mengenai ekonomi semasa, politik termasuk kehidupan para pelajar Malaysia di Perth.

Selepas itu, kami melawat South West Group. Kami mendapat beberapa maklumat mengenai pembangunan dan perniagaan yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah, yang dikenali sebagai Sabah Western Australia.

Sabah adalah rakan kongsi dagangan terbesar di Australia Barat dan mereka menjalinkan hubungan perdagangan antara bandar Rockingham dan Kota Kinabalu.

Perniagaan

Kami diberi penerangan tentang cara South West Group menjalankan kerja-kerja membaiki dan membina kapal seperti kapal selam.

Kami terpegun dengan cara pengurusan syarikat yang efektif dan sistematik walaupun pekerjanya tidak ramai.

Mereka menggunakan mesin untuk menguruskan kapal besar yang dalam proses untuk dibaiki atau dalam pembinaan.

Setelah itu, kami ke Curtin Universiti bagi meninjau suasana pembelajarannya yang sangat kondusif dan sistematik.

Seramai 10,000 pelajar Malaysia menuntut di sini daripada 17,000 orang kesemuanya yang menuntut di Australia Barat. Di Curtin, pelajar Malaysia adalah jumlah kedua terbesar selepas pelajar dari China.

Universiti Curtin juga mempunyai cawangannya di Malaysia dan Singapura.

Letih melawat universiti, kami bersantai di Caversham Wildlife Park - zoo yang semestinya dikunjungi oleh para pelancong kerana hanya di sini pengunjung dapat melihat koala, kanggaru, wombat dan juga haiwan lain.

Para pengunjung boleh memberi makanan kepada kanggaru dan juga bergambar.

Pelbagai persembahan dipertontonkan antaranya demonstrasi mencukur bulu kambing biri-biri dan banyak lagi.

Bagi yang gemarkan makanan laut, Fremantle menjadi tempat popular dengan pelbagai makanan laut yang murah. Hidangan fish and chip di sini menjadi sebutan kerana enak dan harganya berpatutan.

Selain itu, pemandangan sekitar juga menarik dengan kapal-kapal persendirian berlabuh.

Harbour Town juga menjadi tempat tumpuan pelancong membeli-belah kerana harganya yang murah.

Pelancong boleh menggunakan Central Area Transit (CAT), bas yang memberikan perkhidmatan percuma kepada pengguna di kawasan bandar untuk ke sini.

Harbour Town memberikan potongan harga yang murah kerana ia merupakan barangan yang terus dari kilang.

Kings Park adalah tempat terakhir yang dilawati sebelum kami bertolak pulang ke tanah air.

Pemandangan seluruh Perth yang indah dari atas bukit kekal dalam ingatan kami sepanjang perjalanan ke tanah air dan masih terbayang-bayang sehingga kini.

Demam modifikasi DTM motard

Posted: 23 Mar 2013 02:00 AM PDT

AHLI Kelab Demak DTM mempamerkan kemahiran mengawal jentera scrambler yang menjadi kegilaan remaja hari ini.

ETIAP individu pasti mempunyai minat yang berbeza dalam pemilihan motosikal.

Ada yang suka motosikal dari jenis cub, chopper, sports touring, naked, dual-purpose mahupun skuter.

Satu lagi jenis motosikal yang semakin menjadi pilihan remaja ialah scramble.

Biarpun motosikal ini tidak selaju motosikal sport berenjin DOHC berkuasa tinggi, jentera motocross yang datang dalam jajaran kuasa antara 150cc hingga 250cc itu juga bukan calang-calang hebatnya.

Ini kerana ia direka sesuai untuk perjalanan di jalan raya mahupun di jalan tanah merah yang tidak rata.

Seorang peminat motosikal berkenaan, Mohd. Aswan Hassan, berkata, tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya lebih keras dan mampu menyerap daya hentakan dan cengkaman yang kukuh merupakan antara kelebihan yang ada pada motosikal jenis ini.

"Sebelum ini ramai yang beranggapan motosikal jenis ini tidak bagus dan tidak tahan lasak tetapi kini semakin ramai yang mula menggunakan motosikal jenis ini," katanya.

Beliau menambah, minat yang semakin tinggi di kalangan remaja telah mendorong mereka menubuhkan Kelab Demak DTM.

Katanya, selepas lebih empat tahun ditubuhkan, kelab tersebut kini memililik ahli seramai 5,473 orang.

"Semuanya bermula daripada laman sosial Facebook. Tujuan kami menubuhkan kelab ini untuk menyokong motosikal keluaran Malaysia sebab tak ramai yang menggunakan motosikal tempatan,'' ujarnya yang juga Presiden kelab berkenaan.

Ahli wanita kelab tersebut, Nor Mala Borhan mula memiliki motosikal jenis lasak itu sejak tahun lepas.

"Sejak memiliki motosikal ini, saya mula aktif berkonvoi secara santai ke Bukit Fraser, Teluk Batik, Genting Highlands .

"Dengan menyertai kumpulan seperti Kelab Demak DTM membolehkan pengguna baharu mencari kenalan yang menggunakan motosikal jenis sama," jelasnya.

Sementara itu, menurut Ahmad Mat Nor, walaupun dikategorikan sebagai motosikal lasak, itu tidak bermaksud pemiliknya akan berdepan kos penyelenggaraan yang tinggi.

"Motosikal scramble bukan sahaja sesuai untuk aktiviti lasak tetapi boleh digunakan berulang ke tempat kerja mahupun sekadar melaram.

"Motosikal ini boleh digunakan di jalan off-road tanpa sebarang modifikasi tetapi jika digunakan di jalan raya, pemilik perlu menukar tayar, rim dan pelarasan suspensi untuk tunggangan yang lebih selesa," ujarnya. - SYAHRIL/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved