Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


80 peratus penyeludup rokok di Selangor warga asing

Posted: 14 Dec 2013 09:33 PM PST

SHAH ALAM 15 Dis. - Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini. - BERNAMA

10 warga asing terlibat 'Macau Scam' akan diusir

Posted: 14 Dec 2013 03:12 AM PST

MELAKA 14 Dis. - Kesemua 10 warga Taiwan dan China yang dicekup polis kerana terlibat dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' menggunakan alat penyamaran suara bulan lalu akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, semua termasuk enam lelaki dan empat wanita warga asing berusia antara 20 dan 30-an itu sudahpun diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan mengusirnya dari negara ini.

Menurutnya, kesemua mereka telahpun disiasat oleh pihak polis dan sekarang ini hanya menanti tindakan daripada Jabatan Imigresen bagi proses penghantaran pulang ke negara masing-masing.

''Malah, polis dari China dan Taiwan turut berminat untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes penipuan tersebut memandangkan ia dilakukan warga kedua-dua negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kesedaran Pelaburan Haram Peringkat Kebangsaan Kali Kedua di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya.

Program kali pertama diadakan di Melaka itu melibatkan sebanyak 120 peserta yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai aktiviti pelaburan haram seterusnya membantu mengurangkan kes tersebut di negara ini.

Sementara itu jelas Chuah, statistik kes penipuan di negeri ini meningkat kepada 42.2 peratus sepanjang tempoh dari Januari sehingga November berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Tahun ini, sebanyak 745 kes dicatatkan berbanding 522 kes pada 2012 melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM32.6 juta berbanding RM18 juta tahun sebelumnya," jelas beliau.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan helah penipuan yang menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk melalui internet.

"Orang ramai juga boleh melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut jika mendapati terdapat aktiviti-aktiviti sedemikian," tambahnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved