Sabtu, 14 Disember 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Emilia Clarke dipilih watak utama Terminator

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

LOS ANGELES 14 Dis. - Aktres drama televisyen Game of Thrones, Emilia Clarke (gambar) dipilih untuk membintangi watak utama, Sarah Connor dalam pembikinan semula filem Terminator.

Menurut laman web hiburan Deadline, pada awalnya, pengarah uji bakat mengehadkan pilihan mereka untuk menerajui watak Sarah Connor kepada Clarke dan Brie Larson.

Deadline berkata, kedua-dua pelakon wanita itu menghadiri uji bakat di hadapan penerbit di studio penerbitan Skydance dan Annapurna selain Paramount.

''Clarke akhirnya dipilih untuk membawa watak filem tersebut,'' kata laman web tersebut.

Aktres itu akan digandingkan sekali lagi bersama pengarah, Alan Taylor yang sebelum ini mereka pernah bekerjasama dalam pembikinan drama siri popular HBO itu.

Pada masa sama, aktor, Jason Clarke yang membintangi Zero Dark Thirty dan The Great Gatsby dipilih untuk watak anak lelaki Connor, John dalam filem terbaharu tersebut.

Lebih menarik apabila aktor asal filem itu, Arnold Schwarzenegger juga akan kembali membawa watak sebagai robot pembunuh dalam pembikinan filem terbahru itu. - AGENSI

Khloe Kardashian fail cerai

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

LOS ANGELES 14 Dis. - Bintang rancangan realiti, Keeping Up With the Kardashians, Khloe Kardashian memfailkan tuntutan cerai dengan pemain bola keranjang NBA, Lamar Odom selepas empat tahun berkahwin, menurut laporan TMZ semalam.

TMZ berkata, dokumen penceraian tersebut telah difailkan peguam Kardashian, Laura Wasser.

Kardashian dilaporkan tidak meminta saraan hidup daripada bekas suaminya dan meminta mahkamah untuk menolak sebarang permintaan sara hidup daripada Odom.

Dia juga didakwa meminta mahkamah memadamkan nama Odom daripada namanya. Kardashian dan Odom berkahwin pada September 2009 selepas bercinta selama sebulan, namun mereka mula menjadi renggang beberapa bulan lalu selepas Odom didapati menggunakan dadah dan menipu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved